Sembang Dari Dapur
1:09 PTGSelamat berhujung minggu. Jom sembang santai-santai sambil menikmati suasana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, di Sabah sehingga 12 Oktober ini. Apabila lama berkurung di dalam rumah, dan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar mencari bekalan makanan, jadi syukur Alhamdulillah kerana masih boleh isi perut. Di tempat kami, pasar hanya dibuka pada pukul 8 pagi, dan ditutup menjelang pukul 2 petang.Jalan raya kembali sunyi, tiada lagi kenderaan lalu lalang seperti hari-hari sebelumnya. Jadi, setiap hari kami boleh buka tingkap ruang tamu, membenarkan angin menerjah masuk ke dalam rumah .... ahaks!
Firdaus telah menjalani swab test, cucuk lubang hidung pada hari Khamis lepas (1 September 2020), tetapi gelang di tangannya masih belum boleh dibuka. Surat arahan kuarantin dari KKM juga masih belum dapat yang baru, masih Annex14b.
Nasi lemak, ikan bilis goreng, sambal kerang, sambal kerang berpetai, telur rebus dan ikan goreng. |
Buat dua jenis sambal. Asingkan sambal kerang untuk anak-anak. Kemudian masukkan petai dalam separuh lagi sambal dalam kuali. |
Kuih pau inti ayam halia. Encik Suami beli untuk sarapan pagi. |
Cili padi dan bawang putih dicincang, tambahkan kicap lemak manis dan cuka. |
Masak lemak pucuk paku. |
Telur dadar. |
Nasi kuning. Malam tadi, Fuad tanya. Saya nampak ada ikan dalam freezer. Ikan apa itu Mommy? Ikan tuna. Mommy, esok pagi buat nasi kuning sambal ikan tuna ya? |
14 comments
tembikai gadis manis tu misti manis rasanye kan bahh
BalasPadamUmmphhh indahnya entry ni, penuh makanan sedap!
BalasPadamSaya suka sahaja ikan kukus cicah kicap cili.
BalasPadamApabila duduk rumah sahaja, memasak sahajalah terapi diri.
Tabah ya. Semua pernah alami PKP.
dalam semua, petai juga yang mengliurkan hahaha
BalasPadamWak Lat,
BalasPadambetul Wak, manis dan kurang berair.
Syaz,
BalasPadamterima kasih, jemput.
NA,
BalasPadammemang itulah sahaja yang dibuat, kerja rumah lain anak-anakdan suami tolong.
Atie,
BalasPadamsuka petai ye
Sambal petai nyum nyum.
BalasPadamKami ni pun tak dapat bergerak hari ni Kak sebab keliling banyak kawasan banjir.
Tukang Kebun,
BalasPadamdah mula banjir ke... hati-hati.
seronoknya ke sini.. bilik best..makanan semua sedap2..
BalasPadamHayati,
BalasPadamterima kasih... jemput makan.
Sedapnya dua dua jenis nasi arab tu kak. Lama pulak tak makan nasi arab. huhu
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamkena ringankan tulang ke dapur.... Suami suruh penuhi selera anak-anak, maklumlah katanya lama sungguh tal berkumpul seisi keluarga.