Buka Puasa Makan Nasi Lauk Sambal Goreng Kates

7:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 27 Ramadan 1445H. Kepada yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Jangan terburu-buru hendak cepat sampai tanpa memikirkan keselamatan diri. Jika rasa penat dan mengantuk, berhentilah memandu dan berehatlah seketika untuk kembalikan tenaga. In syaa Allah, semoga dipermudahkan sepanjang perjalanan pulang.

Tahun ini Amie beraya di LD bersama keluarga sebelah Encik Suami. Memandangkan Amie kurang sihat, Amie lebih banyak berehat sahaja. Pagi tadi sempat ke pasar bersama Encik Suami. Membeli dan menambah barangan hari raya yang perlu sahaja. Alang-alang sudah sampai ke pasar ayam, kami pun beli ayam bulat. Harga ayam bulat di LD RM13.50 sen sekilogram. Kami beli lima ekor, minta potong siap-siap. Risau tak boleh masuk freezer sebab sudah penuh dengan daging dan lain-lain. 

Selepas solat zohor, Encik Suami tanya nak buka puasa apa? Amie kata hendak masak nasi dan buat sambal goreng kates. Suka sangatlah Encik Suami dengar kita hendak masak resipi warisan keluarganya. Kebetulan sewaktu bersihkan ayam, terjumpa hati dan mempedal. Jadi, bolehlah dijadikan perencah sambal goreng kates. Sebelum ini Amie pernah kongsikan beberapa kali resipi sambal goreng kates di sini: SAMBAL GORENG KATES

Hidangan Berbuka Puasa

Sejak Amie mula demam dua hari lepas, Encik Suami tidak benarkan berbuka puasa dengan minum air sejuk. Ditambah pula dengan batuk dan selsema, menjadi-jadilah Encik Suami mengingatkan supaya berbuka dengan minuman panas. Jadi, tiadalah sebarang jus buah-buahan yang sejuk seperti selalu. Amie minum air mata kucing versi panas sahaja. Timbang berat badan sebelum berbuka puasa tadi, turun 1.5 kilogram. Demam tiga hari terus turun timbangan.

Sambal Goreng Kates

Ikan Kerapu Goreng Garam Kunyit

Sambal Belacan

Popia & karipap kegemaran Firdaus.

Sambal Goreng Kates


Jom kita lihat resipi Sambal Goreng Kates yang pernah arwal MIL ajarkan Amie semasa hayatnya.

Bahan-bahan:
  • 1/2  kg betik / kates mengkal - kupas kulit dan hiris memanjang
  • 3 mempedal & 3 hati ayam - hiris ikut saiz yang digemari - rebus hingga masak - toskan
  • 2 tangkai cili merah - hiris
  • 2 tangkai cili hijau
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 biji bawang merah - hiris
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 cawan air
  • garam / perasa pilihan
  • 4 sudu besar minyak
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau dan goreng hingga layu.
3. Masukkan mempedal ayam dan daging ayam. Kacau rata.
4. Masukkan hirisan kates / betik.
5. Tambahkan bancuhan air asam jawa dan gaul rata.
6. Masukkan air dan kemudian tutup masakan. Biarkan mendidih dan kuahnya mula pekat.
7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Jom berbuka puasa.
Bismillah.


13 comments

  1. Ujian di hujung Ramadan ni bila tak sihat. Semoga cepat baik. Aamiin..
    Syukurlah husband memahami. Lagi suka kalau kita rajin nak masak. Batuk selsema minum air suam baru lega rasa tekak dan cepat baik. Menarik rupa sambal goreng kates pelbagai warna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Ujian sedikit di hujung Ramadan. In syaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Kak Amie pun banyak berehat di rumah sahaja.

      Padam
  2. Meriah hidangannya
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  3. Di sana disebut Kates juga ya kak Amie 😊. Berarti memang bahasa daerah Serawak ini lebih mirip ke bahasa Indonesia yaa. Saya sepertinya banyak jumpa istilah2 yg kakak pakai, tak jauh beda dengan BHS Indonesia. Beda dengan Malaysia semenanjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya orang Malaysia Barat dan Malaysia Timur sebut betik. Yang sebut kates ini emak mentua saya hehehhee.
      Keluarga sebelah suami memang biasa sebut 'kates' atau 'kepayas'. Jadi saya pun terikut-ikut untuk mengekalkan resipinya.

      Padam
  4. Allahuakbar kesiannya kak Amie demam ye? moga cepat sihat semula hendaknya.. pertama kali dengar Kates hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Ana. Kak Amie beransur sembuh. Terima kasih doanya.
      Ya, kates itu sebutan keluarga Encik Suami, orang Cocos.

      Padam
  5. Sedapnya tengok Sambal Goreng Kates tu Kak Amie. Thanks kongsi resepi nanti nak try lah.

    BalasPadam
  6. Oh, kates tu betik ya. Macam mn rasanya ya, sy bayangkan betik masak bening letak daun selasih pun dah sedap sangat.

    BalasPadam
  7. Kalau tak salah kat Trengganu ada Rojak Kateh...rasanya daripada betik juga..Nampak menarik dan unik

    BalasPadam
  8. kalau ada mempedal ayam ni
    saya akan sambar dulu!
    sejenis yg x kisah masak apa pun janji ada mempedal
    hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe