Makan Tengah Hari Lamb Grilled di Restoran Šest Braće, Krivače, Bosnia dan Herzegovina

11:29 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja selesai lawatan di Wooden Watermills di Jajce, bas terus menuju ke Krivace dan berhenti di hadapan Restoran Sest Brace. Sest Brace bermasud 6 Beradik. Ketika ini jam sudah menunjukkan angka satu tengah hari, dan di negara kita sudah pukul lapan malam. Orang sana sedang menghadap makan malam, kami baru hendak makan tengah hari.

Melihat hidangan yang disajikan, memang Amie akui kata-kata pakar gizi pemakanan dari Amerika, Adelle Davis : Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper. Versi lain pula ada menyebut : Eat your breakfast, share your lunch, and give your dinner to your enemy.

Kiranya amalan diet orang putih ini bermula dengan pengambilan nutrisi lengkap ketika sarapan. Badan kita memerlukan nutrisi lengkap dalam darah untuk mendapatkan tenaga, mineral dan garam untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi. Apabila kita bangun pagi, aras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi dengan mengambil sarapan yang secukupnya, ia akan menjadi bekalan nutrisi ke otak. Hal ini akan membuatkan kita lebih cerdas dan cergas ketika memulakan hari. Sekiranya kita abaikan sarapan, tubuh akan cepat letih dan kurang bermaya, rasa mengantuk, hendak tidur saja dan sudah tentulah tidak cergas untuk membuat sebarang aktiviti.
.
Jadinya, bagi mereka sarapan paling penting (KING) berbanding makan tengah hari (PRINCE) dan dinner (PAUPER). Misalnya, hidangan makan malam kami hanya disajikan dengan sup dan roti serta ikan trout panggang sahaja. Dan sangat berbeza dengan hidangan sarapan yang disajikan pelbagai pilihan makanan!

Hidangan tengah hari kami pada hari ini :
  • Roti
  • Set Lamb Grilled + 3 sudu besar nasi + kobis
  • Air kosong
    Lamb Grilled


Restoran Sest Brace ini terletak di tepi jalan besar di kawasan perkampungan.




Enam gambar hidangan yang dipaparkan di luar restoran.
Ada pelanggan yang memilih untuk menikmati hidangan di luar restoran. Biasanya mereka penduduk tempatan yang suka mencari 'panas' di bawah cahaya matahari.

Domaci Hljeb

Jom tambah kosa kata bahasa Bosnia.
Domaci Hljeb - Roti Buatan Sendiri

Domaci Hjleb

Cuka + Garam + Lada Hitam + Gula


Kali ini makan tengah hari ditaja oleh agen pelancongan.
Ada dua pilihan iaitu Lamb Grilled dan Chicken Crilled.
Jika hendak minum selain air kosong, boleh beli dan bayar sendiri.



Di dalam restoran terbahagi dua bahagian pula.
Satu ruangan di bahagian dalam dan satu ruangan lagi di bahagian luar.



Memandangkan nasi yang dihidang hanya seco'et, jadi kami tambahkan sekeping roti dalam pinggan masing-masing.

Chicken Grilled

Amie : Lamb Grilled

Tambahkan sekeping Domaci Hjleb

Segelas air kosong.

Demikianlah cerita kami, makan tengah hari like a prince di Restoran Sest Brace, Krivace Bosnia Herzegovina.


Nampak lori bawa kayu balak pun terlihat cantik!


Selepas isi perut, ke mana pula selepas ini?

13 comments

  1. Benarlah kata pepatah tu kan. Tapi kita pulak dah biasa makan tengahari like a king. Orang local memang suka berpanas sebab dah biasa sejuk kot kan. Mesti sedap domaci tu. Mana kenyang makan nasi secoet. Mujur gak ada domaci boleh tambah karbo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bezanya konsep makan orang Asia dengan orang Eropah. Orang belah-belah Timur Tengah pulak macamana pula ye. Nampaknya kena study juga ni hihihiii.

      Padam
  2. Lepas raya ni sy nak sarapan mewah² la.. tapi tengahari tetap lapar nasi campur pulak nanti, camno? Hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan ikut keperluanlah kita kan SK. Kalau tengah hari memang nak makan lebih dari sarapan.

      Padam
  3. tekak org malaysia tetap nak cari nasi kan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sebab makanan ruji orang Asia sudah tentulah nasi.

      Padam
  4. Orang Malay orang Indo, kemana-mana cari nasi. Heheee

    Betul itu ya.. kalau tidak sarapan, badan biasa lemas sekali. Mengantuk juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang perlu alas perut di pagi hari untuk tambah tenaga sewaktu beraktiviti.

      Padam
  5. Bagus konsepnya, Krn memang sebaiknya makanan yg bergizi di makan saat sarapan, di mana kegiatan kita akan full . Jadi butuh energi.

    Sementara kalo malam kan memang waktunya istirahat.

    Tapj kalo di sana, saya dah pasti lah memilih roti utk Karbo, nasi skip semua 🤣.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam memang kena kurangkan kuantiti terutama karbo sebab kita hendak berehat dan tidur. Karbo jadi lemak yang tak digunakan sudah tentu akan bertukar menjadi gula dalam darah. Itu penyebab utama terjadinya diabetes.

      Padam
  6. Sedapnya grilled chicken dan lamb tu. 3 sudubesar nasi.... memang kena tambah roti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... sikit sangat nasinya kan Mulan.

      Padam
  7. Hahaha...lawak ,lori balak pun nampak cantik🤣
    Roti pun nampak menarik dan sedap...biarlah nasi secoet janji ada kambing🤭

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe