Ikan Pari Masak Semur (Masak Kicap)

4:11 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini di rumah sahaja. Tiada undangan menghadiri rumah terbuka. Kelmarin dan malam tadi gantung periuk. Ada jemputan kahwin, jemputan hari terbuka raya dan jemputan majlis ulang tahun di kampung. Bolehlah santai-santai di rumah, mengemas apa yang patut dan main masak-masak di dapur.

Amie masak semur ikan pari atau bahasa biasanya masak kicap. Masakan semur ikan pari memang sangat terkenal di kampung sewaktu kecil dahulu. Barangkali disebabkan agak sukar mendapat bekalan ayam (hanya ayam kampung sahaja yang ada), jadi orang kampung gunakan ikan sebagai salah satu lauk pilihan di majlis kenduri-kendara atau hari raya. Sewaktu munjung (tradisi bertukar-tukar makanan dalam masyarakat Jawa sebelum menjelang hari raya), memang terselit masakan semur sebagai salah satu lauk seperti semur ayam, semur daging atau pilihan lain semur ikan. Ikan pula tidak terhad kepada ikan pari tetapi jika berkemampuan bolehlah masak semur ikan tenggiri. Bagaimanapun ikan yang sangat terkenal dalam masyarakat marhaen seperti kami sudah tentulah ikan pari dan ikan baguk.

Masakan semur atau masak kicap tidaklah terlalu berkuah. Dan tidak pula ada penggunaan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Rasa masakan semur memang lazat tidak terperi. Bonda selalu pesan, kalau masak semur kena lebihkan lada hitam. Hasil gabungan rempah-rempahan dan teknik memasak terhasillah menu masakan semur yang cukup rasa. Samada ayam atau ikan yang hendak dimasak semur, mesti digoreng hingga masak terlebih dahulu. Memang begitulah teknik memasak orang dulu-dulu. Maklumlah tiada peti sejuk untuk simpan masakan agar tahan lebih lama, jadi sebaiknya dimasak tidak terlalu berkuah atau kering sahaja. 

Ikan Pari Masak Semur

Hidangan Makan Tengah Hari



Firdaus hendak makan lauk Kari Telur. Amie tambahkan isi ayam dalam masakan kegemarannya. Sedaplah meratah telur masak kari!

Kari Ayam & Telur


Sayur Sawi & White Fungus

Pada mulanya hendak masak sup white fungus dengan cendawan shiitake dan kurma merah tapi entah di mana cendawannya. Akhirnya white fungus yang sudah kembang direndam, Amie tumis dengan daging dan tambahkan sayur sawi serta tomato.


Jambu Air

Ikan Pari Masak Semur

Inilah resipi Ikan Pari Masak Semur ikut olahan orang kampung kami.

Bahan-bahan:
  • 500 gram ikan pari - potong ikut saiz yang digemari - cuci bersih - lumur dengan serbuk kunyit & garam
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar lada hitam - tumbuk
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3/4 cawan air
  • minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia

Bahan hiasan:
  • hirisan cili hijau & merah
  • hirisan bawang besar

Cara memasak:
1. Goreng ikan pari hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan 1/2 cawan minyak bekas gorengan ikan pari.
3. Goreng kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan hiris serta serai. Tumis hingga bawang layu.
5. Seterusnya masukkan asam keping, gula ,air, kicap pekat dan kicap lemak manis. Biarkan mendidih.
6. Setelah kuah kicap mulai pekat, masukkan ikan pari goreng, lada hitam, garam / perasa pilihan serta cili hijau merah dan hirisan bawang besar
7. Gaul rata dan kemudian padamkan api dapur.

Jemput makan.
Bismillah.

9 comments

  1. first time saya tengok ikan pari dimasak begini.
    biasa kat sini, akan dipanggang ataupun buat kari je
    nampak menyelerakan. cfrm sedap tu

    BalasPadam
  2. tak pernah cuba masak gini kak dgn ikan pari, boleh cuba ni... tapi kenapa telur lauk Daus tu nampak menyelerkan betul

    BalasPadam
  3. Oh, sy pertama kali jugak nampak ikan pari dimasak semur atau kicap ni. Sedap pulak tengok Kari Telur untuk Firdaus.

    BalasPadam
  4. saya baru tahu ikan pari sedap masak kicap ye kak,biasa beli ikan pari mesti masak asam pedas je..boleh la cuba resepi kak amie ni nanti

    BalasPadam
  5. Kalo dikampung saya pari biasanya di gulai. Sama seperti ikan hiu. Dan itu sedaaap sangat.

    Kalo tak digulai biasa di bakar. Atau kalo masyarakat Semarang, dibuat manyung. Pedaaas rasanya. Mirip dengan masak lemak.

    BalasPadam
  6. Yumm semua sedap ni Kak Amie. Kecur jadinya. First time tengok ikan pari masak kicap, mesti sedap.

    BalasPadam
  7. SA x pernah makan lagi ikan pari masak semur tu..nampak menarik la Kak Amie

    BalasPadam
  8. Masak semur tu masak kicap rupanya. Tapi versi keringlah gitu. Baru tahu. Orang dulu-dulu hebat, banyak kepandaian mereka.

    BalasPadam
  9. Wah...menarik menu ni..saya belum pernah cuba

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe