Sarapan Apa di Sarajevo?

8:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Day 6 - 18 February 2024 - Sunday
At 8:00 - Panorama and walking tour of Sarajevo. Free time till 11:00. Proceed to Mostar. Arrival in Mostar and city tour, visiting the Old Bridge (UNESCO). Free afternoon in Mostar. Transfer tu Neum. Dinner and overnight.

Sebelum ke kota Sarajevo, kita sarapan dulu di Hotel Exclusive.

Sarapan semeja berdua dengan Kamsiah sementara menunggu Lucy dan Nancy.


Sempat melihat bacaan suhu serendah 5'C pada pukul 4:58 pagi sementara menunggu waktu solat subuh.


Seperti biasa, Amie dan Kamsiah akan turun ke lobi lebih awal sebelum waktu sarapan pada pukul 7 pagi. Sudah tentulah dengan mengheret bagasi bersama-sama. Ambil gambar dahulu di pintu masuk dewan makan. Amie hanya bawa tiga helai baju sejuk sahaja. Itulah yang dipakai berulang kali sepanjang 10 hari berada di Balkan. Amie bawa juga Long Johns (pakaian dalam haba atau lapisan asas lapisan penebat tambahan yang membantu mengekalkan haba), tapi tidak pernah Amie pakai sampailah dibawa balik semula ke tanah air. Walaupun musim sejuk, tetapi tidaklah terlalu sejuk seperti sewaktu kami bermalam di Tasik Dal di Kashmir dan di Pahalgam. Di sana sejuknya sampai ke tulang sum-sum! Heater yang dipasang pun tidak dapat menampung rasa sejuk yang teramat sangat! Amie ingat lagi, selain pakai Long Johns, pakai baju sejuk, pakai sarung tangan dan kaki, pakai lagi telekung dan meringkuk dalam selimut.


Pokok dalam pasu ini di pintu masuk ke dewan makan ini kelihatan subur menghijau.


Baju sejuk yang Amie pakai ini Amie beli di Pokhara sewaktu mengembara ke Nepal pada tahun 2019. Amie tertarik dengan warna dan corak bunga yang disulam tampal dengan jahitan tangan. Kainnya tebal dan berat.




Sekarang jam sudah menunjukkan angka tujuh pagi. Mari kita masuk ke dewan makan untuk sarapan.







Pelbagai jenis keju boleh dipilih untuk dinikmati dengan roti dan sosej yang disediakan.

Telur Hancur


Sausages.

Telur Goreng Mata


Kali ini hidangan salad tidak semeriah seperti di hotel sebelumnya. Hanya ada hirisan timun dan tomato sahaja.

Yogurt, buah zaitun jeruk,  jem strawberi dan coklat.

Nampaknya tiada juga pilihan roti. Hanya sejenis ini sahaja.

Keju & Chicken Slice

Corn Flakes & Muesli

Buah Epal

Hidangan sarapan yang Amie ambil.

Meriahkan sedikit taman di piring dengan hirisan timun, tomato, yogurt, keju, chicken slice, buah kiwi dan jeruk buah zaitun hijau dan hitam.

Ambil sedikit corn flakes dan muesli, rendam dalam susu segar.

Tidak ketinggalan ambil buah epal.

Jus oren Amie punya, jus epal Kamsiah punya.

Selamat bersarapan.


Bergambar di luar Hotel Exclusive.


DINITA sudah lama menanti!


Masa untuk meninggalkan Hotel Exclusive.


Be Happy!


Pokok apalah namanya yang serupa hantu jerangkung di malam hari!

Gambar bangunan yang diambil dari dalam bas pada 18 Februari 2024.

Tidak lama kemudian, bas tiba di ibu negara Bosnia Herzegovina iaitu Sarajevo. Ketika ini terpandang bangunan yang seolah-olah pernah dilihat sebelum ini. Amie tangkap gambar sahaja dan sewaktu menulis entri ini Amie buka entri lama :BOSNIA AND HERZEGOVINA (3) : MENYUSURI SUNGAI MILJACKA.

Akademy of Fine Arts

Gambar bangunan yang sama diambil pada 13 September 2016 - hampir 7 tahun yang lalu! Bezanya ketika itu Ambil gambar dalam keadaan santai sambil berjalan perlahan-lahan menyusuri tepian Sungai Miljacka tetapi kali ini ambil gambar dari dalam bas.

Gambar tujuh tahun yang lalu sewaktu berada di Sarajevo pada musim panas, tetapi suhunya tetap sejuk serendah 17'C. Tak sabar rasanya hendak turun dari bas dan jalan-jalan di kota lama Bosnia Herzegovina!


7 comments

  1. Berkenan juga dengan baju kak Amie tu. Ada seninya tu. Menarik! Best banyak pilihan menu dan cheese pula pelbagai. Pokok jerangkung tu cantik kalau letak lampu waktu malam. Banyak perbezaan tahun 226 dan sekarang. Dah renovate jadi rupa paras baru bangunannya.

    BalasPadam
  2. Tengok gambar² yg Kak Amie kongsikan, rindu pulak nak bercuti dan makan² buffet sarapan hotel. Kiranya tak sejuk sgt la kalau Kak Amie tak pakai pun Long John tu ya. Jenis org tak tahan sejuk mcm sy, harus jugak tidur mengerekot, hihi.

    BalasPadam
  3. Rendahnya suhu, 5 darjah celcius.
    Tergelak saya baca, pokok macam hantu jerangkung.

    BalasPadam
  4. Saya sukaaaa baju hangat yg kak Amie pakai. Memang cantik motifnya 👍❤️.

    Saya pun merasa beberapa kali, traveling ke negara winter tp suhu tak sejuk sangat, padahal kisaran 5 dercel. Pernah di jepang ketika lagi di Tokyo, suhunya 3 dercel tapi tak terlalu dingin. Menurut orang lokal Krn jepang sedang mengalami warm winter.

    Tuh lah akibat perubahan iklim global ya kak.

    BalasPadam
  5. Cantik lah corak baju sejuk Kak Amie. Breakfast spread tu macam2 ada memang kenyang. Cantik gambar Academy of Fine Arts tu, di tepian sungai.

    BalasPadam
  6. Ni kalau SA yang makan memang x habis ni...epal tu memang menarik pandangan SA...baju tu cantik coraknya...cukup tebal x tu kak?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe