Sarapan Pagi di Restoran Sri Melor, Semporna
1:31 PTGSelepas turun dari Bukit Parapat, masing-masing berasa lapar. Akmi minta cadangan Amie untuk memilih restoran yang menghidangkan masakan tradisional Bajau, yang majoritinya merupakan penduduk asal daerah Semporna.
Oleh kerana Amie pernah bersarapan di Restoran Sri Melor bersama Encik Suami selepas PKP dulu, jadi Amie pun cadangkanlah di sini, dan juga di Restoran Kampungku. Mereka sepakat memilih untuk bersarapan di Restoran Sri Melor.
Nampaknya banyak lauk-pauk sudah tersedia. hanya pilih sahaja ikut selera masing-masing.
Ketam sumbat ini menarik perhatian Amie....nampak sedap! Bolehlah ratah-ratah!
Masing-masing mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutama berkaitan dengan penjarakan fizikal semasa berada di meja makan.
Tak tahulah apa yang kawan-kawan pilih untuk sarapan pagi itu. Amie pilih tompek atau tinompek. Masyarakat Bajau di Semporna juga menggelarnya dengan nama aggang atau sinanglag.Tompek ini sama seperti putu, berasaskan ubi kayu. Bezanya, putu dikukus tetapi tompek digoreng tanpa menggunakan minyak sehingga berwarna kekuningan.
Amie nak makan tompek dengan ikan belais goreng.
Ambil juga ketam sumbat. Isinya memang isi ketam! Sedap!
Tidak ketinggalan, sagol atau senagol ikan buntal. Ikan buntal ada racun dan perlukan orang yang pakar untuk membersihkan dan membuang racunnya. Amie tak pernah masak ikan buntal, tapi biasa makan yang sudah siap dimasak oleh kawan-kawan keturunan Bajau. Selain ikan buntal dijadikan sagol, ikan lain juga boleh digunakan seperti ikan yu, ikan pari, kiampau, tombad dan ikan lain. Untuk memberi rasa kepada masakan sagol ini, hati ikan seperti hati ikan yu dan juga ikan pari hendaklah dihancurkan dan dimasak bersama isinya.
Ini ialah kima. Biasanya kima hanya dimakan mentah dengan perahan limau dan bahan perasa. Keluarga kima terdiri dari pelbagai jenis seperti sollot-sollot, bohe' dan juga lapiran. Kima yang Amie makan ini ialah kima yang sudah dimasak.
Kenyang betul makan sarapan di sini, dengan segelas kopi hitam panas! Alhamdulillah.
Kemudian kami pun meneruskan perjalanan ke Jeti Pelancongan Kg.Bangau-Bangau. Alamak!
Bangau-Bangau yang Kluster Bangau-Bangau itukah?
Adeeehhhh!
12 comments
kak yang dari ubi tu... sikit-sikit macam masakan jawa yang di panggil tiwul@ketiwul, dari ubi yang di rendam lepastu di parut di jemur kering jadi macam tepung lepastu dia campur air panas campurkan dengan kelapa parut...
BalasPadambanyak nya menu yang rare nih kak, sedap
Dana, ada beza tiwol dengan tompek. Tompek tak direndam dan tak dijemur. Ubi diparut, perah air, kemudian disangai / sangan.
Padamsedap2 nampak makanan2 tu semua sis ;)
BalasPadamSyaz,
BalasPadaminilah antara makanan tradisi masyarakat Bajau di Semporna.
Lain padang lain belalangnya.
BalasPadamTeringin la nak makan ketam sumbat tu.
BalasPadamWarisan Petani,
BalasPadambetul tu Wak, lain tempat lain budayanya.
Tukang Kebun,
BalasPadamsedap ketam sumbat tu, isinya betul-betul isi ketam.
selamat menjamu seleraaaa
BalasPadamAtie,
Padamterima kasih, jemput sama
Banyak menu yang rare tak pernah makan dan first time dengar. Ketam sumbat tu macam best je tu.
BalasPadamAzhafizah,
PadamMemang tak lepas peluang pergi tempat orang. Cuba sikit menu tradisi mereka.