Minum Petang di Goldiana Cafe : Kelupis Udang & Aneka Cucur

1:35 PTG

Bismillahirrahanirrahim.
Sementara menunggu waktu keberangkatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kami turun ke lobi hotel dan menuju ke Goldiana Cafe & Lounge. Suasana di sini lengang, hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang ada. Jam menunjukkan pukul 15:15 petang.


Dengan baki wang sebanyak 36.7BND =RM132.00, kami memesan:
  • Aneka Cucur - 10BND
  • Kelupis Udang - 9BND
  • Hot Tea - 3.20BND
  • Peppermint Tea 4.30BND
Apabila dicongak-congak, tidaklah sampai 30BND!

Sementara menunggu pesanan tiba, tangkap gambar dulu suasana dalam cafe.





Kami memilih tempat duduk berdua.

Encik Suami : Hot Tea (ada hirisan halia).

Amie: Peppermint Tea.

Apabila dihidangkan Peppermint Tea, tiba-tiba rasa cuak pula! Bukan apa, nampak di katalog harganya 4.30BND, tetapi yang datang satu teko pula! Alamak! Mesti lain harganya nanti. Hot Tea (halia) Encik Suami datang segelas sahaja, dan bukannya seteko macam kita punya!


Hati semakin gelisah apabila Kelupis Udang (6 keping) didatangkan bersama semangkuk Kari Ayam! Kami tidak memesan Kari Ayam. Kami hanya pesan Kelupis Udang. Eh! Berapa harga yang perlu dibayar nanti? Duit hanya ada 36.7BND! Waktu memesan, memang sudah congak-congak harga tidak sampai 30BND dan kalau kena cukai, cukuplah 36.7BND itu nanti!

Kari Ayam

Kelupis Udang & Kari Ayam

Aneka Cucur : 10BND.

Keladi Goreng & Pisang Goreng


Keledek Goreng dan Cucur Udang dengan 3 jenis sos pencicah.

Kelupis Udang


Dalam keadaan masih tertanya-tanya mengapa lain yang dipesan, lain rupa bentuk yang dihantar, kami makan jugalah hidangannya. Kelupis Udang memang sangat sedap, ditambah pula cicah kari ayam. Amie berkira-kira berapa agaknya harga kesemuanya ini. Bagaimana kalau lebih 36.7BND? Mana nak cari dollar Brunei? Kami hanya memiliki MYR sahaja!


Kami makan jugalah sambil terus mencongak-congak bayaran yang akan dikenakan nanti! Selesai makan, kami ke kaunter pembayaran.

Allahu Akbar!
Bayaran yang dikenakan hanya 26.50BND sahaja! Tidak ada cukai pun. Keluar dari kafe, kami ketawa sambil menggeleng kepala!

Kata Encik Suami Kelupis Udang dengan Kari Ayam memang sangat sedap, tetapi rasanya tak berapa sedap pula apabila Amie sebut tak cukup BND untuk bayar nanti! Amie pula, tak berselera untuk habiskan Kari Ayam bahagian Amie sebab asyik memikirkan kami pesan Kelupis Udang, kenapa pula datang bersama Kari Ayam!

Apa pun, Cucur Udang dalam pinggan Aneka Cucur itu, saiz udangnya memang besar! 

Cucur Udang dengan isi udang besar.

Amie beritahu pekerja di kaunter pembayaran, Kelupis Udang sangat sedap! Ya, memang sangat sedap kerana itulah kali pertama kami makan kelupis inti udang dan dicicah pula dengan Kari Ayam.

Resit Pembayaran

Malam itu, kami teruskan penerbangan dari Brunei ke Kota Kinabalu.

17 comments

  1. Alhamdulillah rezeki terliur mandang sedap semua

    BalasPadam
  2. wahhh sampai dapat satu teko! Nampak sedap kelupis udang tu, kuah kari ayam pun pekat. Berbaloi dengan harga tapi suasana makan tu jadi tak syok sebab terfikir nak bayar nanati haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah terkejutnya sampai dapat satu teko. Sedap memang sedap, tapi bila fikirkan macam ada yang tak kena, tu yang jadi tak berapa sedap... ahaks!

      Padam
  3. Nasib baik x lebih harganya ye kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaks!
      Terkejut dapat teh seteko dengan kari ayam!
      Seriau memikir mana nak cari BND dalam kafe kalau kena bayar lebih.

      Padam
  4. harga mmg berpatutan dgn tiada cukainya. mkanan pun nampak sedap sgt tu kak amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Cuma risaukan seteko teh dengan semangkuk kari ayam tu hihihiii.

      Padam
  5. Kesian Kak Amie, terus terganggu selera makan mengenangkan duit cukup ke tak untuk bayar makanan. Di Brunei tak boleh bayar guna kad kredit ke kalau duit tunai tak cukup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin boleh kot guna kad kredit.
      Nak habiskan duit kononnya, tapi ada gangguan pula... ahaks!

      Padam
  6. Reasonable dengan harganya.. portion makan pun nmpk byk..
    Aini pernah order earl grey tea, lebih kurang macam K.Amie di restaurat mana ntah, dia akan serve with tea pot.. Rasanya klau ada order flavour tea dia akan serve dgn teaport kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkinlah juga kan.
      Kita terkejut sebab tengok teh Encik Suami dalam gelas, tapi kita punya pakai teko pulak.

      Padam
  7. Seteko tu...memang tak habis la kan 😅
    Kalau saya pun cuak, tak pasal kena basuh pinggan di belakang pulak 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Ujie... kami gelak-gelak sambil bergurau: Nanti kita kena basuh pinggan di belakang!

      Padam
  8. Aduhhh... lucu pun ada kak bila baca makan kelupis tak berapa lalu bila terkenangkan harganya.. apa pun Alhamdulillah sudah selamat semuanya masuk perut.

    BalasPadam
  9. Aik sekali lagi murah? Macam pelik juga.
    Hehe betul kalau risau memang tidak lalu makan sangat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe