Tanjung Parapat Semporna

10:45 PTG

Agak lama juga Amie tidak buka folder berisi gambar-gambar sewaktu jalan-jalan ke beberapa buah pulau di sekitar Semporna. Rupanya ada gambar-gambar yang hilang, sama ada Amie terdelete atau ada yang mendelete. Apa pun, masih ada juga sedikit saki-baki gambar yang masih tersimpan. Gambar-gambar ini dirakam pada penghujung Ogos 2020 lepas.
Oh! Hampir terlupa nak bagi tahu, tempat ini di Tanjung Parapat, Semporna, Sabah Negeri di Bawah Bayu. Kiranya ini cerita lamalah, 29 Ogos 2020. Cerita sebelum daerah kami dikenakan PKPB Secara Pentadbiran. 

   
Gambar pemandangan di Tanjung Parapat ini dirakam dari atas Bukit Parapat yang didaki oleh kawan-kawan. Amie duduk saja di bawah, malas nak bawa diri yang montel ini ke puncak bukit. Walaupun hanya setinggi 300 meter, tapi kalau hati dah keras macam batu tak mahu daki, memang dah tak ada siapa yang boleh pukuk dah.... ahaks!

Ketika ini jam menunjukkan angka lebih kurang pukul 9 pagi, dan merupakan waktu yang sangat cantik merakam panorama alam  nan indah ciptaan Allah Taala. 

                      
Pemandangan di atas Bukit Parapat pun nampak cantik dari jauh! Amie dapat saksikan lalang-lalang ditiup angin kelihatan seperti hamparan sutera meliuk-liuk lembut! Cantik sangat!

Sementara menunggu kawan-kawan turun dari pendakian, Amie bersama ayah dan ibu Kavvy dan juga pemandu bas kami berjalan-jalan di sekitar pantai. Oleh kerana banyak gambar yang sudah hilang, jadi ini sahajalah yang dapat Amie kongsikan di sini.



Chalet-chalet yang terdapat di sini. Sebahagian agi masih dalam proses pembinaan.


Ada kalanya angin laut bertiup sangat kencang! Ketika itulah kami dapat saksikan lalang-lalang di Bukit Parapat meliuk-liuk seperti hamparan sutera hijau!

Nun di puncak Bukit Parapat itulah Kavvy, Risa, Misa, Kam, Yantie dan Akmi berada!

Nampaknya ini sahajalah gambar yang dapat dikongsikan di sini. Pesan pada diri sendiri, lain kali kena hati-hati ketika memindahkan gambar dari memory card ke dalam folder. Memang ketika Amie pindahkan gambar, Amie tak lihat semula gambar yang dipindahkan, dan kemudian Amie padam gambar dalam memori card.


Sesungguhnya alam ciptaan Allah tiada tandingannya!
Subhanallah!

14 comments

  1. Sabah mmg cantik kan. teringgin nak pergi.. hopefully covid ni cepat habis

    BalasPadam
  2. sayangnya semasa mengajar di sabah dulu x sempat sampai ke Semporna. Cuma pi Sandakan, Kudah n Gunung Kinabalu aje.

    BalasPadam
  3. Cantik sungguh permandangannya. Mudah2an suatu hari nanti dapat jejakkan kaki ke sana.

    BalasPadam
  4. Atie Zieya,
    in shaa Allah, mudah-mudahan ada rezeki dan kesempatan untuk berkunjung ke Sabah.

    BalasPadam
  5. Abam Kie,
    boleh datang lagi, ronda seluruh Sabah, dan tempat-tempat yang belum sempat dikunjungi.

    BalasPadam
  6. Norhidana,
    Maha Suci Allah, Maha Pencipta dan tiada tandingannya.

    BalasPadam
  7. Fadzillah,
    in shaa Allah, apabila ada keinginan pasti akan kesampaian jua.

    BalasPadam
  8. Subhanallah cantiknya! Belum ada rezeki lagi nak jejak kaki ke sabah, mudah-mudahan ada rezeki satu hari nanti

    BalasPadam
  9. Syaz Rahim,
    in shaa Allah, akan sampai juga suatu masa nanti.

    BalasPadam
  10. Hari tu ingat nak datang menginap sini masa Oktober ni dah kena movement control balik. Cantik pemandangannya.

    BalasPadam
  11. Tukang Kebun,
    nanti boleh datang lagi.

    BalasPadam
  12. Cantik tempatnya kak. Best tu boleh hiking. Chalet pun comel je tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      kalau ambil video time lalang-lalang meliuk-liuk ditiup angin laut, tak tahu nak gambarkan betapa cantiknya! Bagai hamparan permaidani sutera warna hijau....

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe