Bubur Berlauk

7:42 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi setelah beberapa hari menghilangkan diri dari dapur maya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Maaf dipinta penuh keikhlasan andainya terdapat kekasaran bahasa dan kesilapan kata yang tidak disedari sepanjang tempoh kita berinteraksi sesama kita di alam maya.

Petang tadi Fuad Fairuz sudah berangkat menuju ke sarang masing-masing. Kedua-duanya melalui jalan darat dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Esok pagi, Fairuz akan hantar Fuad ke Kota Kinabalu Airport. Fuad akan terbang ke Pulau Pinang.

Sebaik sahaja kenderaan yang dipandu Fairuz hilang dari pandangan, Encik Suami berkata: Rumah kita kembali sunyi!

Begitulah adatnya. Yang jauh datang mendekat. Apabila berpisah tentulah rasa seperti ada batu tersekat di dada. Biarlah anak-anak terbang berdikari mencari kehidupan masing-masing. Sampai waktunya sebagai orang tua pasti kita akan meninggalkan mereka jua.

Entri kali ini Amie paparkan cerita berbuka puasa hari terakhir di bulan Ramadan. Keluarga sebelah Encik Suami mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama di kampung. Masing-masing membawa juadah untuk dinikmati bersama. Amie masak bubur berlauk sahaja. Tambahkan isi ayam, lonak merah dan sengkuang.

Bubur Berlauk

Lauk Bubur Nasi


Setelah siap, macam-macam pula lauk bubur nasi:
  • Ikan Bilis Goreng
  • Kacang Tanah Goreng
  • Telur Masin
  • Egg Century
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup
  • Lobak Jeruk
  • Ikan Masin Goreng Tumbuk
  • Serondeng Daging
  • Kangkung Tumis
  • Kicap Lada
Lauk Bubur Nasi

Alhamdulillah.
Bubur Nasi Berlauk mendapat sambutan hangat sehingga licin hanya tinggal bekas.


Hari-hari terakhir Ramadan Amie kurang sihat. Encik Suami yang sibuk membersihkan rumah termasuk bilik anak-anak. Hari ini suasana kembali sepi. Sewaktu Fuad dan Fairuz hendak pulang, Firdaus lari masuk ke bilik menangis tersedu-sedu. Hibanya rasa hati melihat air matanya. Kita pula tidak tahan hati apabila menjengok ke bilik mereka! Allah ya Allah. Jagakanlah anak-anak kami. Amin.

18 comments

  1. Jika dipanjangkan usia, Ldy akan melalui juga saat2 ini.. huhuhu.. sekarang riuh dengan suara kenakalan mereka, nanti bila dah besar akn terasa rindu dengan suara2 itu.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekejap saja sebenarnya anak-anak bersama kita. Apabila sudah mula melangkah sambung belajar dan bekerja seterusnya berumahtangga, memang tinggallah kita dengan kenangan semasa mereka kecil.

      Padam
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Amie sekeluarga. Maaf zahir & batin. Mestilah licin tinggal bekas kalau sudah begitu rupanya Kak Amie. Banyak lauk pauk untuk bubur tu.

    Sayu rasa bila rumah dah kembali sunyi. Sedih Daus bila abang abang dah balik.

    Semoga kesihatan Kak Amie bertambah baik. Aamiin…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Fizah.
      Alhamdulillah, semua sukakan bubur nasi berlauk itu.
      Firdaus tanya : Kenapa Abang Fuad dan Fairuz sekejap sangat balik LD?
      Kak Amie bertambah sihat sekarang. Alhamdulillah.

      Padam
    2. Kesian Daus tak puas bermanja dengan abang².
      Alhamdulillah Kak Amie dah bertambah sihat.

      Padam
  3. Menyelerakan tengok bubur berlauk tu . Banyak betul condiments

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit-sikit lauknya, sekali terkumpul jadi banyak pula.

      Padam
  4. Swmoga Kak Amie terus sihat..alahai Firdaus sedih kembali..baru nak seronok dengan abang2 ye..x per nanti bertemu lagi ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Kak Amie semakin sihat.
      Itulah, kita pun ikut sedih tengok Firdaus menangis.

      Padam
  5. Saya belum pernah icip bubur lauk yg khas Malaysia. Di Indonesia lauknya berbeda soalnya. Tapi kalo melihat aneka topping yg ada, saya yakin akan suka dengan rasa bubur ini.

    Daus memang jauuh beda usia dengan semua abangnya yaa, jadi pasti terasa sepi saat semua abang2 dia dah balik ke kota masing2 🤗.

    Kak Amie, minal Aidin wal Faizin, saya mohon maaf jika ada Kata2 tak baik atau membuat tersinggung selama berkomentar yaa 🙏🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asas lauk bubur nasi biasanya hanya ikan bilis goreng, kacang tanah, telur masin, jeruk lobak , daun sup dan kicap lada. Yang lain itu boleh tambah ikut citarasa.
      Ya, beza usia dengan abangnya yang ketiga 12 tahun.
      Sama-sama bermaafan ya Fanny andai Kak Amie pun ada menyentuh perasaan dalam komen-komen.

      Padam
  6. Daus bikin sebak. Betullah, lumrah kehidupan begitu, kan.. Kak Amie 🥹🥹🥹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK.
      Bertemu dan berpisah adat manusia biasa.
      Hilang di mata tapi di hati tidak lupa.

      Padam
  7. Alhamdulillah..jauh anak anak kerana Allah kurniakan rezeki mereka dikejauhan..Sesekali bertemu pasti lebih bermakna..
    Allah hadirkan Daus sebagai peneman..
    Sedapnya bubur verlauk.Teringin nak makan telur pitan tu tapi belum tertelan..Menarik warnanya

    BalasPadam
  8. Ketika berbuka tempohari jika adik potluck bubur, memang terkam yang itu dulu.
    Alololo Firdaus, sedih ya sebab abang-abang sudah pulang ke sarang masing-masing.

    BalasPadam
  9. time demam demam makan bubur mcam ni kompem terus baik
    meriah betul ádik beradik' bubur ni...
    hehehe

    BalasPadam
  10. sedap nengok bubur berlauk tu kak... aduhla

    BalasPadam
  11. Sedapnya Kak Amie Bubur berlauk tu. Dia punya bahan2 punya la banyak memang sedap tu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe