Makan Roti dengan Sup Tarhana

9:15 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita kembara di Balkan.
17 Februari 2024 - Sabtu

Selepas daftar masuk hotel, kami berehat seketika sebelum turun semula ke dewan makan pada pukul 7 petang. Seperti biasa, semua peserta mesti berada di tempat makan masing-masing barulah pelayan datang hidangkan makanan.

Hidangan Pembuka : Sup Tarhana


Meja makan kami berempat : Amie, Kamsiah, Lucy dan Nancy.


Sementara menunggu peserta lain sampai, ambil gambar dahulu di sekitar dewan makan Hotel Exclusive.



Ada enam orang satu kumpulan meja makan.


Ada lima orang satu kumpulan meja makan.

Dan ada dua orang satu kumpulan meja makan.


Setiap meja dihiasi dengan bunga, dilengkapi dengan minuman air kosong, minyak zaitun dan cuka serta roti.



Hidangan asas yang disediakan hanyalah roti dan salad.


Salad terdiri daripada hirisan kobis, daun salad, timun dan tomato.

Salad sayur-sayuran.


Sup Tarhana berasal dari Tanah Tinggi Anatolia, Turkey. Sup ini sangat terkenal di Eropah Tenggara. Bahan asas sup ini diperbuat daripada tomato dan rempah-rempahan, pasli dan daging cincang. Dalam keadaan perut yang lapar memang sedap sangatlah celup roti dalam Sup Tarhana. Amie makan dua keping roti!


Hidangan kedua ialah nasi goreng dengan kari daging. 
Begini sahajalah kuantiti hidangannya.

Dessert : Bosanske Hurmasice

Hidangan terakhir, pencuci mulut berupa manisan tradisional : Bosanske Hurmasice.
Begitulah hidangan makan malam kami di Hotel Exclusive di Sarajevo. Bosanske Hurmasice itu tidaklah habis dimakan kerana sangat manis. Apa pun memang hidangan malam memang seimbang dengan kandungan karbohidrat, protein dan fiber. Memang setiap malam hanya jumpa air kosong sahaja di setiap hotel yang kami inap.

Alhamdulillah. Tidaklah terlalu kenyang dan tidak pula rasa lapar.

Selepas makan makan terus masuk ke bilik.

Malam itu kami tidur lena. Tak sempat hendak melihat bacaan suhu! Tapi kalau sudah namanya musim sejuk, memang bertambah sejuklah apabila yiba waktu malam menjelang ke pagi.

13 comments

  1. Bosanske Hurmasice? Macam mana nak sebut ni?

    BalasPadam
  2. Yummy.. kelihatan fancy banget kak amie...mbul jadi pengen cuba roti dengan sup yang lembut

    BalasPadam
  3. Semua nampak sedap. Kak Amie pergi trip ni dgn travel agent ke? Nanti boleh share brp ongkos dan itinerary trip tak?

    BalasPadam
  4. sedap nampak sup tarhana makan dengan roti

    BalasPadam
  5. Maksudnya kena tunggu semua meja penuh baru makan. Jenuh juga nak menunggu semua. Daging cincang dikisar halus dalam sup ye, sebab tak kelihatan pulak daging cincangnya tu. Syukur dapat juga hidangan kedua nasi. Puas hati dapat makan nasi kan. Dessert bosanske hurmasice macam nekbat pula rupa dia.

    BalasPadam
  6. Aduh, kalau macam ni makannya, dengan berjalan² lagi, mahu hilang 5 kg sebelum balik Msia, Kak Amie.

    BalasPadam
  7. cantik table setting mereka.
    kalau betul2 lapar, nasi dan lauk daging tu tak cukup 😁

    BalasPadam
  8. nmpak sedap roti dengan sup tu kak

    BalasPadam
  9. Tapi biasanya saat winter ntah kenapa mudaaah sangat merasa lapar kan kak 😅. Untungnya saya biasa banyak jalan kaki jika traveling in winter. JD makan banyak pun terbakar juga dengan kalori jalan 😄

    BalasPadam
  10. Semua nampak sedap. Musim sejuk memang cepat lapar kan. Bosanske tu macam gulab jamun kot memang manis.

    BalasPadam
  11. Sedap tu semuanya..makanan sihat namanya ni kan

    BalasPadam
  12. Walau ringkas tapi semua makanannya memang bergizi kan..kalau saya tak cukup nasi goreng secoet tu🤣

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe