Beraya 1 Syawal 1445H
11:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini sudah 4 Syawal 1445H. Cerita hari raya masih diteruskan. Ziarah dan kunjung-mengunjung di hari raya sudah tentu terasa kemeriahannya apabila disertai dengan keluarga tersayang. Selepas solat sunat Aidil Fitri, kami terus berziarah ke rumah jiran sebelum meneruskan tradisi berkumpul beramai-ramai di kampung.
Apa yang dibisikkan Firdaus di telinga Baba? |
Amie tidak banyak ambil gambar raya pada tahun ini.
Kebanyakan gambar dikongsi dari HP Fuad.
Kebanyakan gambar dikongsi dari HP Fuad.
Si bujang Fairuz. |
Si bujang Fuad. |
Bergambar sebelum ke rumah jiran. |
Harumnya aroma Sirap Marjan Melon! |
Teringat zaman anak-anak dahulu, jiran kami akan berkunjung ke rumah kami di pagi raya sebelum mereka balik ke kampung masing-masing. Alhamdulillah, kami direzekikan mempunyai jiran yang sangat baik. Kalau hari-hari biasa sukar untuk berjumpa, ambillah kesempatan di pagi hari raya untuk mengeratkan ukhuwah.
Kami dijemput untuk menikmati juadah tradisi masyarakat Bugis yang terdiri dari buras dan tumbuk dengan lauk pauknya ayam masak lengkuas (nasu liku'), ayam masak santan (tellu-tellu), sayap ayam goreng dan sambal tahi minyak.
Tellu-Tellu dan Nasi Liku' |
Sambal Tahi Minyak. Sambal ini menggunakan cili padi, bawang putih dan bawang merah serta gula merah. Ditambah santan pekat dan dimasak sehingga terbit minyak, Bukannya gunakan tahi minyak. |
Menikmati hidangan masakan Bugis dengan penuh selera. |
Kemudian kami ke kampung, ke rumah kedua arwah MIL dan FIL (adik ipar). Di sinilah ipar duai dan sanak saudara mana yang ada akan berkumnpul.
Adik ipar jamu Soto Banjar. |
Ada buras, lemang dan ketupat segera. |
Sayap Ayam Goreng. |
Tak ingat apa nama lauk ini dalam bahasa Bugis. |
Rendang Daging |
Bersama pasangan masing-masing, ipar dan biras. |
Bergambar dengan sebahagian ahli keluarga Encik Suami. |
Kami teruskan perjalanan menziarahi kubur ahli keluarga yang telah pergi. Selepas itu beraya di rumah Mak Ana. Seperti tahun-tahun sebelumnya Mak Ana memang sudah sediakan sate sebagai hidangan utama. Sayangnya tak sampai tiga cucuk kita makan. Bukan apa, mulut masih rasa pahit akibat demam.
Sate Ayam. |
Berjalan kaki turun bukit menuju ke rumah Pak Lin. |
Kami sambung ziarah ke rumah Pak Lin, satu-satunya bapa saudara Encik Suami yang masih ada. Kemudian ketiga buah rumah emak saudara iaitu Mak Tajul dan Mak Imah dan rumah arwah Mak Kajub. Sempat singgah di rumah anak saudara dan yang terakhir ke rumah abang Encik Suami.
Alhamdulillah, selain buras dan tumbuk, ada lemang dan ketupat serta lauk-pauk seperti rendang. Ada sate dan pelbagai lagi. Terubatlah rindu suasana raya di kampung sendiri. Mudah-mudahan tahun hadapan ada rezeki untuk beraya di Bukit Hijau.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. |
30 comments
semoga Allah panjangkan usia untuk berjumpa ladi Ramadhan dan Syawal pada tahun depan.. Ameeennnn
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamSelamat Hari Raya Kak Amie & keluarga
BalasPadamMaaf zahir dan batin.
Suasana hari raya yang penuh warna warni.
Selamat hari raya juga buat Faizah sekeluarga.
PadamNampak meriah dengan warna-warni hari raya kan Faizah.
Selamat Hari Raya
BalasPadamMaaf Zahir & Batin buat Kak Amie sekeluarga 🌹
Meriah betul beraya ... Pelbagai jenis juadah tradisi itu yg seronok tu ...
Selamat hari raya PH.
PadamYang tradisi tu yang nak dirasa ye PH... bukan selalu jumpa hehehe.
selamat hari raya amie. seronok tengok berhari raya bersama sanak saudara, pelbagai juadah juga yang baru first time saya tengok, yg pasti kelihatan amat menyelerakan
BalasPadamSelamat hari raya Shirven. Memang rezeki beraya dapat makan juadah yang menyelerakan.
PadamSelamat hari raya aidilfitri
BalasPadamSama-sama raya CCL.
PadamSelamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Kak Amie..sama la raya kali ni memang SA demam dan batuk..x seronok beraya...nak plak Mak Pah dah xde kan...
BalasPadamTiga hari sebelum raya Kak Amie dah mula demam, selsema dan batuk. Itu yang tak berapa selesa beraya.
PadamFaham perasaan SA... rindu pada yang telah pergi untuk selama-lamanya.
Kak Amie ada keturunan Bugis berarti yaaa. Tapi pernah ke Sulawesi kak?
BalasPadamMakanan suku Bugis itu saya sukaaa. Paling banyak saat ke Sulawesi di Makasar, makanan mereka sedap2. Banyak memakai rempah utk semua makanan. Buras nya pun sedap. Biasa dimakan dengan teman Coto Makasar. Tapi menu lainnya saya tak terlalu tahu. Penasaran nak coba 😍
Kak Amie keturunan Jawa. Suami keturunan Cocos. Jiran kami yang keturunan Bugis.
PadamBelum pernah ke Sulawesi tapi selalu berharap akan sampai ke sana.
Kak Amie memang suka makanan Bugis sebab di LD banyak orang Bugis berniaga makanan termasuk Coto Makasar. Kawan-kawan pun ramai Bugis, jiran kiri kanan juga Bugis, biras pun Bugis. Pendek kata Kak Amie memang sudah kenal dan biasa dengan masakan dan budaya Bugis.
Sambal tahi minyak itu saya penasaran sangat kak 😍😍😍. Baru tahu 👍. Btw, baguuuus warna baju raya kakak sekeluarga. Purple 😍😍❤️
BalasPadamKak Amie mahu cuba buat sambal tahi minyak. Sudah minta resipinya sama jiran hehehe.
PadamSeronoknya berkunjungan ke rumah saudara yang masih ada. Lebih afdhal, yang lebih muda berkunjung ke rumah yg lebih berusia atau tinggi pangkatnya dalam keluarga.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMasih ada keluarga dan sanak saudara yang dapat dikunjungi.
wahhhhh ramai meriah family sebelah suami ye kak amie? belum pernah merasa lagi Burasak tu hehe
BalasPadamMemang ramai Ana. Masih ada sebahagiannya yang tak dapat bersama kerana tinggal berjauhan.
PadamAyunya cikgu dengan motif flora yang lembut dan romantis betul merpati dua sejoli tu...semoga kekal bahagia hingga ke Jannah
BalasPadamMeriahnya hidangan Bugis...Sukanya kalau dapat makan buras dan tumbok tu .
selamat hari raya utk Kak Amie sefamily..unik juadah masyarakat bugis...
BalasPadamselamat hari raya akak&family..maaf zahir&batin dari kami sekeluarga
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Amie dan keluarga.
BalasPadamMeriah sungguh bila dapat berkunjung ke rumah saudara kan.
salam aidilfitri tk kak amie sekeluarga
BalasPadamwaahhhh purple gituuuu...
tak jadi eh kak nak pakai brick orange?
hahaha...
gurau je...
sejak burasak jd viral ni teringin pulak nak rs...
hmm mana nak cari kat kl ni ya?
hehehe
selamat hari raya akak dan family, geramnya tengok macam2 kek lapis tu... camne rasa sirap hijau marjan tu ek kak?
BalasPadamTema purple family kak Amie tahun ni. Cantik baju kak Amie, sesuailah corak tu dengan kak Amie. Sweet jer tengok. Seronok raya pertama dapat berkumpul ramai ramai. Kalau sakit, selera tu tak mahu datang. Kurang sikit feel nak beraya tu kan.
BalasPadamselamat hari raya akak.. raya sebulan kan.. hehe.. ya Allah sedapnyaa lauk pauk semua tu..
BalasPadamAruah mak saya buat minyak rambut daripada santan kelapa. Hasilnya dapat minyak dan tahi minyak. Minyak yang dapat di botolkan, Manakala tahi minyak yang banyak timbul dia buat sambal tahi minyak. Tapi saya tak ingat macamana dia buat sambal tahi minyak tu. Selain daripada itu tahi minyak tu boleh di tabur atas kuih koleh kacang. Emm sedapnya.
BalasPadamselamat hariraya maaf zahir batin dari saya sekeluarga. meriahnya 1 syawal kak amie
BalasPadam