Majlis Tautan Kasih 3 Syawal 1445H

8:45 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tradisi Majlis Tautan Kasih keluarga sebelah Encik Suami diadakan pada malam hari raya ketiga. Biasanya majlis ini dibuat pada akhir Syawal tetapi memandangkan ramai ahli keluarga yang tidak dapat bersama kerana tinggal berjauhan, jadi acara tersebut diawalkan. Kali ini adik ipar di Kampung Silabukan menjadi tuan rumah. Seperti biasa, masing-masing keluarga membawa apa sahaja juadah seikhlasnya untuk dinikmati bersama-sama.

Gambar kenangan bersama sebahagian besar ahli keluarga.

Amie bawa nasi lemak. Lauknya seperti biasa termasuk sambal bawang, ikan bilis dan kacang tanah goreng, timun serta telur rebus. Amie bawa lauk tambahan iaitu udang nestum dan rendang lokan.


Pelbagai makanan yang dibawa oleh setiap keluarga termasuk panggang-memanggang sayap ayam dan kambing.



Majlis bermula agak lewat kerana kesemuanya tersekat dalam kesesakan jalan raya! Sepatutnya bermula pada pukul 7:30 malam tetapi membawa ke pukul 10 malam!

Sepupu Fuad (baju hijau) sebagai wakil tuan rumah memulakan majlis.

Apa pun semuanya berjalan lancar. Hampir pukul 12 malam majlis selesai.
Kami sampai ke rumah pada pukul 12:45 malam.

Mata sudah layu... ahaks!


Antara juadah yang terhidang malam itu, sayap ayam panggang yang sangat sedap.

Bihun sup.



Di pertengahan jalan pulang, mereka yang di hadapan terjumpa pula dengan gajah! Jadi, kami yang di belakang bawa kereta perlahan-lahan agar tidak terlanggar gajah di tengah malam.

23 comments

  1. Jap jap... Cerita gajah tu betul ke? Tak sempat ambik gambar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami balik lewat malam. Waktu itu 12:28 tengah malam, perjalanan dari Silabukan ke Lahad Datu. Gajah tu melintas jalan berhampiran Stesen Penyelidikan MPOB Lahad Datu. Kan Lahad Datu ada Tabin Wildlife Reserve.

      Padam
  2. Uwaaaah masih ada gajah lewat di sana ya kak 😍😍😍😍.

    Seruuu bisa berkumpul ramai dengan para saudara 👍. Ini yg selalu dinanti kalo idul Fitri kan 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak gajahnya Fanny. Ada Tabin Wildlife Reserve. Kadang-kadang keluar segerombolan berpuluh-puluh ekor gajah melintas jalan.

      Padam
  3. Di sana juga traffic jam ye Kak?
    Tahun ni byk pulak cerita org terserempak dgn gajah. Mudah-mudahan semuanya selamat 🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang setiap hari traffic jam terutama waktu puncak.
      Tapi sekarang kesesakan semakin kerap berlaku. Nak ke kampung pun terpaksa hadap macet berjam-jam lamanya.

      Padam
  4. Tengok sayap panggang tu sedap lah.
    Kisah gajah tu, dia duduk tengah jalan ke atau berjalan lalu.
    Ngeri pula membayangkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap sangat sayap panggang tu.
      Gajah tu melintas jalan, terus masuk hutan.
      Kami sudah biasa dengan cerita gajah-gajah ini.

      Padam
  5. Di sana-sini memang jammed musim raya ni. Tentu gajah tu keluar nak melihat suasana raya, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak best kan jalan sesak.
      Iyolaaa... gajah pun nak berayo jugak kan SK.

      Padam
  6. sayap ayam tu waduhhhh sedapnya!
    ada gajah juga ya di sana kak amie?
    selalu dgr gajah di kwsn Gerik Perak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak gajah di Sabah.
      Kak Amie selalu nampak gerombolan gajah di Lahad Datu terutama di kawasan Tabin Wildlife Reserve. Jumpa gajah di tepi sungai / hutan sewaktu menyusuri Sungai Kinabatangan dan nampak banyak tahi gajah sepanjang jalan ke Lembah Danum.

      Padam
  7. Selamat hari raya kak Amie...mohon maaf lahir dan batin 🙏..maaf terlambat yaa kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Heni. Maaf zahit batin. Belum terlambat kok... raya kan sebulan hehehe.

      Padam
  8. Selamat Hari Raya Cikgu..Maaf zahir dan batin...
    Seronoknya dapat bersama seluruh keluarga...semoga tradisi ini terus kekal dan menjadi inspirasi kepada yang lain

    BalasPadam
  9. bkn senang dpt berkumpul rmi2 kn....sedap tu tgk sayap panggang

    BalasPadam
  10. mesti sayap panggang paling laris,tengok gambar pun dah nampak sedap
    seronoknya semua sepakat dapat berkumpul..

    BalasPadam
  11. berkumpul ramai2 dpt mkn sedap sedap... mmg heaven! lg pun bkn selalu kan dpt berkumpul mcm ni...

    BalasPadam
  12. Sungguh meriah..
    Macam ai dua beradik je.

    BalasPadam
  13. bestnya kak meriah betul kira open house lah ni tapi sudara terdekat je

    BalasPadam
  14. Sampai ke malam postponenya tu. Syukur majlis berjalan dengan lancar. Sekarang musim gajah keluar agaknya kan. Sana sini jumpa gajah. Seram betul kalau terserempak.

    BalasPadam
  15. Seronok nya gathering dengan saudara mara. Juadah semua sedap2 tu Kak Amie

    BalasPadam
  16. bestnya dpt brkumpul ramai2 mcm ni. makanan pun sedappp

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe