Kononnya Hendak Beli Limau Saja.....

5:43 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita suka makan limau Mandarin Honey Marcott. Biasanya kita bawa sebiji ke tempat menoreh. Balik rumah makan sebiji, dan malam makan sebiji. Kadang-kadang terlajak makan berbiji-biji, berlawan-lawan dengan Encik Suami. Biasanya kalau tinggal sebiji dua, Encik Suami tak makan. Dibiarkan saja sebab tahu makwenya memang suka makan limau itu.

Oleh kerana limau sudah habis, jadi lepas makan nasi briyani ayam dan kambing di kedai makan Pakistan, kita ajaklah Encik Suami beli limau lagi. Pergi dua buah pasar raya tapi  limau Mandarin Honey Marcott tidak ada. Di pasar raya kedua, yang ada hanya ada Wogan Mandarin Oranges saja. Alang-alang sudah masuk dua pasar raya, beli sajalah Wogan Mandarin Oranges. Saiznya lebih kecil berbanding Mandarin Honey Marcott. Harga sekilogram RM14.90 sen.


Wogan Mandarin Oranges

Kawan-kawan kita kata kalau hendak membeli-belah eloklah dalam keadaan perut kenyang. Kalau perut lapar semua hendak dibeli! Selepas kenyang makan nasi briyani memang hendak beli limau saja. Eh, selepas beli limau banyak pula benda lain yang dirembat:

  • Lobak Merah
  • Terung Taiwan
  • Labu Air
  • Limau Kapas
  • Lemon
  • Tomato Kristal
  • Cili Hijau
Mulanya hendak beli limau saja, sudah bertambah tujuh jenis lagi! Semuanya jadi lapan. Itu tidak termasuk tiga jenis ikan lagi. Dan telur satu sarang! Orang kata berbelanja boleh hilangkan stress. Haaaa.... agaknya stress kerja-kerja menoreh lah tu! Tak apalah. Bahan-bahan yang dibeli pun memang akan digunakan juga untuk masak-masak di dapur. 


Sesungguhnya hasil belian menjadi terapi minda! Apabila diletak dalam bekas, nampak warna-warni dan meriah.


Demikianlah kisah bermula dari limau menjadi warna-warni terapi mata di dapur!
Wogan Mandarin Oranges walaupun saiz lebih kecil berbanding Mandarin Honey Marcott tapi rasanya lebih manis. Mandarin Honey Marcott manis tetapi ada rasa masam sikit. Dua-dua sedap!

9 comments

  1. Limau ni kalau manis memang sedap. Tak dapat nak bezakan. Kena baca label. hihi..betul sangat tu Kak Amie. Satu terapi membeli sayur-sayuran ni. Pantang nampak yang segar, terus rembat masuk troli.

    BalasPadam
  2. Hahahahah itulah kenapa sampai skr saya kalah belanja utk keperluan dapur masih online kak. Krn kalo pergi ke pasar langsung, pasti merembet beli yg lain 🤣🤣

    BalasPadam
  3. saya kalau betul2 nak beli 1barang memang minta suami yang belikan,kalau pergi sendiri 1barang boleh berjangkit jadi 1troli

    BalasPadam
  4. Sy jarang (atau tak pernah rasanya) beli limau ni. Sejenis malas makan buah lagi2 jika perlu dikopek kulitnya.

    BalasPadam
  5. Betul juga tue . Kalau time perut lapar ni nampak semua makanan sedap-sedap . Sekua nak order . Lepas order baru nyesal order bebanyak . Makannya tidak banyak mana pun

    BalasPadam
  6. wah sama lah peberet kita juga. Yang kecil kadang lagi manis

    BalasPadam
  7. hahaha
    orang pompuannn
    fahammm sangat da

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe