Yang Penting Ada Jus Tembikai Untuk Berbuka!
9:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kerja-kerja menoreh berlanjutan sampai ke petang sedikit. Ada mesyuarat itu dan ada mesyuarat ini. Tidak ada masa untuk memikir hendak masak apa untuk berbuka. Sudah beritahu Encik Suami, buka puasa nanti mesti ada jus tembikai. Ada sedikit masa sebelum menjelang asar, kami mencari buah tembikai. Dua tiga hari Encik Suami asyik sebut hendak makan tembikai kuning. Ada tembikai kuning tapi berbiji pula. Untuk tidak hampakan Encik Suami, kami pun beli dua jenis. Sebiji tembikai merah tanpa biji dan sebiji tembikai kuning yang berbiji sebab yang kuning tak ada yang tak berbiji. Hah.... ayat pun dah macam apa ntah...hiks! Oh, ya tambah lagi sebiji! Sebiji buah tembikai susu pula.
Hari ini kerja-kerja menoreh berlanjutan sampai ke petang sedikit. Ada mesyuarat itu dan ada mesyuarat ini. Tidak ada masa untuk memikir hendak masak apa untuk berbuka. Sudah beritahu Encik Suami, buka puasa nanti mesti ada jus tembikai. Ada sedikit masa sebelum menjelang asar, kami mencari buah tembikai. Dua tiga hari Encik Suami asyik sebut hendak makan tembikai kuning. Ada tembikai kuning tapi berbiji pula. Untuk tidak hampakan Encik Suami, kami pun beli dua jenis. Sebiji tembikai merah tanpa biji dan sebiji tembikai kuning yang berbiji sebab yang kuning tak ada yang tak berbiji. Hah.... ayat pun dah macam apa ntah...hiks! Oh, ya tambah lagi sebiji! Sebiji buah tembikai susu pula.
Tanya Encik Suami, hendak makan apa buka puasa nanti? Masaklah apa-apa saja, katanya. Kalau begitu tak payahlah masak nasi. Nak fikir lauknya lagi.
Sempat pula kita terlelap! Apabila terjaga sudah hampir pukul lima petang! Terburu-buru masuk dapur. Goreng mi kuning sajalah. Encik Suami dan Firdaus memang suka sangatlah dapat makan mi goreng. Kita pula hendak makan sup! Cari dan kumpul sikit-sikit bahan yang ada dalam peti sejuk, dapatlah seperiuk kecil sup campur. Teringat Firdaus suka makan samosa, jadi kita gorenglah samosa. Aduhai! Rentung pula samosanya! Tapi masih boleh dimakan kot.
Hidangan Berbuka Puasa |
Tembikai di Kelantan sewaktu kami jalan-jalan ke sana awal bulan Mac - RM2.00 sekilogram. |
Harga sekilogram tembikai merah tanpa biji di LD RM5.80 sen. Sekilas pandang tengok harga sebiji tembikai yang dibeli tadi RM28.00. Berapa kilogram tu? Amie pesan dengan Encik Suami, jangan tambah banyak air sewaktu kisar tembikai. Tak perlu bubuh ketulan ais. Masukkan saja daam freezer dan sejuk tanpa ais. Barulah puas minum!
Sup Campur |
Sup Campur - Lobak Merah + Bebola Ikan + Putih Jagung + Tauhu Telur + Sayur Sawi + Tomato.
Ratah-ratah saja sambil hirup kuahnya! Lupa hendak bubuh daun kemangi untuk timbulkan aroma segar. Cukuplah begini saja.
Mi Goreng Ayam Asam Lada air tangan Encik Suami untuk dimakan bersama mi goreng. |
Walaupun samosa rentung, tapi habis licin terlebih dahulu sebelum makan yang lain!
Kurma |
Selamat Berbuka Puasa. Bismillah. |
13 comments
Sedapnyer jus semangka
BalasPadamSelamat berbuka puasa
Saya juga lebih suka semangka yg dimasukkan saja dalam kulkas, ga perlu tambah es batu. Krn nanti rasanya jadi kebanyakan air. Manis berkurang.
BalasPadamMemang paling segar semangka untuk berbuka kan kak 😄👍
Senang goreng je mi kalau tak ada idea nak masak apa. Tudiaa 3 gelas cawan air tembikai masuk perut. Orang kata never judge a book by its cover, rentung pun sedap habis dulu. Inti samosa sedap kot, tu yang Daus suka tu.
BalasPadamboleh makan lagi tu kak garing bukan rentung tu ehhehehe... ye air tembikai kalau dapat minum musim panas ni memang syok
BalasPadamTembikai kat Seremban mahal betul..SA beli sebelah aje RM19, Tapi puas hati sebab tembikai tu xde biji dan manis leting...samosa goreng macam tu confirm licin awal..itu yang sedap tu Kak Amie
BalasPadammmg sedap jus tembikai
BalasPadamAna pun paling suka jus tembikai untuk berbuka! samosa tu mcm si Bong juga minta tlg tengokkan roti john pastu TERhangit sikit tp licin juga org makan hehehe
BalasPadamdah cukup sempurna ni walaupun start masak jam 5... mcm2 ader.. yumm yumm yummm
BalasPadamMeriah sungguh sup campur kak Amie 😋
BalasPadamSedap segar dapat minum jus tembikai. Kat rumah saya ada orang beri tembikai besar, memang asyik buat jus berbuka jelah. Cuma kena kerja lebih sikit sebab tembikainya ada biji 😄
Bulan puasa tahun ni memang tiap minggu ada jus tembikai. Sejuk sedap Alhamdulillah. Sedapnya semua menu Kak Amie.
BalasPadamsedapnya hidangan berbuka samosa garing daus mesti suka
BalasPadamSejuk pun letak la ais sebagai hiasan... baru menggiurkan!
BalasPadamSetuju....yang penting jus tembikai ..
BalasPadamasam lada tu macam sedap nampak tu..apa bahannya cikgu