Mlincici Wooden Watermills di Pliva Lakes

10:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan menikmati suasana segar dan nyaman kincir air di pondok-pondok kayu yang terdapat di Pliva Lakes.

Ada yang mengatakan ia dibina pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah pada abad ke-16. Ada yang kata  pada Empayar Austria-Hungary pada penghujung 1800M, selepas Perang Bosnia, kincir air dibina semula dan setiap penduduk kampung memilikinya.  Versi lain mengatakan ia dibina lama dahulu oleh seorang pemilik tanah yang kaya sekitar tahun 1500M.

Apa itu kincir air?

Kincir air ialah sebuah kincir yang menggunakan kuasa hidro. Strukturnya menggunakan roda air atau turbin air untuk menggerakkan proses mekanikal seperti pengilangan (pengisaran), pergolekan, atau penukulan. Kebanyakan proses diperlukan dalam penghasilan barangan bahan, termasuk tepung, balak, kertas,  tekstil dan banyak produk berasaskan logam. Kincir air ini terdiri daripada penggilingan gandum, pengilang kayu, pengilang kertas, pengilang tekstil, penukulan, penukulan besar, penggelekan, dan pengaliran wayaran.


Terdapat lebih kurang 20 buah kincir air di Tasik Pliva.


Hanya sebuah video sahaja yang boleh dimuatnaik di sini.




Aliran air yang deras dari tasik.







Air inilah yang mengalir ke bawah pondok-pondok yang sudah tersedia dengan kincirnya.


Setiap pintu pondok dikunci. Jadi tidaklah dapat melihat apa ada di dalamnya. Sekadar mengetahui bahawa di pondok-pondok inilah dahulu digunakan untuk memproses gandum menjadi tepung dengan daya kuasa air yang kuat. Macamana gandum diproses atau dikisar? Di bawah pondoklah adanya kincir air atau roda air yang bergerak mengikut pusaran air. 





Dengan suasana yang tenang dan nyaman serta sejuk, memang syok betul dapat berlama-lama di sini! Kalau ada buaian... alahai! 



Cuba perhatikan dicelah-celah tiang podok dalam gambar di atas. Di sinilah kedudukan kincir air yang berfungsi sebagai  jentera untuk mengisar tepung. Tepungnya sudah tentulah di bahagian atas, dalam pondok!


Lawatan ke sini bukan sahaja kami dapat menyaksikan pondok-pondok kayu yang cantik sebagai pusat memproses gandum tetapi pada masa yang sama menikmati keindahan alam semulajadi yang terdiri daripada elemen air dan persekitan alam yang sungguh indah. Selain itu dapat memahami dan mengenali lebih lanjut sejarah dan geografi bumi Bosnia.




Sudahlah persekitarannya indah, ditambah pula dengan bunyi deru air yang mengasyikkan! Memang tidak puas-puas memandang aliran air yang mengalir tanpa henti di atas permukaan bumi yang sangat unik ini.


Subhanallah!
Andainya ada tawaran untuk berkunjung lagi ke sini, memang tak tolak punya! Sebenarnya banyak lagi wilayah Bosnia Herzegovina yang tidak sempat dikunjungi! Apa pun, syukur Alhamdulillah dapat jejak sebahagian kecil buminya.





Ini sahajalah perkongsian tentang Wooden Watermills di Pliva Lakes yang dapat Amie kongsikan.



Selamat menunaikan ibadat puasa dan bersama-sama memburu Lailatul Qadar di malam-malam terakhir menuju ke penghujung Ramadan al-Kareem. 

7 comments

  1. Tengok gambar pun dah tahu best datang sini. Sukanya lah dengar bunyi air. Tu yang rasa tenang macam terapi. Kawasannya cantik, bersih dengan air terjun jernih tu memang seronoklah kalau dapat berlamaan di sini. Siapa je yang nak menolaknya kan.

    BalasPadam
  2. cantiknya kak nampak air tu nyaman dan sejuk je kan...

    BalasPadam
  3. Sayang la pondok itu semua dikunci.. kalau tidak mesti dah boleh lihat bagaimana ia berfungsi.. btw suka tgk tempat ni.. Bersih.. kemas.. teratur dan cantik... :D

    BalasPadam
  4. Kak Amie.. suasananya macam dalam filem omputeh berlatarbelakang zaman 50 & 60-an.

    BalasPadam
  5. Oh watermills nya di bagian bawah ya kak? Saya pikir macam di Belanda yg mana terlihat jelas. Menariiik nih.

    Memang cantiiik sangat bosnia. Saya dah betul2 tertarik kesini, mungkin nantilah setelah target Alaska dan Mongolia saya tercapai.

    BalasPadam
  6. Subhanallah cantik nya alam. Suka nya tengok pondok2 kecil kincir air dan tepung tu, comel je.

    BalasPadam
  7. Rasa nak masuk dalam gambar gambar tu....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe