Kuih Gunting Yang Terpinggir!
3:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Raya Aidil Fitri tahun lepas, kita buat kuih gunting. Kuih gunting ini memang kita suka dari zaman dulu lagi, zaman kanak-kanaklah. Kalau kita buat sendiri memang puas hatilah sebab ikut cita rasa kita hendak bubuh apa. Apabila sudah siap goreng dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam balang, kita pun rasalah sekeping.
Alamak!
Rasa pahitlah pula kuih gunting kita kali ini.
Kita pun letaklah balang kuih gunting jauh di sudut, di belakang balang-balang kuih yang lain. Tidaklah terusik kuih gunting itu kerana sengaja disorokkan.
Malam kelmarin kita sudah berkira-kira untuk sediakan balang-balang kuih, cuci dan keringkan untuk isi kuih-kuih raya tahun ini. Tiba-tiba kita terpandang sebuah balang yang masih penuh berisi 'kuih'. Kita buka balang dan terus teringat inilah kuih gunting yang pahit itu!
Kita ingin rasa sekali lagi 'pahit' kuih gunting. Oleh kerana keadaannya masih elok, jadi kita pun makanlah sekeping. Tidak masuk angin, dan tetap kekal rangup seolah-olah baru saja disejukkan dan masuk dalam balang. Rasanya pula tidaklah pahit! Isshh...isssh kenapalah lidah kita boleh rasa 'pahit' pada tahun lepas? Kenapa setelah hampir setahun kuih gunting dipinggirkan, kelmarin malam rasanya normal pula? Sedap dan cukup rasa.
Kita pun makan lagi dan lagi. Tidak jumpa kuih gunting yang rasa pahit itu. Sporting betullah kuih gunting ini!
Selamat Hari Raya Kuih Gunting Yang Terpinggir.
Maaf zahir dan batin.
Kuih Gunting Yang Terpinggir! |
15 comments
dulu masa kecik- kecik inilah kuih utama tiap kali Ramdhan..dulu Mak Pah selalu buat kuih raya..tahun ni tak merasa pun air tangan Mak Pah...
BalasPadamtahan lama kuih nya...bertambah sedap pulak tu....hihi..
BalasPadammcm magic drpr rasa pahit kemudian dah tak rasa pahit hehe
BalasPadamDah setahun usianya
BalasPadamMasih helok lagi dan dah hilang rasa pahitnyer
Kesian dia terpinggar. Magik betul boleh ok pulak rasa dia. Lidah ni pandai pandai je dia menipu eh. hihi..Agaknya masa tu dah makan benda lain, jadi rasa kuih gunting terpahit pulak. Kuih gunting ni biasa mak mentua rajin buat. Cuma sekarang atas faktor kesihatan mungkin tak buat lah kot tahun ni.
BalasPadamUncle mesti tercari-cari daun kari untuk di kunyah sekali...
BalasPadamLamanya dipinggirkan, kesian dia hihi ..
BalasPadamSyukur tak dibuang, rupanya masih elok dimakan 👍
Magic betul tu. Hihi. Cie baru je buat weekend baru ni.
BalasPadamAhh dah tak pahit . Mujur tak masuk angin walaupun dah simpan lama tak terusik yer balang kuih gunting ni . Pandai sembunyi tanpa sengaja .hehe
BalasPadammerajuk dia kak, dana buat kuih siput aritu pastu tak terbuat2 lagi adeh... tak siap menggentel lagi
BalasPadamsedap tu ,,,kalo dh start mkn ralit
BalasPadamSedap kuih gunting ni. Wahh dah lama pun masih ok, Alhamdulillah dapat sambung makan. Betul ada kuih goreng macam tu memang tahan lama.
BalasPadamAgaknya memang kena peram dulu baru tak pahit...hihihi...Apapun ni antara kudapan yang saya teringin sangat nak buat tapi belum terbuat
BalasPadamrasa pahit yg macam mana tu kak?
BalasPadamHahahaha mungkin lidah kakak saat itu tengah sakit, jadi terasa pahit 🤭😄. Bagus juga dia tak rusak setelah setahun yaaa 👍👍
BalasPadam