Menu Berbuka 28 Ramadan : Itik Panggang Sos Plum

9:56 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Pukul empat petang tadi Fuad dan Fairuz sampai di LD. Fuad terbang dari Penang ke Kota Kinabalu pada hari Sabtu. Selepas subuh, bertolak dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu bersama Fairuz. Dua minggu lepas Amie bincang dengan Encik Suami untuk panggang itik sebagai menu berbuka puasa apabila bujang berdua itu sampai. Setelah ke sana ke mari mencari itik, dapatlah seekor berharga RM65.95 sen, berat lebih dua kilogram. Sayangnya kita masih demam, batuk dan selsema dan kurang cergas di dapur masak-masak juadah berbuka puasa.

Akhirnya siaplah juga Itik Panggang Sos Plum untuk hidangan berbuka kami sekeluarga. Fuad belikan kelapa muda. Katanya, Mommy kena minum air kelapa untuk sihatkan badan. Yang lain minum air mata kucing.



Fuad berteriak kegembiraan apabila masuk ke rumah. Katanya, hampir setahun dia tak balik ke LD. Begitulah anak-anak kalau sudah begitu lama tidak balik. Sama seperti Abang Farid. Kalau Abang Farid pulang, selalunya Abang Farid akan kata: Saya rasa macam mimpi. Betulkan saya sudah sampai LD?

Dan sudah tentulah Fuad dan Fairuz rasa sangat teruja sebab sebaik sahaja jejak pintu dapur sudah terbau aroma itik panggang dari oven. 
Fairuz tanya : Mommy tak masak nasi? 
Kita jawab : Tidak. Ada kentang juga. 
Fuad menyampuk: Okeylah tu Mommy. Ada kentang pengganti nasi. Karbohidrat juga tu.

Untuk resipi Itik Panggang Sos Plum ada di sini: ITIK PANGGANG SOS PLUM
Untuk cerita Itik Panggang Sos Plum ada di sini: ANEKDOT SERONOKNYA RAYA : ITIK PANGGANG SOS PLUM

Itik Panggang Sos Plum

Esok merupakan hari terakhir umat Islam berpuasa. In syaa Allah. Amie doakan semua rakan blogger dan pengunjung setia Amie's Little Kitchen sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan untuk menyambut kedatangan 1 Syawal 1445H. Doakan juga agar Amie sihat sepenuhnya dan dapat bersama-sama meraikan Aidil Fitri yang mulia bersama keluarga tersayang.

30 comments

  1. Tidak terasa, satu hari lagi kita lebaran
    wah itu menunya super sekali
    nikmat dan lezat

    BalasPadam
  2. Masing masing teruja dan seronok balik rumah. Lama tu setahun tak balik. Kita ni sebulan tak balik kg pun dah rasa lama, inikan setahun. Tambah seronok dapat makan hidangan special mommy masak. bukan biasa biasa harga itik tu.
    Daus pun terpaling happy abang abang balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terasa masa berlalu begitu pantas.
      Daus terpaling happy abang-abang balik.
      Daus juga terpaling sedik abang-abangnya berangkat balik ke sarang.

      Padam
  3. Aamiin.. Terima kasih untuk doanya. Semoga Kak Amie juga cepat sihat.

    BalasPadam
  4. cantiknya kejadian itik panggang tu kak.. lady xberapa gemar makan itik... tetapi waktu kecik2 dlu ldy makan.. sedap... cuma bila dah dewasa tua ni citarasa jadi berubah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera boleh berubah mengikut peredaran usia ye Lady.

      Padam
  5. Makin nak bertemu syawal makin SA rasa tertekan...dengan batuk demam dan selsema yg x baik baik...sesak dada ni dengan kesedihan yang x terluah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap SA sudah sembuh sepenuhnya sepanjang lebaran ini.
      Ya, sedih yang tak terluah memang sangat sakit!

      Padam
  6. cantiknya itik tu macam sayang je nak makan. terliur pulak tengok pagi2 ni. hihhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... tak apa, memang kena makan juga. Ada gambarnya, nanti boleh renung-renung semula.

      Padam
  7. Selamat Hari Raya, Amie and family! Cantik itik panggang tu!

    BalasPadam
  8. Cepat sembuh kak..
    Seronok anak² bila dapat balik rumah.
    Home sweet home🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Faizah.
      Masih batuk-batuk sikit.
      Alhamdulillah, anak-anak dah balik rumah.

      Padam
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Encik Fairuz. Maaf zahir batin.

      Padam
  10. Pastilah anak2' senang sangat bisa balik ke rumah. Bertemu mama papa nya kan, apalagi masakan kak Amie pun nampak sedap2. Pasti rindu mereka ❤️🤗.

    Bebek saus plum ini fav saya. Tapi tak mungkin masak sendiri hahahahah. Selalunya beli di restaurant China halal langganan 😄

    Kak Amie, saya nak ucapkan selamat idul Fitri. Minal Aidin wal Faizin, minta maaf yaaa setiap perkataan saya di kolom komentar jika ada yg menyinggung 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dapat juga sediakan menu kegemaran anak-anak untuk berbuka puasa.
      Kak Amie pun ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Fanny sekeluarga. Kak Amie gembira dapat mengenali Fanny walaupun hanya melalui alam maya sahaja. Semoga ukhuwah di antara kita terus berpanjangan.

      Padam
  11. Sedapnya, tengok itik panggang.
    Semoga kak Amie sudah sihat. Anak-anak gembira lama tak balik rumah, ye. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah Nur. Saya beransur sihat. Cuma tidak banyak beraya seperti tahun sebelumnbya. Lebih berehat di rumah saja.

      Padam
  12. Haaaa.. Fuad yg dah lama tak balik, kan. Rupanya dah setahun dah tak balik. Balik-balik jer dapat makan Itik Panggang Sos Plum. Tentu bujang berdua makan dgn penuh berselera.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah ...dapat berkumpul di hari raya walau tak cukup korum...
    Terliurnya itik panggang tu...

    BalasPadam
  14. hampir setahun fuad tak balik LD? lama juga tu kak...
    balik balik dapat makan itik panggang...
    siapa yang tak melompat kegembiraan?
    kalau sy pun sama hahaha

    BalasPadam
  15. jarang masak menu itik..menarik sekali presentation nya...

    BalasPadam
  16. Seronok anak2 balik, lagi seronok semua excited dengan masakan mummy nya. Tumpang happy 😍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe