Aktiviti Snorkeling di Pulau Timba-Timba
10:34 PTGMasih lagi cerita tentang pulau. Hari kedua di Pulau Pom Pom, kami belayar lagi bersama dua buah bot menuju ke Pulau Timba-Timba.
Menikmati suasana pagi yang cerah di Mussah Poteh Resort, dengan matahari bersinar cemerlang dan air laut yang sentiasa jernih!
Bot pertama telah berlepas. Bot yang akan kami naiki sedang menanti kedatangan kami.
Ayuh! Bot mula membelah laut biru!
Tak ingat dah apa nama pulau ini. Dan tak pasti di mana arah utara, timur dan barat.... ahaks!
Terima kasih adik-adik pekerja resort yang dengan ramahnya memperkenalkan nama-nama pulau di sini. Di antara nama-nama pulau yang Amie ingat hanya Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil saja.
Dah sampai ke Pulau Timba-Timba.
Pulau Timba-Timba ini pantainya berpasir putih halus, airnya bersih dan jernih! Ketika kami sampai, banyak pengunjung sedang bergambar di situ.
Kami pun tidak lepas peluang merakam kenangan di sini.
Boleh dikatakan hampir semua keluar dari bot untuk aktiviti snorkeling. Katanya di sini banyak penyu! Memang benar! Sewaktu Amie duduk di dalam bot memerhati pemandangan air laut, tiba-tiba timbul kepala penyu di permukaan air untuk mengambil nafas!
Selain aktiviti snokeling, aktiviti lain termasuk freediving dan scuba diving juga boleh dilakukan di sini.
Sempat rakam gambar pemandangan di dalam air laut, tetapi tak berapa jelas.
Kawan-kawan leka di dalam laut, mencari penyu dan bergambar bersama ikan serta merakam video di dalam air.
Ada beberapa buah bot yang membawa pelancong ke sini.
Inilah adik-adik pekerja resort yang peramah dan sentiasa memberikan bantuan kepada para pelancong.
Masa yang ditetapkan untuk kembali ke resort telah tiba. Namun, ramai yang masih beralktiviti di dalam air! Terpaksalah bot-bot mendekati mereka dan meminta segera naik ke dalam bot!
Memang seronok berada di dalam air laut, dunia yang berbeza dari daratan. Indah. Sunyi dan tenang!
Bot meluncur laju meninggalkan Pulau Timba-Timba, membawa penumpang yang basah selepas beraktiviti dalam air menuju ke Pulau Pom Pom. Sebentar lagi, selepas makan tengahari kami akan meninggalkan Pulau Pom Pom, pulau cantik yang mempunyai pantai dengan karang pasir berwarna putih. Pulau yang bersih tanpa sebarang pencemaran ini menjadi pilihan penyu Green dan Hawsbill untuk bersarang dan bertelur.
12 comments
Wah indahnya!! Seronok bila pergi ke tempat sebegini.. tenang dan damai! Oh, bestnya ada penyu!!
BalasPadamCik TK,
Padambanyak kepala penyu timbul di permukaan air laut.
cantik sangat laut tu, mesti takkan lupa sampai bila2 kan ;)
BalasPadamSyaz,
Padambetul tu, lain kawasan laut, ada ceritanya yang tersendiri.
Indahnya ciptaan Allah
BalasPadamteringin betul nak pergi snorkeling
BalasPadamCikgu Bada,
BalasPadamTiada yang dapat menandingi segala ciptaan-Nya.
Atie,
BalasPadambest dapat tengok hidupan air lebih dekat.
Seronok snorkeling di Timba Timba
BalasPadamTukang Kebun,
BalasPadamnampak batu karang yang cantik dan ikan dari atas bot pun rasa seronok sangat.
Wah ke Pulau timba timba pulak. best explore pulau ke pulau ni. indahnya kalau ke pulau yang pasirnya putih, halus, air jenih dan bersih.
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadambest... tapi banyak gambar hilang, terdelete.