Sumbangan Dari Kak Yong's Cookies Studio untuk Frontliners Hospital Lahad Datu
5:31 PTGTahun ini tak berkesempatan untuk belajar masak dengan Kak Yong's Cookies disebabkan masalah wabak Covid-19 yang belum kunjung lenyap. Dua hari lepas terima mesej group melalui aplikasi WhatsAap daripada Kak Yong yang berbunyi:
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan adik2 kak yong studio😘
Memandangkan suasana pendemik covid19 yg masih berlanjutan dan sebagai menghargai sumbangan frontliners d hospital yg sangat2 bertungkus lumus dgn tugas mereka, marilah kita sama2 menyumbang sedikit sumbangan walau tak byk sebagai tanda prihatin kita sbb kita tak dpt berkhidmat seperti mereka.
D mana saya d fahamkan keperluan air mineral adalah sgt2 d perlukan.
Saya buka grup kita ini utk menyumbang ikut ikhlas hati air mineral kotak kecik.
Dan cadangan saya juga kita sediakan 1 pek kuih/air kotak utk anggaran 50/100 staff.
Hanya ini yg sumbangan yg mampu kita buat sebagai rasa prihatin dan penghargaan kita pada frontliners yg tak pernah cuti dan gagah berdiri dalam kelemasan d sebalik pakaian tebal mereka.🥺
Kak Yong |
Seawal pukul 3 pagi tadi, Kak Yong bertungkus-lumus menyiapkan bun dan butter cake. Dua jenis kuih lagi, katanya Kak Yong tempah Turut menyumbang makanan, salah seorang rakan studio dengan hasil air tangannya iaitu chicken flos, kek sarang lebah dan apam beras.
Semuanya panas dari oven!
Ramai jugalah di antara kami yang menyumbang dalam bentuk wang ringgit. Beberapa orang rakan studio masakan turut serta membantu Kak Yong menyiapkan bungkusan makan untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. Sumbangan diserahkan pada pukul 3 petang tadi.
Kak Yong di Hospital Lahad Datu. |
Semua sedia maklum, Hospital Lahad Datu sedang bertungkus-lumus siang dan malam dalam menjalankan tugas menangani wabak bahaya ini, dan daerah kami ini juga sudah diwar-warkan sebagai sebuah daerah zon merah yang sangat bahaya!
Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini, sedikit-sebanyak membantu mengurangkan beban para petugas di Hospital Lahad Datu.
Terima kasih Kak Yong atas cetusan idea untuk aktiviti sebegini.
18 comments
insyaallah. sumbangan yang pasti akan mendapat ganjaran pahala melimpah ruah dari Allah SWT
BalasPadamSyaz,
PadamIn shaa Allah. Aamiin.
alhamdulillah..masih ramai yang prihatin..moga segala kebaikan diberi ganjaran pahala
BalasPadamAnakdenesor,
Padamin shaa Allah... Alhamdulillah kongsi rezeki Allah
Alhamdulillah..
BalasPadamNohas,
Padamkongsi sedikit rezeki Allah.
alhamdulillah, kita yang tengok stat setiap hari ni pun rasa penat sangat kan front liners seluruh negara belum dapat berehat sepenuhnya dah sambung gelombang ke 3 pula sekarang.
BalasPadamAna,
Padamkesian sangat kat frontliners, siang malam bekerja dalam keadaan oenat dan tak selesa.
alhamdulillah
BalasPadamsemoga dilimpahkan rezeki buat mereka yang terlibat di dalam usaha positif ini
Hans,
PadamAamiin ya Allah.
Semoga semua dipermudahkan
BalasPadamTengku Sofea,
PadamMudah-mudahan. Terima kasih.
moga moga one day i mampu utk buat sumbangan mcm ni jgk... hopefully
BalasPadamAtie,
PadamIn shaa Allah, bermula dengan niat yang baik, akan dipermudahkan urusan.
Alhamdulillah subangan tanda kprihatinan kpd frontliner yg berkorban bertugas merawat pesakit tanpa henti
BalasPadamParidah,
Padamsyukur Alhamdulillah, sumbangan semampunya.
alhamdulillah bagus usahanya Amie.. menunjukkan keprihatinan kepada frontliners kita.
BalasPadamsemoga kita semua dipermudah urusan dan dilindungi dari wabak ini...
Alhamdulillah. sedikit sebanyak ianya sangat membantu.
BalasPadam