Jodoh Pertemuan dengan Stari Most

9:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jodoh pertemuan itu di tangan takdir. Rezeki yang tidak pernah termimpi, Amie sekali lagi dapat mengunjungi Kota Mostar, tempat letaknya Jambatan Mostar di Bosnia and Herzegovina. Cerita kunjungan kali pertama ada di sini: MOSTAR ( STARI MOST ).

Jambatan Mostar atau Stari Most ini dibina pada tahun 1566 oleh Mimar Hairuddin atas tauliah Sultan Suleiman Yang Agung pada tahun 1557 untuk menggantikan jambatan gantung lama yang diperbuat daripada kayu dengan menggantikan bahan binaan yang terdiri sepenuhnya daripada batu-batan tempatan yang dikenali sebagai tenelija. Batu-batan ini disambungkan dengan pin logam serta lepa yang diperbuat daripada campuran protein susu.

Stari Most kukuh berdiri merentangi Sungai Neretva.
Sumber : Google

Jambatan Kota Mostar merupakan salah satu tinggalan binaan gemilang di zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Jambatan ini dibina merentasi Sungai Neretva yang berair biru jernih. Ia merupakan penghubung Kota Mostar iaitu bandar kelima terbesar di negara ini.

Stari Most dibangunkan semula selepas musnah semasa Perang Bosnia 1993.


Stari Most berdiri teguh selama 427 tahun dan akhirnya musnah ketika peristiwa Perang Bosnia 1993 selepas kejatuhan Persekutuan Yugoslavia. Jambatan tua ini banyak berjasa kepada penduduk setempat. Selain menjadi penghubung kepada penduduk yang tinggal di kedua-dua bahagian sungai dan menjadi simbol keharmonian, jambatan ini turut menjadi saksi jatuh bangunnya kuasa-kuasa besar yang pernah menjadi penguasa di bumi ini seperti:
  • Empayar Uthmaniyyah
  • Austria - Hungary
  • Persekutuan Yugoslavia

Setelah 19 bulan menjadi sasaran tembakan snipper dan mortar akhirnya jambatan tua yang banyak berjasa kepada penduduk di sini runtuh menyembah bumi. Sebanyak 60 butir prlutu mortar dari militant Croat, Bosnian Croat Defense Council. 

Sekiranya anda berpeluang datang ke Mostar, pastikan kunjungi tempat ini. Banyak tinggalan peperangan masih dikekalkan seperti kesan peluru di dinding-dinding bangunan. Makanya, tidaklah hanya 'toucj and go' sahaja kalau datang ke sini. 

Pada tahun 1998, pakar-pakar antarabangsa yang dibentuk oleh UNESCO telah memutuskan supaya jambatan Mostar dibina semula mirip dengan binaan asal dengan menggunakan kepakaran teknologi dan bahan-bahan asal. Sebahagian dana tambahan telah disumbang oleh kerajaan Itali, Belanda, Turki, Croatia, Majlis Bank Pembangunan Eropah dan kerajaan Bosnia and Herzegovina sendiri.

Jambatan Mostar dibina semula oleh sebuat syarikat pembinaan dari Turkey dengan menggunakan batuan tenelija dari kuari tempatan. Yang menariknya, penyelam angkatan tentera dari Hungary menemui batu-batan dari jambatan yang asal dari dasar sungai untuk digunakan semula.

Sumber: SEJARAH JAMBATAN MOSTAR BOSNIA


Jambatan Mostar berketinggian 24 meter dari aras sungai, lebar 4 meter dan panjang 30 meter. Ia dibina secara membukit dengan dan seperti jambatan lama di dunia, jambatan ini diapit dengan dua menara peninjau di kedua-dua bahagian masuk ke arah jambatan ini. Menara di sebelah timur  laut dipanggil Halebiya dan menara di sebelah di barat daya dipanggil Tara.


Untuk sampai ke sini kenalah naik tangga melewati Stari Mostar dari seberang ke seberang dan turun perlahan-lahan ke bahagian bawah. Ketika ini Amie dengan Lucy berada di sini. Kamsiah dan Nancy entah di mana. Sewaktu berada di atas jambatan, Amie ajak mereka ke sini tetapi kedua-duanya sedang sibuk bergambar.



Gambar kenangan 2016 - tempat berdiri Amie ini katanya tempat Zarina AF berlakon bersama Iqram Dinzly dalam filem Meniti Titian Cinta di Stari Most.



Ketika ini ada beberapa orang penerjun hendak beraksi dari atas Jambatan Mostar. Sejuknya air sungai...brrrrr!


Gambar pemandangan yang Amie ambil dari atas jambatan... nun di bawah sana ramainya pengunjungi memenuhi ruang di tepi sungai! 



Gambar ini diambil setelah kami sampai di seberang sungai dan jambatan di hujung itu bukan Jambatan Mostar.



Nampak macam ada itiklah!
Jom kita zoom!


Ha... dapat seekor itik Mostar.
Tempoh hari nampak itik di Watermill Jajce dan Tasik Plitvice. 
Hari ini jumpa seekor saja di sini.


Setelah jalan-jalan di sekitar Jambatan Mostar, kita imbas kembali perjalanan dari tempat letak bas sehingga ke Stari Mostar. Ada pun sepanjang perjalanan dari Sarajevo hingga ke Jablanica mata tidak dapat beralih dari memandang sungai yang berair biru hijau memukau mata. Kalau boleh, hendak jalan-jalan santai sahaja di segenap pelosok Bosnia and Herzegovina ini. Aduhai... indahnya alam ciptaan Allah. Subhanallah. 

Patutlah boleh minum terus air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Rupanya sumber airnya memang sudah cukup bersih dan terjaga!

Oh, ya... perjalanan dari tempat letak bas ke Stari Mostar jauhnya lebih kurang 22 minit jalan laju seperti kami. Kalau jalan biasa mungkin lebih 30 minit. Walaupun sejuk, tapi keluar peluh juga!


Walaupun jalan laju tapi sempat juga tangkap gambar di sekitar.


Seperti di Sarajevo, banyak gerai jualan terdapat di sini. 
Semuanya nampak cantik dan menarik namun sayang sekali kami tidak mempunyai banyak waktu untuk santai-santai memilih atau membeli.



Semuanya tergesa-gesa untuk sampai ke Stari Mostar.


Berangan hendak beli sehelai dua alas meja ini tetapi akhirnya terlupa!



Banyak restoran dan kafe di kiri kanan jalan.



Untuk berjalan ke sini, pastikan pakai kasut yang sesuai.
Bukan jalan berturap seperti di tempat kita, tetapi jalan di sini dipenuhi dengan susunan batu bata. Seolah-olahnya ketika berjalan, kaki kita diurut batu refleksologi.












Begitulah ceritanya perjalanan kami dari tempat letak bas hingga ke Stari Mostar. Kemudian sambung tertonggek-tonggek menaiki Stari Mostar, berjalan menyeberang ke sebelah dan turun ke bahagian bawah untuk ambil gambar.

Sumber : Google

Stari Mostar - penghubung penduduk di sini.

Hari ini Stari Mostar yang mempunyai sejarah jatuh bangunnya yang tersendiri menjadi salah satu tarikan pelancong di seluruh dunia. Menurut TGB, setiap hari lebih 1,000 pengunjung datang ke sini. Mood TGB sangat bagus, sebab hari ini beliau sempat tunjukkan rumahnya sewaktu bas dalam perjalanan ke sini. Tour guide kami yang urus kami sepanjang trip ini memang orang Bosnia, berasal dari Mostar dan sedang berusaha menyelesaikan Ph.Dnya.

5 comments

  1. penerjun dari jambatan tu, terjun ke sungai la ye kak Amie?maknanya dalam jugak lah sungai tu ya...

    BalasPadam
  2. Cantiknya kota Bosnia Herzegovina. Semoga ada rezeki melawat negara ni 😍

    BalasPadam
  3. Bestnyer dapat jenjalan ke tempat orang atas angin sana

    BalasPadam
  4. MasyaAllah cantiknya permandangan disini kak Amie. Rasa taknak balik ni kalau dah sampai. Bawa kerusi healing duduk situ. hihi..Alhamdulillah rezeki kak Amie dapat ke sini lagi. Sakit kaki juga jalan di permukaan macam tu kan. Kena tapak kasut tebal gitu.

    BalasPadam
  5. Memang cantiiiiik jembatannya 😍😍😍😍. Teman2 saya juga selalu foto di sana tiap ke bosnia. Semoga saya juga bisa segera kliling Balkan.

    Melihat aneka souvenirnya, langsung teringin juga nak beli hahahaha. Sayang limited time ya kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe