Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi
8:27 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi di hari Jumaat nan mulia, penghulu segala hari. Semoga sepanjang hari ini dilalui dengan penuh keberkatan. In syaa Allah.
Bertemu lagi di hari Jumaat nan mulia, penghulu segala hari. Semoga sepanjang hari ini dilalui dengan penuh keberkatan. In syaa Allah.
Cerita dari dapur kali ini tentang resipi Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi. Amie pernah makan menu otak lembu tapi bukan olahan sendiri. Kali ini Amie kongsikan hasil air tangan dari dapur sendiri. Bagi yang tidak pernah makan otak lembu, rasanya tidaklah terlalu pelik. Rasanya lemak-lemak, lebih kurang rasa telur itik masak lemak tapi Otak Lembu MLCP lebih berkrim dan sangat lembut. Tidak juga ada bau hanyir atau aroma yang kurang menyenangkan. Sebelum mengolahnya kenalah cuci bersih, dan mesti buang selaput darahnya. Boleh cuci dengan tepung gandum atau bahan lain seperti daun limau purut yang diramas-ramas.
Amie sediakan bahan perencah menggunakan cili padi, kunyit hidup, halia, lengkuas, daun kunyit, bawang putih, bawang merah dan asam gelugur serta santan kelapa. Sudah tentu menghasilkan aroma yang enak dan segar!
Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi |
Hidangan Berbuka Puasa |
Ikan Gerut-Gerut Goreng Berempah |
Firdaus sudah pesan supaya goreng ikan berempah. Ada baki seekor ikan gerut-gerut. Jadi Amie pun gorenglah mengikut selera Firdaus. Katanya lagi, jangan lupa bubuh cili hijau dan cili padi.
Ikan gerut-gerut ini siap dibersihkan di pasar. Tak persan pula masih ada sisiknya di tepi-tepi. Sudah digoreng baru nampak. Maklumlah warna kulit ikan dan sisik pun senada! |
Sayur Picai Panjang Tumis dengan Udang |
Sambal Belacan |
Honeydew |
Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi |
Resipi Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan:
- 350 gram otak lembu - rendam 30 minit dengan daun limau purut yang diramas - buang / bersihkan selaput darah - potong ikut saiz yang disukai - toskan
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 1 helai daun kunyit - siat-siat
- 1 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - diketuk
- 1 keping asam gelugur
- 7 tangkai cili padi
- 4 sudu besar minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 20 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Masukkan serai dan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan santan cair dan asam keping.
- Apabila kuah mula mendidih,dengan api sederhana.
- Seterusnya masukkan santan pek
- masukkan otak lembu bersama daun kunyit.
- Biarkan masak selama 15 minit
- at, tomato dan cili padi.
- Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih sekali lagi.
- Padamkan api dapur.
Jemput makan. Bismillah. |
11 comments
Seperti biasa masakan kak amie inspirasi Mbul...ikan kelihatan crispy dan lezat...belum yang lainnya...dalam tampah itu kok menerbitkan liurku huhu
BalasPadamlauk eksotik ni..saya belum pernah makan otak lembu tapi pernah tengok nenek masak,nak buang urat darah tu sangat hati-hati&teliti
BalasPadamUncle rasa uncle takde keberanian nak makan ni....
BalasPadamUncle la....
Pertama kali dengar lauk berasaskan otak lembu. Makanan exotic yang jarang orang buat. Ohh rasa dia tak pelik sangatlah ye. Bolehlah untuk cuba-cuba makan. Comel pulak nama ikan tu. Sayur Picai Panjang tu pun baru dengar juga. hihi...Daus mesti makan habis ikan tu kan.
BalasPadamIni betul² buat sy telan ailio lama². Daus makan ke otak lembu tu, Kak Amie. Sebab dia dah ada ikan gerut² goreng.
BalasPadamotak ayam dengan ikan pernahla makan kak, tapi otak lembu tak pernah dana makan atau jumpa...
BalasPadammakanan eksotik ni.
BalasPadambelum pernah cuba lagi.
Suami saya sukaaaa sangat otak sapi. Tapi saya sekali coba dan tak bisa telan kak 🤣😅. Mungkin Krn saya terbayang otak yg belum dimasak, jadi ada perasaan geli sangat. Jadi sampai skr saya memang tak sentuh hidangan otak sapi 😅. Suami saja
BalasPadamSedapnya semua sedap sangat tengok. Bila la dapat makan dari air tangan Kak Amie ni :)
BalasPadamYa rabbi..SA paling suka otak lembu ni Kak Amie...tapi tu la kandungan kolestrol dia tinggi...sesekali boleh la makan
BalasPadamMakanan exotic yang lama dah tak jumpa ni...mana nak cari otak ni...huhuhu
BalasPadam