Ikan Pancing (Don't Judge Book by Its Cover)

12:56 PTG

Ceritanya ringkas sahaja, tentang ikan tetapi terus rasa terpukul diri sendiri. Syukurlah Allah berikan kesedaran lebih awal. Mudah-mudahan diri ini mampu menjadi insan yang cakna terhadap persekitaran hidup terutama dalam menjaga hati orang.

Hasil pancingan ikan di laut.


Fuad di dalam bot.

Kelmarin Fuad ikut anak buah memancing di laut. Anak buah kami baru beli sebuah bot. Oleh kerana industri pelancongan di Semporna mulai merudum dan banyak pengusaha pelancongan bangkrap, jadi anak buah kami ambil kesempatan beli sebuah bot pelancongan dari sana dan dibawa ke LD, berpengkalan di Silam. Katanya, hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja bot ini disewakan. Pada hari-hari yang lain, sesiapa sahaja di antara ahli keluarga boleh gunakannya. Fuad pulang dengan beberapa ekor ikan hasil pancingannya. Jom kita lihat hasil gorengannya.

Ikan goreng.


Melihat ikan goreng yang terdiri daripada beberapa jenis ikan, mulalah senyum sendiri. Bila Amie makan seekor ikan kerapu kecil, sedaplah pula rasanya! Ada rasa manis ikan segar! Tiba-tiba rasa insaf di hati!
Kenapa?


Ikan goreng ini hanya dibuang sisik dan isi perut sahaja. 
Segala sirip atas bawah dan ekor tidak dipotong.
Di hati mulalah bermonolog: Nak bersihkan ikan pun kena belajar juga rupanya. Tak semua orang boleh siang ikan dengan betul. 
Kemudian otak pun menyampuk: Itulah namanya seni. Bukankah selalu tonton program masakan dalam dan luar negara? Tak semestinya habis gondol segala sirip dan ekor ikan dibuang sebelum dimasak!
Tak semena-mena teringat cerita-cerita ibu mentua selalu tidak puas hati dengan kerja-kerja dapur yang dibuat oleh menantu perempuan!
Ya Allah!
Mudah-mudahan tidaklah aku menjadi salah seorang ibu mentua yang cerewet nanti!

Teringat lagi seorang rakan sekerja yang hidup membujang, dan akan pencen beberapa tahun lagi. Masa mudanya, sangat kacak orangnya. Pernah dia buka cerita, lama dulu. Katanya, kalau 20 perempuan dia bawa pulang ke rumah, 20 kalilah ibunya tak berkenan. Pernah bertunang tetapi putus. Ibunya memiliki restoran. Dan katanya lagi: Mak aku cakap dengan aku, dia tak suka cara tunangnya potong bawang, potong sayur, potong cili dan sebagainya. Tunangnya kecil hati. Mereka putus. 
Beberapa tahun kemudian, Amie usik kawan tadi. 
Mak awak dah tiada (meninggal dunia). Kenapa tak cari semula bekas tunang?
Dia dah kahwin dengan orang lain.
Ohhhh!
Amie rasa kawan Amie ini setia cintanya sampai ke hujung nyawa!

11 comments

  1. Sedapnya ikan segar... Dulu zaman anak dara saya selalu berangan kalau lah dapat jodoh orang tepi laut sebab nak makan ikan segar.. Allah tak izinkan niat tu.. Hihihi..

    BalasPadam
  2. Ikan baru naik dari laut mmg fresh sangat nih, manis isinya, tak perlu nak masak menu cerewet2 pun takpe. Kesian juga kan bila dengar cerita pasal industri pelancongan, industri penerbangan byk terjejas, tapi nak katakan hampir semua org terkesan dgn situasi sekarang ni.
    Kesian kawan Amie tu, moga2 satu hari sampailah jodohnya.
    Saya pun berdoa janganlah saya jadi ibu mentua yg cerewet satu hari nnt, nnt kehidupan anak2 tak tenteram.

    BalasPadam
  3. Bestnya Amie mkn ikan Segar..
    Goreng pun sodap.. teringat iklan Di TV 😅

    CH teringin sangat pergi memancing..
    Rasa seronok je bila ikan mkn umpan kan..

    Byk yg terkesan dgn Wabak Covid 19 ini..
    Industri pelancongan Dan penerbangan mmg lumpuh teruk..

    Semoga Allah SWT mengangkat Wabak ini.

    BalasPadam
  4. kakmim nk komen yg berkaitan kisah kwn amie yg membujang tu je... kesian dia krn ibunya terlalu mencari kesempurnaan.. kakmim byk belajar psl mencari 'kesempurnaan' dm keja berpasukan... kdg² kita x boleh jugak terlalu cerewet kalau kita keja dlm 1 team... walaupun kita nak mcm ni x semestinya apa yg kita nak tu akn jd mcm yg kita nak... so masa ni kita terpaksa belajar utk terima seadanya walaupun kita x puas hati 100%.. sbb kalau terlalu bossy & pushy org ssh nk kerja dgn kita... last² kita yg terpaksa buat semua sendiri... yg ni lg lah kita stress.. begitulah bila dh semakin senior ni kakmim belajar utk menerima ketaksempurnaan walauan tanpa kerelaan krn kita bkn buat kerja seorang.. eh terpanjang pulak jd entri dlm komen.. haha

    nnt amie emailkan alamat postage amie kt sy k... email ke mfaizura@gmail.com

    BalasPadam
  5. Mata uncle terpesona tengok pinggan klassik tu pulak... hehe

    BalasPadam
  6. Macam macam variasi ikan dapat rasa tu kak amie. Rezeki.
    Susahnya kalau dapat mak mertua terlalu cerewet macam tu. Mungkin dia manusia yang perfectionist. Kena ikut standard dia. Kesian pula kalau baru bertunang mak dah cakap macam tu kan. siapalah tak terasa hati. Takpe, jodoh rahsia Allah. Ada hikmahnya.

    BalasPadam
  7. Best, dapat makan hasil pancing sendiri.
    Kena terima apa seadanya. Kalau nak semua perfect ikut kepala kita, payahlah sikit. Saya dah tua ni, malas nak fikir banyak. Kalau kurang sikit-sikit, takpe, mana ada manusia yang perfect, kecuali Nabi SAW je. :)

    BalasPadam
  8. bagus anak muda ada idea nk beli bot dan sewakan.. dh ke laut tak payah beli ikan lg.

    berperangai mcm mak nina, hasil masakan mesti tip top, ikan begini akan di gunting siripnya baru goreng. katanya mudah nak makan, tak lah tercekik anak menantu.

    alhamdulillah mak mertua tak cerewet.. masak apa saja akan mkn

    BalasPadam
  9. Sedapnya la Kak Aamie tengok ikan baru naik dari lauk..mesti manis isinya sebab ikan segar kan...SA pun ada pengalaman pasal mak mertua x jadi ni...dia x suka orang NS, katanya kalau bercerai anak dia akan pulang sehelai sepinggang...pelik ramai cakap macam tu so SAa siasat la kenapa kan..rupanya adat orang minangkabau dan jugak adat org NS lebihkan harta pusaka jatuh pada kaum wanita...kalau nak dirungkai panjanga ceritanya...tapi ada je yang kawen dengan org NS kekal bahagia...maka x menjadi la jodoh SA sampai la skrg

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe