Rumah Terbuka 2 Syawal 1445H

3:05 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Atas kerjasama Encik Suami, Fuad dan Fairuz kami pun buatlah rumah terbuka kecil-kecilan untuk jiran tetangga dan keluarga terdekat. Beberapa hari sebelum menjelang hari raya memang Encik Suami yang kemas ruang tamu, bilik tidur anak-anak dan dapur.  Amie bersama Firdaus buat kerja-kerja dapur seperti kupas bawang, kisar cili, potong daging dan memasak apa yang patut. Itu pun tidaklah sepanjang waktu berada di dapur. Kalau rasa letih dan panas, kami lari ke ruang tamu mencari hawa dingin dan berehat serta tidur!

Fuad pula, sebelum keesokan harinya terbang dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu, sempat hantar gambar Jeruk Madu Pak Ali untuk Amie pilih.


Google

Jeruk Madu Pak Ali

Fuad belikan 8 kilogram Jeruk Madu Pak Ali. Amie pilih buah salak, mangga berkulit dan tak berkulit, kedondong dan sengkuang. 

Kek Lapis, Kek Lumut & Kek Buah

Fuad dan Fairuz bantu isi kuih di dalam balang dan atur di ruang tamu. 
Kami sediakan dua bahagian, iaitu di ruang tamu dan di luar rumah. Jadi, yang duduk di luar tidak perlulah cari balang kuih di ruang tamu.

Jeruk Madu Pak Ali di dalam bekas tertutup.


Antara gambar yang sempat diambil. Fuad sibuk keluar masuk menambah lauk-pauk dan nasi. Fairuz pula sepanjang waktu berada di dapur mencuci pinggan mangkuk, manakala Encik Suami memastikan minuman sentiasa ada.


Sanak saudara layan diri.


Tetamu mula datang silih berganti bermula pada pukul 7:30 malam.


Sebahagian tetamu berada di luar rumah. Katanya lebih selesa dan sejuk dihembus angin malam.

Kuih raya di luar rumah.


Masing-masing mencari sudut yang disukai.




Setelah mengambil hidangan berat, mereka santai-santai makan kuih sambil bersembang.


Tempat letak makanan dan minuman, pinggan mangkuk, sudu garfu dan sebagainya disediakan dan disusun oleh Encik Suami dan Fuad. Oleh kerana tetamu tidak datang serentak, jadi Fuad hendak memastikan semua makanan yang terhidang panas-panas belaka. Entah berapa puluh kali dia ulang-alik ke dapur mengisi nasi dan lauk-pauk. Dia sendiri rasa seronok melihat tetamu menjamu selera.


Kami menjamu para tetamu dengan:
  • Nasi Tomato
  • Daging Masak Hitam Sarawak
  • Kurma Ayam
  • Udang Nestum
  • Acar Rampai
  • Acar Mentah
  • Buah-buahan - Tembikai - Honeydew - Anggur - Limau
  • Pengat Pisang
  • Minuman Campur Sun Valley Grenadine & Sunquick Mixed Mango

Tertunailah hasrat Fuad dan Fairuz hendak buat rumah terbuka kecil-kecilan buat keluarga. Bujang berdua ini memang bertungkus-lumus membantu sebelum, semasa dan sesudah majlis. Ambil gambar pun sekadar yang sempat sahaja. 

Fuad mula rasa cemas apabila berulang kali kaut nasi tomato dari periuk pengukus. Katanya, Mommy kena masak lagi sebab nasi hampir habis dua periuk. Amie tidak gelabah sebab memang sudah ada bahan nasi tomato yang disediakan, hanya masak dan kukus sahaja. Lauk-pauk pun sengaja masak lebih. 


Terima kasih Encik Suami, Fuad, Fairuz dan Firdaus yang ringan tulang bantu Mommy sediakan juadah untuk para tetamu. Raya kali ini memang tidak banyak yang boleh Mommy buat di dapur, sekadar masak sahaja. Urusan yang lain terpaksalah diserahkan kepada 'lelaki-lelaki' yang soleh. In syaa Allah, mudah-mudahan tahun akan datang Mommy dikurniakan kesihatan yang baik untuk sama-sama turun padang.

Terima kasih para tetamu yang sudi datang dan menikmati hidangan yang disediakan. Majlis berakhir pada pukul 11 malam. Moga berjumpa lagi pada Syawal akan datang. In syaa Allah.

Google


19 comments

  1. Wah... Alhamdulillah.. Tertunai hajat fuad dan fairuz... Linda tak buat open house, tp kalau kawan2 nak datang, ok je.. Raya kan..

    BalasPadam
  2. Wah meriahnya . Cantik balang kuih raya tu . Tersusun .

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...semua berjalan lancar dan nampak sedap juadah..bagus ada yang bekerjasama...xde la kak amie penat seorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Tahun ini memang kebanyakan kerja dibuat oleh orang lelaki hihihii.

      Padam
  4. Beruntung sangat kak Amie dikaruniakan para lelaki yang ringan tangan membantu 😍👍👍. Dan semoga tahun depan diberi kesempatan lagi untuk bisa merayakan idul Fitri dengan keluarga ya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki Allah beri walaupun semua anak lelaki tetapi tetap juga bisa membantu ibunya di dapur. In syaa Allah, mudah-mudahan akan bertemu lagi Idul Fitri di tahun akan datang.

      Padam
  5. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Makanan yang dihidang menyelerakan sungguh.
    Pembantu semua hero dan beri kerjasama yang sangat baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur gotong-royong lancar.

      Padam
  6. Bukan mudah bertemu lelaki² soleh yg ringan tulang tau, Kak Amie. Bertuah sungguh badan Kak Amie dikurniakan lelaki² ini. Sy percaya, sifat rajin anak² ini turun dari bapanya, insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Mudah-mudahan anak-anak terus ringan tulang apabila sudah berkeluarga sendiri nanti. In syaa Allah.

      Padam
  7. Wah meriahnya....Kita baru dapat berkunjung ke Dapur maya cikgu...menumpang jamu mata...hihihi
    Yang saya perasan dalam gambar tu Abang Aznan & ibunya sebab selalu nampak dalam entri cikgu

    BalasPadam
  8. wahhhh seronoknyaaaaa kalau sy dtg ni saya hadap kek lapis je kak... hehehe
    tp apa apa pun salute kat yg membantu... terbaikkkkk!

    BalasPadam
  9. wah.. meriah sungguh.
    sama jugak, kalau ai buat open house, en. hb yang akan buat semua, ai tolong mana yang larat je

    BalasPadam
  10. Meriahnya ramai tetamu datang. Bagusnya anak anak bujang kak Amie rajin betul masing-masing. Seronok menjamu orang ni sebenarnya kan. Alhamdulillah..open house kecil kecilan pun meriah ni ha...

    BalasPadam
  11. Bestnya kalau dapat jadi jiran Kak Amie tau. Boleh beraya sama :)

    BalasPadam
  12. masak kurmaaaaa.. arghh sedapnyaaa.. favorite busyra

    BalasPadam
  13. Selamat Hari raya Maaf zahir batin Amie. Sedap-sedap juadah rumah terbuka amie. Rasa nak ting dah sampai rumah amie. hehehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe