Anekdot Dari Dapur

4:06 PTG

Coretan dari dapur untuk minggu ini: Kalau terlewat bangun pagi, atau terlelap seketika, atau lewat masuk dapur, sekurang-kurangnya akan ada 6 biji kuih pau di atas meja! 3 biji inti ayam halia dan 3 biji lagi inti ayam susu. Encik Suami yang rajin membelinya di awal pagi. Sampai rumah masih panas! Kemudian Encik Suami panggil seisi rumah untuk sarapan pagi. Walaupun selalu sangat beli kuih pau, tapi kami berterima kasih sebab ada alas perut. Bukan sahaja kuih pau yang dibeli, tetapi ada kuih lain seperti karipap dan bingka ubi.



Amie, cukuplah alas perut dengan sebiji roti pau inti ayam halia dan secawan milo less sugar panas. Kenyang dah. 

Ada ketikanya, anak-anak rajin turun ke dapur dan selongkar apa yang boleh dijadikan alas perut waktu pagi. Roti telur biasanya menjadi hidangan untuk memulakan hari. Encik Suami bergurau : Patutlah satu kotak telur boleh habis 2 hari. Rupanya dibuat salut roti! 

Terima kasih anak-anak sudi bantu Mommy di dapur. Masaklah apa yang boleh mengenyangkan, dan belajarlah dari kesilapan. Kalau tak mula belajar masak, memang tak tahu boleh masak atau sebaliknya. Sambil menikmati hidangan hasil air tangan anak-anak, sambil kami bercerita kisah-kisah lalu yang agak mencuit hati! Salah seorang anak bujang, pandai masak nasi. Selalulah Amie suruh masak nasi. Suatu hari, Amie ternampak dia memasukkan beras ke dalam rice cooker, dan tuang air, kemudian letakkan di tempat memasak, dan tekan butang on. Rupanya, setiap kali masak nasi, dia tak pernah cuci beras! Bila mengulang cerita itu, kami tertawa sehingga keluar air mata!

Ini cekodok pisang, Amie tambahkan jagung krim dalam adunan. Sedap sangat!

Encik Suami beli dua biji nanas. Harganya RM18. Tak tahulah nanas jenis apa. Setelah terbiar dua hari, tukang buat air kupas sebiji nanas.

Selepas dikupas, lumur nanas dengan garam halus dan biarkan seketika. Kemudian nanas pun dipotong-potong.

Manislah pula nanas ini. Habislah sebiji kami makan sekeluarga, cecah nanas dengan serbuk asam dan juga kuah rojak!
Sebiji nanas yang tinggal kelihatan sudah masak ranum setelah dibiarkan lagi selama dua hari. Tukang buat air, Fairuz kupas lagi, dan kisar nanas untuk dijadikan jus. Encik Suami pesan, jangan bubuh gula. Tukang buat air tambahkan air biasa, tetapi jus nanas tetap manis! Nyaman bah!

    

Waktu petang, Abang Farid sering meminta buatkan cekodok ikan bilis atau yang sewaktu dengannya. Dari kecil dia memang suka sangat makan tepung! Kalau Amie buatkan cekodok jagung campur udang segar, tak sampai lima minit, habis licin pinggan! Itu belum dikira sewaktu Amie goreng. Siap satu kali gorengan, sementara menunggu gorengan kedua dan seterusya memang adalah tangan-tangan yang menyelinap mengambil seketul dua cekodok!
Jus nanas tanpa gula dan ais. 
Ketika membuat adunan cekodok, Fuad sudah berpesan: Mommy jangan bubuh bawang!
Huurrmmm! Kita bubuh saja bawang besar cincang sebiji! Dah siap digoreng, tak ada dah nampak rupa bawang. Berebut makan juga Fuad tu. Terlupa dah bawang... ahaks!

Amie goreng nasi tambah sambal durian merah. Kalau anak-anak tahu ada durian merah di dalam nasi goreng, mungkin teragak-agak nak menjamahnya! Sampai sekarang tak seorang pun tahu kewujudan sambal durian merah dalam nasi goreng yang mereka kata : Sedapnya!
Warna pada nasi goreng itu ialah warna sambal durian merah.


Inilah durian merah itu!
Terima kasih sudi membaca.
Nak ke dapur ni, Abang Farid sudah menagih cekodok jagung!

30 comments

  1. semua menu sedap2. kat rumah saya pun kuat makan telur, taktau nak makan apa, terus telur jadi mangsa. nasi goreng durian merah tu resepi rare. mesti sedap kan.
    last not least, stay safe amie and family yea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shirven,
      telur tu kita penyelamat keadaan time lapar. Nasi goreng durian merah memang sedap, lagilah kalau bubuh ikan masin.

      Padam
  2. menu semua tu hampir sama la kat rumah sisyat ni. roti telur..milo kosong..pau..sedap sangat kan layan dengan ank2 :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hayati,
      seronok layan selera anak, tapi bila terbayang mereka akan balik Malaya sambung belahar, rasa sebak pula.

      Padam

  3. Cantiknya Fairus kupas nenas tu. Sy pun kalah ahaks!

    Macamana ye rupa inti ayam susu tu? Teringin pula nak tengok hihi... Sambal durian merah tu pun rare :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Hazel,
      Fairuz memang pakar sediakan jus buah-buahan. Inti pau tu, agaknya ayam ditambah susu segar kot.

      Padam
  4. tengah lapar, bertambah lapar tengok gambar2 makanan di blog ni ;)

    BalasPadam
  5. Pertama kali dengar pau inti ayam halia dan ayam susu.

    Bagus idea campur nasi goreng dengan durian merah tu, ada anak lelaki remaja dalam rumah tak makan durian juga ni, bila ada bolehlah cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      suami yang rajin beli dua jenis pau itu. Cantik warna nasi goreng campur durian merah.

      Padam
  6. semua menu sedapp2
    kuih2 memang menu sarapan utk saya he hee
    kalau anak2 roti telur suka
    en suami pula sarapannya hanya air apa2 (nescafe o atau teh tarik)
    makan kemudian

    BalasPadam
  7. Fuh Amie..semua makanan mengundang selera sungguh!

    1st time tau pau inti ayam halia, ayam susu. Ayam susu tu macam mana?

    Terus rasa nak buat roti telur jugak ni, lama tak buat. Suka cicah dengan sos + mayo jugak 😀

    BalasPadam
  8. roti telur tu br buat breakfast pg td...durian merah tk pernh mkn

    BalasPadam
  9. COKODOK JAGUNG CAMPUR UDANG SEDAP SANGAT TU

    BalasPadam
  10. wah sedapnya menu sarapan.. durian merah tu iena tak pernah tengok lagi..first time tengok :)

    BalasPadam
  11. Saya dh lama xmkn nasi goreng msk sendiri hehee..
    boleh la buat skali2 tukaq menu tghari selalu blur nnk msk ape..

    Rajin anak2 kak Amie..bantu ke dapur..InshaaAllah blh diharap dah tu :)

    BalasPadam
  12. Ujie,
    ayam ditambah susu segar kot,
    memang sedap cecah roti telur dengan sos + mayo.

    BalasPadam
  13. Paridah,
    betul tu, sedap sangat.
    Anak-anak pun berebut makan.

    BalasPadam
  14. Iena,
    banyak jenis durian, yang merah ni unik.

    BalasPadam
  15. Shida,
    sesekali makan nasi goreng memang sedap.
    Mudah-mudahan anak-anak rajin bantu di dapur.

    BalasPadam
  16. Mama Sara Nur,
    citarasa tak sama dalam satu keluarga kan.

    BalasPadam
  17. nmpk nanas tu sy trs teringat msk lemak nanas dgn ikan sepat masin warghhhhhhhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Anies,
      saya pun ikut terliur... mana nak cari ikan sepat masin huhuhuuu.

      Padam
  18. dalam semua, paling sedap
    cokodok pisang .. hahaha

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah seronok pagi pagi ada rezeki untuk dijamu. Seronok lagi ada anak anak semua bersama. Ada je cerita seisi keluarga. comel pulak cekodok anak akak buat tu. bagus mereka rajin nak belajar masak walaupun anak bujang kan.

    BalasPadam
  20. Azhafizah,
    rezeki dapat berkumpul bersama anak-anak semoena PKPB.

    BalasPadam
  21. haha ragam anak2 bila masak ni memang macam2.. macam cik tk dulu pun, mak ngan makcik pun gelak2 je bila diorang bercerita benda kelakar yg jadi cik tk buat masa kat dapo.

    adik cik tk pun spesis taknak bawang. jadi selalu blender je la bawang tu. dan gtau tak ada bawang pun. hahahah laju juga makan. bertambah lagi

    BalasPadam
  22. Cik TK,
    waktu mengandung anak-anak saya alahan bau bawang, nak pengsan rasanya kalau to bau bawang putih atau bawang merah, tu pasal suami selalu usik anak-anak tak suka bawang dari dlm perut lagi hihihiii.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe