Begova Corba & Tarhana Soup
9:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apa agaknya hidangan malam di Hotel Jardan?
Amie temui dua jenis sup: Begova Corba dan Tarhana Soup. Sebelum ini Amie paparkan entri makan malam di Sarajevo, roti cecah dengan Tarhana Soup. Amie pernah merasa Tarhana Soup sewaktu jalan-jalan ke Turki 2017 ketika makan tengah hari di Konya dan di Lembah Goreme. Walaupun namanya sama, sudah tentu ada sedikit perbezaan rasa sebab tukang masaknya pun bukan orang yang sama.
Kebanyakan makanan halal di Bosnia memang banyak persamaannya dengan makanan Turki sebab Bosnia merupakan bekas jajahan Turki Uthmaniyyah. Tidak hairanlah sesiapa yang pernah makan makanan Turki akan menemui menu yang sama di Bosnia.
Begova Corba merupakan rebusan daripada sayur-sayuran seperti lobak merah, saderi, pasli, kentang dan ketulan daging. Begova Corba boleh dinikmati sebagai pembuka selera. Sepatutnya Amie boleh celup roti di dalam mangkuk Begova Corba, tapi Amie lebih suka menghirupnya sahaja sebab Amie mencari sesuatu yang panas!
Tarhana Soup |
Tarhana Soup pula sangat sesuai disajikan pada musim sejuk. Tarhana Soup merupakan rebusan yang pekat daripada serbuk tarhana, tepung, bijirin dan sayur-sayuran seperti lada dan tomato. Tarhana Soup berasal dari Asia Tengah dan diperkenalkan di Bosnia sewaktu Empayar Uthmaniyyah. Sup paling popular di Bosnia ini boleh dinikmati tidak kira waktu samada sebelah pagi, tengah hari atau malam. Sama juga seperti Begova Corba, Tarhana Sup sesuai dinikmati bersama roti. Namun, sama halnya dengan Begova Corba, Tarhana Soup ini Amie hirup saja!
Sajian malam yang disediakan termasuklah buah-buahan seperti pisang, epal dan buah kiwi.
Salad turut disediakan seperti hirisan tomato, kobis dan daun salad.
Ada pelbagai pilihan pasta.
Patty (Burger) & Chicken Fillet / Breast |
Potato Rings & Fish Fillet |
Tak ingat apa makanan warna hitam itu. Yang di sebelahnya spaghetti. |
Sudut Corn Flakes & Coco Crunch |
Inilah makanan yang dipilih : Ikan Goreng Kentang Goreng & Rings Dada Ayam Goreng Burger |
Ambil juga salad dan sebiji pisang. Hendak bagi kenyang perut, hirup dua jenis sup : Semangkuk Sup Tarhana dan semangkuk Begova Corba. |
Kamsiah : Kek dalam piringnya nampak sedap! |
Kita pun ambil sepotong kek juga. Entah kek apa namanya. |
Ketika kami hampir selesai makan, Lucy dan Nancy muncul dan duduk makan semeja dengan kami. Amie pun sambung makan dan ambil sedikit spaghetti, penne dan kari daging, sekadar hendak merasa.
Alhamdulillah. Rezeki Allah untuk kami nikmati malam itu, semuanya halal belaka.
8 comments
Mirip dengan kuliner Turkiye yaaa... Saya agak kurang cocok dengan kuliner Turkiye. Ntahlah tapi mostly cantik di mata tidak di lidah. Bagus sayalah. Cuma tetap saja saya pasti coba masakan bosnia kalo nanti kesana. Walopun mirip siapa tahu lebih sedap 😄
BalasPadamBaru sadar ada typo saat tulis komen, tapi terlanjur di submit 😅. Maklum sajalah kak, auto type kdg menyusahkan😄
BalasPadamTerima kasih sharing ini. Menarik dibaca.
BalasPadamNampak unik makanannya, terutama sup sup tu
BalasPadamMudah jika semuanya telah pasti halal, makanan yg disajikan kelihatan enak² belaka, rugi jika tak dicuba hidangan Turki.
BalasPadamMenariknya sup-sup tue . Rasanya pasti berlainan kan . Thank you share makanan-makanan di sana .
BalasPadamsedap pula saya tengok kek tu
BalasPadamhehehe
Unik juga kombinasi tarhana soup ni. Macamanalah rasa gabungan bahan-bahan tu. Macam sedap je kek pilihan kak Amie tu, topping dia nampak macam caramel.
BalasPadam