Selamat Pagi Baščaršija

8:33 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama kali Amie menjejak kaki ke Sarajevo tujuh tahun lalu, Amie tidak menyangka bahawa sebuah bandar di benua Eropah tidak seperti yang Amie bayangkan. Tidak kelihatan suasana sesak di jalan raya seperti di negara kita. Bahkan bangunan yang ada hanyalah bangunan lama dan tidak tinggi seperti pencakar langit! Yang kelihatan paling tinggi hanyalah menara masjid. Deretan kedai, tempat tinggal, sekolah dan pejabat masih mengekalkan struktur dan ciri bangunan lama tanpa sebarang warna cat!

Waktu itu Amie lebih tumpukan perhatian mencari maklumat sejarah Perang Bosnia terutama peristiwa pengepungan Sarajevo yang merupakan satu pengepungan terpanjang ke atas sebuah ibu negara dan sejarah peperangan moden. 
Selepas pada awalnya dikepung oleh pasukan tentera dari Tentera Darat Rakyat Yugoslavia, Sarajevo, ibu negara bagi Bosnia dan Herzegovina, dikepung oleh Tentera Darat Republika Srpska bermula pada 5 April 1992 sehingga 29 Februari 1996 (1,425 hari) semasa Perang Bosnia. Pengepungan ini berlangsung tiga kali lebih lama berbanding Pertempuran Stalingrad dan setahun lebih lebih lama daripada Pengepungan Leningrad.

Ketika itu Amie lebih emosi untuk melihat sendiri kesan peperangan tersebut seperti tempat persembunyian penduduk Bosnia ketika perang dan juga keterujaan melihat betapa luasnya tanah perkuburan mangsa perang yang boleh dilihat darin tingkap kapal terbang yang kami naiki dari Belgrade, Serbia ke ruang udara Sarajevo.


Semasa Perang Bosnia pada 1993, Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, menyatakan kebimbangan dengan pencabulan hak asasi manusia di Bosnia dan Herzegovina. Oleh itu, beliau menghantar sekumpulan askar Malaysia untuk menyertai Operasi Pengaman PBB dan memanggil Pertubuhan Kerjasama Islam pada 1995 untuk menetapkan langkah dan membantu negara Eropah yang baru merdeka itu. Sejak itu, kedua-dua negara menjalinkan hubungan dan Malaysia telah mengiktiraf kemerdekaan Bosnia dan Herzegovina.

Wokey, nanti kita sambung cerita.
Sekarang Amie ada tugas membawa Kamsiah, Lucy dan Nancy melawat sekitar bandar lama ini. Eh, buat macam kampung sendiri pulak dah.... ahaks! Di bawah ini Amie kongsikan suasana pagi di hadapan Sebilj Faountain.

Di hujung sana, yang ada bentuk kubah warna biru ialah Sebilj Fountain.
Airnya sejuk jernih dan boleh diminum.

Dua orang dalam gambar ini santai-santai duduk di bangku batu mengambil udara pagi yang masih sejuk.

Kafe dan restoran sudah bersedia untuk melayan pelanggan.

Matahari mula bersinar dan cahayanya menerobos ke bumi dari celah menara masjid.

Di lorong-lorong kecil ini suasananya masih lengang.





Setiap tempat makan ada tarikannya yang tersendiri termasuk dekorasi dan promosi makanan.



Banyak manisan yang dijual di sini. Sesungguhnya Bosnia Herzegovina dengan Turki tidak dapat dipisahkan! Turkish delight ada di mana-mana kedai manisan!






Gazi Huzrev-beg ialah orang yang sangat penting dalam sejarah pembangunan Sarajevo semasa pemerintahan Uthmaniyyah. Amie tidak sempat hendak mengambil gambar dan masuk ke kawasan ini kerana masa terlalu suntuk. Jadi ambil gambar di pintu masuk sahaja. Di bawah ini merupakan maklumat berkaitan sumbangan beliau yang masih boleh dilihat pada hari ini,  sebagai seorang pemerintah yang adil dan mengikut undang-undang Islam. 



Boycoot Israhellll.....


Banyak sangat lorong dan simpang di sepanjang jalan di bandar lama ini. Mustahil kami dapat lalui semua lorong tersebut! Kami terlajak ke sini kerana hendak mencari tandas!






Bayaran dikenakan sebanyak 1KM untuk masuk tandas. 1KM ialah 1/2 EURO. Mata wang Bosnia disebut KM atau marka.1EURO bersamaan dengan RM5.63sen. Jadi, 1KM sama dengan RM2.81sen.

Menara Masjid Gazi Huzrey-beg

Lucy menyatakan kebimbangan seandainya kami tersesat. Amie beritahu, pandang saja ke atas dan cari menara masjid Gazi Huzrev-beg. Tuju ke arah tersebut, dan akan bertemu hujung jalan untk balik ke pangkal jalan di Sebilj Fountain.



Amie hanya sempat intai-intai dari luar Masjid Huzrey-beg.


Selesai qadha' hajat kami mula mencari dan membeli cendera hati yang berkenan di hati.












Kami kembali semula ke Sebilj Fountain. Alhamdulillah, masih ada satu jam sebelum pukul 11:15 untuk kami berkumpul bersama peserta lain. Jadi, bolehlah Amie tunaikan hasrat untuk belanja minum kawan-kawan di kafe.

Sebelum masuk kafe, bergambar dahulu di sini.

10 comments

  1. Besar jasa Tun M dlm membantu negara Bosnia masa tu.
    Semoga sejarah hitam begini tidak berulang lagi di mana² negara/kawasan. Rindu pada dunia yang aman dan tenteram.

    BalasPadam
  2. sedih sgt bila imbau bali pd Bosnia, waktu tu ldy rs mcm ldy belum bersekolah.. jiwa sgt memberontak untuk membantu.. huhuhuhuhu.. bila baca nukilan akak di atas tu rs sedih sgt2.. trgt kisah isteri Tun Dr Mahadhir waktu tu xdpt turun dr kapal terbang sb sekatan dr tentera, alhamdulillah akhirnya semuanya selamat.. tv x tutup untuk dengar info tntg bosnia.. sama juga berlaku pd gaza skrg..

    BalasPadam
  3. nampak tenang dan damai je jalannya ye kak, tak sesak dengan kenderaan atau manusia... bangunan nya pun tetap nampak cantik walaupun tak di cat dan bukan bergaya moden

    BalasPadam
  4. Sy masih ingat ketika di Tingkatan 3, ada seorang guru yg sentiasa update dgn kami tentang Perang Bosnia ni Kak Amie. Cikgu tu mengajak kami sama² berdoa agar kemenangan menyebelahi penduduk Bosnia. Jujur sy katakan, masa tu masih tak faham lagi tentang pergolakan yg berlaku di sana. Kemudian, ada paparan di berita, anak² dari Bosnia dibawa ke Malaysia. Syukurlah, Bosnia sudah aman dan boleh dilawati. Beruntung Kak Amie dapat menjejak negara penuh sejarah ni.

    BalasPadam
  5. sedih sayu baca kisah perang di Bosnia.. teringat lagi dulu waktu anak-anak Bosnia dibawa ke Malaysia.. moga terus aman tenteram.. seronoknya kak Amie jejak kaki ke sana!

    BalasPadam
  6. Suasana bandarnya tenang dengan seni bina klasik.
    Moga ada rezeki saya ikut jejak kak Amie ke sana jugak.

    BalasPadam
  7. Hebat Ami. Jelajahnya sampai di Sarajevo. Membaca artikel ini mengingatkan kita pada masa perang Bosnia era 90-an

    BalasPadam
  8. Saya sukaaa suasana kota yg tenang seperti ini. Macam bisa santai dan rileks kalo traveling ke sini. Tak payah tergesa.. confirm kalo ke bosnia nanti, saya nak pergi dengan suami. Jadi bisalah kami santai menikmati kota 😄

    BalasPadam
  9. Banyak kisahnya sejarah Sarajevo ni. Bangunan berbatu macam ni memang mengingatkan zaman perang dulu. Kak Amie fefeeling balik kampung gitu, terus jadi guide ye. Dimana-mana saja ada kedai jual manisan.

    BalasPadam
  10. Indahnya pagi bersama kicauan merpati

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe