Singgah Basahkan Tekak di Slasticarna Saraj
9:41 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu kami sampai di Sebilj Fountain, Amie terus ajak kawan-kawan masuk ke kafe. Amie sudah janji hendak belanja mereka minum di situ. Rindu sangat hendak hirup minuman boza di Slasticarna Saraj.
Teringat-ingat pula harum aroma minuman campuran bunga elder dan lemon di Kolabara Han, Saraci dan wanginya bau minuman ruza atau rose petal juice di Nanina Kuhinja! Minuman yang lazat itu Amie minum bersama Lucinda (2016). Apakan daya, masa yang sangat singkat tidak memungkinkan Amie mengulang semula kenangan lama di kota tua Sarajevo ini.
Ketika ini jam menunjukkan angka 9:30 pagi. Rasanya memang sempat duduk seketika di kafe ini sambil menikmati boza yang sejuk dan manisan pilihan.
Nancy berminat dengan manisan kadaif! |
Minuman Boza - 2.5KM segelas. |
Boza merupakan minuman yang berasal dari Turki. Memiliki aroma harum tajam dan rasanya manis serta ada sedikit rasa masam. Minuman tradisional Turki ini dinikmati untuk menghangatkan badan di musim sejuk. Pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah, boza merupakan minuman para tentera Uthmaniyyah untuk menguatkan badan mereka kerana boza mengandungi protein dan karbohidrat yang tinggi.
Slasticarna Saraj terletak di tepi jalan raya berhampiran Sebilj Fountain. Ketika ini orang ramai mula memenuhi kawasan sekitar, dan burung merpati berterbangan dan hinggap di merata tempat.
Matahari pagi memancarkan sinarnya di balik bumbung kafe!
Jom tolak pintu dan kita masuk ke dalam.
Terdapat pelbagai jenis manisan di sini tetapi Amie tidak sempat melihat nama-namanya dengan lebih jelas! Yang Amie ingat hendak makan hanya tufahija sahaja!
Di sini terdapat pelbagai jenis dessert sama ada yang tradisional atau yang moden. Traditional Bosnian Dessert termasuklah:
- Bosnian Baklava
- Bosanske Hurmasice
- Jabukovaca
- Kadaif
- Tulumba
- Griz - Bosnian Semolina Pudding
- Dan lain-lain
Ada pelbagai jenis kek. |
Amie pilih tufahija.
Tufahija - Walnut Stuffed Apples
Tufahija - 4KM |
Kalau rajin boleh buat di dapur sendiri! |
Kadaif |
Kek pilihan Lucy. |
Selepas basahkan tekak, kami tinggalkan Slasticarna Saraj. Masing-masing hendak membeli cendera hati. Sayangnya harga di sini agak tinggi. Sebiji fridge magnet sahaja sudah mencecah 7KM bermaksud 3.5 EURO. Benarlah kata TGB (tour guide Bosnia) bahawa harga barangan cendera hati sudah jauh berbeza berbanding beberapa tahun yang lalu.
Amie cadangkan supaya kembali ke lorong belakang bersebelahan Masjid Gazi Huzrev-beg sewaktu mula-mula kami hendak ke tandas. Di situ harganya agak murah sedikit. Jadi kami cepat-cepat berlarian menuju ke sana. Masih ada sedikit masa lagi sebelum kembali berkumpul pada pukul 11:15 pagi.
Tidak mengapalah. Kali ini Amie jadi 'tour guide' untuk mereka..... ahaks! Jom kita terjah dari lorong ke lorong kota tua yang comel ini!
11 comments
Banyak jerr dessert
BalasPadamHebat kak Amie mudah mengingat arah. Beda dengan saya yg buta arah hahahahaha.
BalasPadamKalo manisannya saya tak terlalu tertarik, tapi lihat minumannya ntah kenapa jadi teringin pula 😍😍.kenapalah dulu di Turkiye tak diksh tahu ttg minuman ini yaa. Padahal pasti sedap kalo bisa menghangatkan badan.
Dessert semua tu, sedapppp nya. Best ni jalan2 dengan Kak Amie sebab boleh jadi tour guide. Next trip Kak Amie nak pergi mana nak ikut :)
BalasPadamKemarin sudah kemari
BalasPadamingin meninggalkan komen kok susah sekali
menunya anek macam ya
semuanya menggoda selera
Desert² nampak menyelerakan..
BalasPadamnampak semua menyelerakan desert tu semua...
BalasPadamKalau saya, mesti tak tahu mana satu nak pilih, desert sana.
BalasPadamSebab kak Amie ada pengalaman pergi sana, sudah tahu mana yang sedap. :)
Tentu dessert tu manis likat gulanya. Tufahija tu Kak Amie buatlah, nt kongsi resepinya ya.
BalasPadamdessert tu semua confirm manis kan...lorong- lorong pun menarik kat sini...
BalasPadamBoza tu saya terus terbayangkan rasa air nanas. Masam manis dan tajam gitu. Banyak pilihan manisan yang ada. Mana satu nak pilih entahlah.
BalasPadamBaca minuman Boza tu 2.5KM ingatkan kilometer..jauhnyaaa...🤣
BalasPadam