Satu Hari Melalui Enam Check Point

3:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Day 7 - 19 February 2024 - Monday

After breakfast we proceed to Dubrovnik (UNESCO) in Croatia. Stop for panaromic views of Dubrovnik hills and start of the city tour, visiting the old town. Free time in Dubrovnik and after that departure to Kotor in Montenegro (UNESCO). Ferry ride through the amazing Kotor Bay. City Tour of Kotor with a local guide and free time for shopping (visit of HRC Shop). Late in the afternoon prompt transfer to Shkoder. Dinner and overnight.

Waktu solat subuh di Neum pada pukul 5:09 minit pagi. Suhu di pagi hari tidaklah sedingin 1'C seperti di Bihac. Pukul 7:48 pagi sejuk Neum dalam bacaan 9'C. Selepas sarapan, tepat pukul 8 pagi, bas bergerak meninggalkan Neum menuju ke Dubrovnik, Croatia.

Eh, Croatia lagi? Bukankah sebelum ke Bosnia and Herzegovina sudah melawat Croatia?

Dubrovnik, Croatia.

Peta Republik Croatia

Mari baca peta Croatia yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah dan Balkan. Sebelum ini kami sudah melawat Tasik Plitvice dan ibu negaranya iaitu Zagreb. Croatia berkongsi sempadan daratan dengan Slovenia dan Hungary di utara, Serbia di timur, Bosnia and Herzegovina dan Montenegro di selatan serta sempadan laut dengan Itali di barat.



Sepanjang perjalanan dari Neum ke Dubrovnik, mata tidak lepas dari memandang lautan yang dihiasi dengan pulau-pulau yang cantik. Rugi rasanya kalau terlelap seketika!


Hanya ini sahaja satu-satunya video pemandangan Laut Adriatik yang boleh dimuat naik.


Bacaan suhu yang cantik sewaktu meninggalkan Neum : 9'C.







Franjo Tuđman Bridge (Dubrovnik)
Gambar guna HP dari dalam bas.


Setelah puas menikmati pemandangan pinggir laut, tibalah masanya bas menghampiri Dubrovnik. Bandar Dubrovnik terletak di pesisir pantai laut Adriatik yang merupakan laut terbersih di dunia. Bandar yang dikelilingi oleh dinding batu untuk membentuk sebuah kubu pertahanan selama ratusan tahun ini telah diiktiraf sebagai warisan dunia oleh UNESCO kerana masih terdapat bangunan Zaman Renaissance dan Gothic yang masih terpelihara sehingga hari ini. Keindahan bandar Dubrovnik di pesisir laut Adriatik ini mendapat jolokan Mutiara Laut Adriatik.











Penanda tempat di Kota Lama Dubrovnik: Pukul 11 pagi bertemu di sini semula.



Sepanjang hari ini dari pagi sampai ke petang, kami melalui enam check point:
  • Keluar dari negara Bosnia and Herzegovina 
  • Masuk ke sempadan Republik Croatia
  • Keluar dari Republik Croatia 
  • Masuk ke sempadan negara Montenegro
  • Keluar dari negara Montenegro
  • Masuk ke sempadan negara Albania
Setiap kali tiba di setiap check point, TGB mesti mengingatkan kami:
  • Jangan bercakap-cakap.
  • Jangan ambil gambar.
Jadi kerja kami sudah tentulah turun naik bas untuk cop passport! TGB juga memaklumkan pada hari ini memang kena kejar masa dan tidak boleh berlama-lama di satu-satu tempat!



Ketika berjalan kaki menuju ke pintu masuk kota lama Dubrovnik, rasa geram sangat melihat banyak pokok limau di sana sini! Dapatlah tangkap sekeping gambar dekat dengan pokok limau yang berdekatan.


Selepas ini berlarianlah kami di dalam kota lama yang penuh sejarah sejak ratusan tahun yang lalu. Teruja rasanya hendak mengetahui tentang kubu lama dengan tembok batu yang besar simbol kebanggaan penduduk Dubrovnik yang mempertahankan kemerdekaannya sejak berabad-abad lamanya.


Nanti kita cerita tentang kota lama Dubrovnik ya.






Jumpa lagi.

9 comments

  1. Aduh, seram tak kak Amie setiap kali lalu check point. Risau pulak ditanya soalan sdgkan kita dilarang bercakap², hihi. Namun pemandangannya indah sungguh.

    BalasPadam
  2. cantiknya pemandangan dari atas jambatan tu...

    BalasPadam
  3. Adus sejuknya 9°C!
    Cantik betul pemandangan tasik tu 👍

    BalasPadam
  4. Lebatnya buah limau tu . Geram juga tengok . Besar-besar limau . Tak ada orang petik ke buah limau tu ?

    BalasPadam
  5. Orang kat sana agaknya dah tak heran nak makan limau ye Kak Amie. Geram rasa nak tolong petik je hehe

    BalasPadam
  6. cantik cantik pemandangannya.. bangunan mereka pun terpelihara keasliannya

    BalasPadam
  7. cantikkkkkk sangat!
    kenapa laa produksi2 filem x shooting kat sini?
    asyik2 swiss... sini pun apa kurangnya?

    berapa lama masa kat setiap 1 check point tu kak kak?

    BalasPadam
  8. Tapi biasanya kalo checkpoint darat ini tak seseram yg di bandara 😅. Biasa lebih cepat. Pengalaman saya lah. Kalo yg di bandara terkadang pun mau lebih banyak pertanyaannya 🤭

    BalasPadam
  9. Wow laut terbersih di dunia! Memang sayang kalau tak dinikmati. Memang cantik. Fuhh...Seram pulak nak melalui 6 check point. Risau je ada apa apa isu yang menghalang perjalanan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe