Menu Berbuka 25 & 26 Ramadan
8:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bertemu kembali hari ini, 26 Ramadan 1445H. Alhamdulillah kembali bertenaga setelah demam sehari semalam. Kelmarin rasa tidak selesa. Sakit kepala yang teramat sangat. Selepas berbuka puasa terus makan ubat dan berehat. Sudah janji dengan Firdaus untuk goreng kerepek jejari ketam. Bersungguh-sungguhlah budak satu itu menyiat jejari ketam sehingga selesai. Sayangnya, kita sudah tidak mampu hendak angkat badan. Pagi tadi, masih tak larat untuk melakukan sebarang kerja dapur. Tidur semula, dan pukul 10 pagi barulah perlahan-lahan masuk dapur dan goreng kerepek jejari ketam.
Bertemu kembali hari ini, 26 Ramadan 1445H. Alhamdulillah kembali bertenaga setelah demam sehari semalam. Kelmarin rasa tidak selesa. Sakit kepala yang teramat sangat. Selepas berbuka puasa terus makan ubat dan berehat. Sudah janji dengan Firdaus untuk goreng kerepek jejari ketam. Bersungguh-sungguhlah budak satu itu menyiat jejari ketam sehingga selesai. Sayangnya, kita sudah tidak mampu hendak angkat badan. Pagi tadi, masih tak larat untuk melakukan sebarang kerja dapur. Tidur semula, dan pukul 10 pagi barulah perlahan-lahan masuk dapur dan goreng kerepek jejari ketam.
Petang kelmarin Encik Suami sampaikan pesan Firdaus. Katanya Firdaus hendak berbuka puasa dengan bihun goreng warna merah pedas. Encik Suami bersama Firdaus solat Jumaat dan kemudian Encik Suami terus hantar Firdaus ke sekolah agama. Itu yang Amie tak jumpa Firdaus.
Menu Berbuka 25 & 26 Ramadan |
Menu Berbuka 25 Ramadan |
Amie goreng bihun pedas (tidaklah pedas sangat) sahaja. Encik Suami sediakan jus tembikai. Amie minta Encik Suami belikan kuih tepung pelita dan kuih akok di Bazar Ramadan.
Apabila Encik Suami bawa pulang kuih yang Amie pesan, Amie rasa bukan kuih tepung pelita! Betul! Encik Suami terbeli kuih tako. Kata Encik Suami, dia tanya penjual kuih tersebut dan katanya memang beginilah kuih tepung pelita. Encik Suami kata tepung pelita dibungkus dengan daun pisang. Penjual kuih kata tepung pelita ini dibungkus dengan daun pandan. Entahlah!
Lain kali kalau hendak makan kuih tepung pelita kenalah buat sendiri.
Rasa menyesal pula merungut depan Encik Suami apabila Encik Suami beritahu hampir satu jam setengah mengharung kesesakan jalan raya untuk sampai ke Bazar Ramadan semata-mata untuk membeli kuih tepung pelita dan kuih akok.
Rasa menyesal pula merungut depan Encik Suami apabila Encik Suami beritahu hampir satu jam setengah mengharung kesesakan jalan raya untuk sampai ke Bazar Ramadan semata-mata untuk membeli kuih tepung pelita dan kuih akok.
Kuih Akok |
Hidangan Berbuka 26 Ramadan |
Petang tadi Encik Suami tanya hendak berbuka puasa apa? Nanti dia akan beli di Bazar Ramadan. Amie kata tak perlulah beli kuih. Kuih tako yang dibeli kelmarin pun tak habis dimakan. Belikan timun sajalah. Amie hendak buat acar. Masak nasi, masak kurma telur dan goreng sekeping ikan tenggiri. Firdaus memang suka makan ikan goreng, syaratnya goreng berempah!
Kurma Telur |
Ikan Tenggiri Goreng Berempah |
Acar Timun & Sengkuang |
Firdaus pesan supaya Encik Suami belikannya kuih pastil. Encik Suami belikan juga popia.
Selamat Berbuka Puasa. Bismillah. |
Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi umat Islam berpuasa. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan di sepanjang bulan mulia ini.
17 comments
Nampak sedap2 belaka
BalasPadamSelamat berbuka puasa
Terima kasih Wak.
PadamSedap-sedap semuanya. Selamat berbuka puasa.
BalasPadamTerima kasih Encik Fairuz.
PadamDugaan berpuasa. Saya haritu lama jugalah hampir 2 minggu. Syukur sekarang dah kembali sihat. Semoga kesihatan kak Amie bertabah baik.
BalasPadamGigih Daus tolong siat-siat jejari ketam tu. Nak makan, haruslah kena rajin kan Daus. Ahh sudah, kita pulak yang confused kuih tako dengan tepung pelita ni kalau dari segi rupa dia. Kalau rasa, boleh juga tahu mana tako mana tepung pelita.
First time tengok telur masak kurma, telur di hiris² begitu. Bagus juga kan macam tu, kuah boleh serap dalam telur. Lebih puas hati dan berbaloi lagi menikmati hidangan masak sendiri berbanding di Bazar. Tapi kalau tak larat tu kita beli je lah. Ikut keadaan konsepnya.
Lama juga saya tak demam. Bila demam, lama pula hendak sihatnya. Tapi tak apalah, dugaan kecil. Mungkin kurang rehat.
PadamFirdaus suka masakan kurma terutama kuahnya.
Ya, tak larat masak elok beli sajalah. Lagi pun bila badan tak sihat, selera nak makan pun hilang.
Ikan tenggiri goreng rempah tu nampak simple , tapi sedapkan .. tiba-tiba rasa nak buat resepi tu petang ni m nak kena cari ikan tenggiri laa
BalasPadamMemang sedap CCL.
PadamLagilah kalau sekeping makan bertiga. Yang rebur-rebut tu yang best!
alhamdulillah sedap semuanya...moga amie dh sht sediakala
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamPastel nya isi apa kak Amie? Kalo di sini pastel biasa isi kentang dan wortel atau isi bihun. Kalo pastel khas menado lain pula, isinya ikan cakalang. Tapi namanya panada.
BalasPadamKue tepung pelita dan kue di atas tapi miriiiip yaa. Saya pun pasti tersalah ini kalo beli 😅
Pastil isi bihun. Asalnya bikinan orang Suluk.
PadamKue tepung pelita yang asli dibungkus dengan daun pisang. Ada air gula di bawahnya. Rasanya juga tidak sama dengan kue tako walaupun ada dua lapisan.
Semua sedap. Suka akok dan Tako tu. Nak buat malas, pergi beli pun malas :)
BalasPadamHahahaa... samalah dengan saya. Harapkan Encik Suami sajalah yang beli.
PadamNampak sedap Bihun Goreng Pedas tu. Budak satu ni, suka makan pedas ya. Sy tak suka tau org jual ckp kuih tako tu tepung pelita. Tepung pelita mesti nak kena guna daun pisang.
BalasPadamSaya tertarik kurma telur tu cantik berkelar petak begitu...Tak terfikir nak kelar macam tu
BalasPadamsempat lagi ya kak amie melukis atas telur rebus tu
BalasPadamhehehe