Jom Berkenalan dengan Hidangan Tradisional Bosnia : Hercegovački Mješanac
11:59 PGBismillahirrahmanirahim.
Ketika melihat jam, sudah pukul 3:26 petang. Patutlah rasa lapar yang teramat sangat. Kelibat Kamsiah dan Nancy memang tidak kelihatan di celah-celah orang ramai. Amie dan Lucy berjalan arah tempat letak bas, tetapi pada masa yang sama meninjau-ninjau kalau ada kafe atau restoran yang berkenan di hati. Cadangan kami, nanti kami akan telefon Kamsiah atau Nancy untuk makan di tempat yang sama sekiranya mereka pun belum isi perut.
Kami berhenti di hadapan pintu masuk Jivan Restaurant.
Di pintu masuk restoran, terdapat paparan menu dan gambar makanan yang ditawarkan. Seorang pelayan wanita yang sangat cantik memberi penerangan bahawa makanan di Jivan Restaurant adalah halal. Ada hidangan tradisional vegetarian food, pasta and risotto, dessert dan sebagainya.
Kami dijemput masuk ke restoran dengan menuruni tangga berkarpet hijau. Apabila sudah sampai di ruang makan, kami diarahkan meneruskan perjalanan menuruni lagi satu tangga berpusing yang juga dialas dengan karpet hijau. Eh, restotran bawah tanahkah ini?
Kedudukan Jivan Restaurant. |
Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, Amie cuba telefon Kamsiah dan beritahu kami berada di Jivan Restaurant. Rupanya mereka berada di muzium. Amie beri panduan supaya Kamsiah dan Nancy boleh menjejaki kami. Cuma patah balik mengikut jalan asal dan perhatikan ada Jivan Restaurant di sebelah kiri jalan.
Traditional Bosnian Meals. |
Hidangan tradisional Bosnia ini tidaklah asing bagi Amie. Amie tidak mencadangkan kepada kawan-kawan untuk mencubanya, takut tidak menepati selera. Biarlah mereka memilih sendiri mengikut cita rasa masing-masing. Amie memilih Hercegovački Mješanac atau Herzegovina Mix Plate. Hidangan ini mengandungi dolma, iaitu nasi dan daging cincang sumbat. Ada tiga jenis bahan yang disumbat dalam hidangan Amie iaitu capsicum, daun anggur dan zucchini. Selain itu, dihidangkan bersama mashed potato.
Fish Specialties - Amie pernah makan menu ikan trout dan calamari di Blagaj Buna. |
Pelbagai pilihan dessert. |
Amie memesan minuman panas berupa teh. Dihidangkan segelas air panas, bersama seuncang teh dan hirisan lemon.
Nama teh : Jagoda & Vanilija dan berwarna merah.
Setelah hampir separruh gelas teh dihirup, sampailah Kamsiah dan Nancy untuk makan bersama kami. Rupanya mereka berdua tidak menyeberang Jambatan Mostar untuk bergambar. Jadi, selepas makan kami cadangkan mereka kembali semula ke tempat tersebut. Nanti Amie akan tunjukkan jalannya. Aduhai... sayangnya kalau tidak ambil gambar kenangan di situ!
Beginilah pemandangan di tepi sungai tempat kami menjamu selera. Kiri kanan dan depan belakang kami dipenuhi pelanggan yang terdiri daripada orang kulit putih.
Memang asyik sungguh, sambil makan dan minum sambil mendengar bunyi air sungai yang mengalir di bawah tempat duduk kami.
Panorama yang dapat dilihat dari Jivan Restaurant.
Lucy : Mixed Meat - 25,000KM Lucy kata dia peminat daging. Jadi Lucy pesan Mixed Meat yang penuh sepinggan dengan kebab, sausages, chicken, fries, salad dan roti pita. |
Kamsiah : Chicken Fillet - 13,000 KM |
Amie : Traditional Bosnian Meals 15,000KM. |
Kiraan mata wang Bosnia ialah KM (marka) iaitu 1 EURO bersamaan dengan 2 KM (marka). Senanglah untuk mengira sebab sebab sudah dibundarkan.
Selepas makan kami hendak ke tandas tetapi Amie batalkan saja sebab terlalu ramai orang di situ. Rasa tidak selesa pula sebab satu pintu masuk untuk dua jantina walaupun tandas asing-asing! Jadi kami hantar Kamsiah dan Nancy kembali semula ke lorong pejalan kaki untuk menuju ke seberang Jambatan Mostar.
Sementara menunggu Kamsiah dan Nancy ke seberang, Amie dan Lucy jalan-jalan di sekitar dan membeli ais krim. Aduhai... banyaknya orang berbaris hendak beli aiskrim. Setelah bersabar menunggu beberapa minit, dapatlah juga aiskrim yang dihajati.
Sambil menikmati aiskrim, sambil-sambil mata menjamu pandangan lapik meja dan berkira-kira untuk membelinya. Hanya tinggal 10 minit sahaja untuk kami kembali semula ke tempat letak bas. Kami masih menunggu Kamsiah dan Nancy muncul dari seberang Jambatan Mostar. Oleh kerana tidak nampak kelibat mereka berdua, akhirnya Amie telefon Kamsiah. Jawapannya: Kami sudah menuju ke tempat letak bas!
Allahu Akbar! Maknanya mereka tinggalkan kami yang sedang menunggu mereka.
Allahu Akbar! Maknanya mereka tinggalkan kami yang sedang menunggu mereka.
Kami cepat-cepat berlari-lari anak di atas jalan berbatu untuk segera sampai. Alas meja yang hendak dibeli hanya mampu dipandang sahaja. Menepati masa lebih penting dari segalanya.
Alas meja ... dua kali terlepas beli. |
Apa pun kami sempat sampai ke tempat letak bas sebelum pukul 5 petang. Alhamdulillah.
8 comments
Cantiknya warna Teh tu...
BalasPadamApa rasanya daun anggur tu Kak Amie? Maaf bertanya sbb baru tahu daun anggur boleh dimakan.
Dekat Istanbul pun ada dolma jugak, tapi bak kata Kak Amie, citarasa masing2 berbeza. Dolma di Istanbul tak kena dengan tekak saya.
BalasPadamMakan sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik.
BalasPadamLepas ni kalau nampak barang yang teringin dibeli kena beli terus, takut terlepas lagi.
best tu makan dengan suasana yang cantik. Tu lah kalau travel masa yang penting. Alahaiii saya pandang alas meja tu pun dah tersuker apa lagi amie yang berhajat tapi tidak dapat dibawa pulang
BalasPadamCantiknya semua view di sana. Makanan tu semua sedap nya. Thanks for sharing Kak Amie seronok baca. Moga diizinkan kami ke sana nanti.
BalasPadamUnik sangat restorannya. Dapat pulak tu menjamu mata dan menjamu selera dengan alunan air mengalir. Seronok rasanya begitu. Aduhaiii... mereka dah ke bas rupanya. Kesian pula kena berlari menuju ke bas.
BalasPadamBaguuus view restorannya kak. 😍. Td saya pikir juga dalam tanah, Krn turun ke bawah. Ternyata masih terbuka yaa. Tak lah pengab sangat
BalasPadamBelum rezeki beli taplak mejanya 😅
Uniknya restoran ni Kak Amie. Dari atas nampak pintu, tak nampak restoran. Turun tangga dan kena buat satu pusingan lagi, ingatkan bawah tanah, rupanya tersorok pemandangan yg indah.
BalasPadam