Sembang Petang : Sepiring Ubi Rebus Cecah Kelapa Parut & Secawan Kopi Hitam

6:07 PTG

Beberapa hari lepas Encik Suami bawa pulang ubi kayu, sesikat pisang nipah dan juga beberapa ketul ubi keledek. Pisang nipah hampir separuh digunakan, buat cekodok dan rebus. Ubi keledek belum diusik. Ubi kayu ada 4 ketul. Ambil seketul ubi kayu, kupas dan rebus. Bubuh sedikit garam.

Teringat zaman kanak-kanak di kampung.... suku akhir abad ke-20 yang lalu! Ubi kayu merupakan salah satu sumber makanan kami. Tanam ubi kayu di kebun sendiri.Sarapan ubi kayu: Lempeng ubi kayu. Bingka ubi kayu. Getuk ubi kayu. Belebat ubi kayu. Pengat ubi kayu. Cakar ayam ubi kayu. Tapai ubi kayu. Tiwul ubi kayu. Kerepek dan keropok ubi kayu. Keria ubi kayu. Inti karipap ubi kayu. Sayur bening pun bubuh ubi kayu. Petang-petang, bersama-sama rakan sebaya, bongkar pokok ubi kayu tanaman arwah Wak Limah. Bakar ubi kayu di  tempat bakaran sampah di tepi rumah arwah Wak Limah. Lepas Mahgrib belajar mengaji bergurukan arwah Wak Limah. 

Pendek kata banyaklah kegunaan ubi kayu. Rebus ubi kayu, cecah dengan kelapa parut. Atau makan dengan ikan gelama masin. Ada rezeki lebih, makan rebus ubi kayu dengan ikan goreng. Ikan goreng itu pula bukan yang baru digoreng, tapi sudah disimpan sehari atau dua hari di tempat tersembungi seperti periuk besar bertutup. Aromanya ya ampuuunnn! Orang marhaen sahajalah yang tahu betapa nikmatnya dapat makan ubi rebus dengan ikan goreng! Sesekali makan ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis. Ya Allah... seolah-olah kami sedang menikmati hidangan dari syurga!

Sambil menunggu ubi rebus empuk, sambil mengenang nostalgia lalu!
Huurrmmmm.... banyak kisah di bawah pokok ubi kayu yang mengusik perasaan. 

Ada sedikit kelapa parut. Bubuh secubit garam dan sedikit gula pasir. Gaul. Abaikan titik-titik hitam di antara kelapa parut itu. Kelapa parut ini Encik Suami yang beli di kedai, lebihan buat kerabu pucuk paku kelmarin. Kita berterima kasih sebab Encik Suami tak lupa belikan kelapa parut yang kita pesan. Ada kesan hitam kulit kelapa, maafkan saja. Kalau kita komen depan Encik Suami, takut lain kali dia akan beli kelapa parut di beberapa buah kedai.... ahaks! Pengajaran dari kisah lalu, bila kita kata daun sup yang dibelinya itu kurus, pada masa yang lain dibelikannya 5 ikat daun sup dari kedai yang berlainan. Katanya, nanti Amie boleh pilih mana satu daun sup yang berkenan di hati. 

Amie sediakan seteko kecil kopi Tenom. Kopi ini memang dalam uncang. Sudah siap ada gulanya. Walaupun kegunaan untuk secawan, tapi Amie bubuh air panas untuk sukatan 2 cawan. Minum berdua dengan Encik Suami. Kopi kurang manis, tapi tetap hitam legam. Anak-anak tak berminat untuk makan ubi rebus dan minum kopi hitam.
Maka duduklah kami berdua merpati sejoli yang sudah lanjut umur di dapur. Mendung pula petang-petang begini. Sambil makan ubi kayu cecah kelapa parut, hirup kopi panas, sambil sembang-sembang. Tak ada cerita lain yang dibualkan selain anak-anak dan Covid-19.
Fuad sudah menjalani swab test pada bulan Jun lepas. Warga UTHM ada yang positif, jadi Fuad pun kena kuarantin di sana. Apabila pulang ke Lahad Datu, Fuad menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari lagi. Pengajiannya terpaksa ditangguhkan. Oleh kerana laluan udara ditutup (sekatan perjalanan keluar masuk Sabah dari dan ke Semenanjung) sehingga 25 Oktober 2020, Fuad sekarang menghadiri kuliah secara atas talian.
Fairuz baru pulang dari menjalani swab test di sekolahnya petang tadi. Katanya kepalanya pening memikirkan peperiksaan STPMnya yang ditunda hingga awal tahun 2021.
Firdaus pula, yang sedang menanti keputusan swab test kali kedua, dari sehari ke sehari seakan-akan tertekan apabila disuruh menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Hari ini ada kerja rumah mata pelajaran Sains,  Bahasa Arab, Pendidikan Muzik dan Matematik. Kitalah yang jadi guru Matematik, jadi Ustazah mengajar Bahasa Arab dan jadi guru Pendidikan Muzik. Untuk mata pelajaran Sains pula, katanya tangan dah penat menulis. Nantilah dulu Sains tu.
Farid pula, sibuk dengan PdP online bersama pelajar barunya selain menyiapkan kajian untuk penulisan artikel bagi jurnal penyelidikannya. 

Farid menyiapkan tugasannya di ruang tamu.
Fuad mengikuti kuliahnya secara online di dalam biliknya.
Fairuz membuat kerja-kerja sekolahnya juga secara online di dalam biliknya juga.
Firdaus, sekejap menonton rancangan kartun di depan televisyen. Sekejap minta dibuatkan susu. Sekejap minta gorengkan telur , nak makan dengan roti. Kerja sekolah tak siap lagi. Kadang-kadang dalam sehari dua tiga kali juga kita tangkap dia, ambil Muqaddam dan belajar mengaji.
Kadang-kadang apabila tinggi suara Encik Suami memanggil anak-anak, mereka segera menyahut:
"Baba! kami sedang online. Suara Baba masuk dalam google classroom!"
Ya... kadang-kadang sewaktu kita bergoogle meet, tiba-tiba suara Encik Suami dan suara Firdaus menjadi latar belakang...adeeeehhh (kebetulan ketika itu on suara)!

Encik Suami kata:
Ada lagi tak kelapa parut?
Ada. Kenapa?
Buat lagi sikit. Sedap pula makan ubi rebus dengan kelapa parut!
Ya! Entah berapa lama tidak menikmati ubi rebus cecah kelapa parut!

Laporan Covid-19 hari ini, 8 Oktober 2020.

Sumber : KKM
Jumlah kes baharu : 375
Sabah : 271 kes

Allahu Akbar!


20 comments

  1. wah wah amie, kena sangat dah tu ubi rebus cicah kelapa dengan kopi o kaw :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana,
      menu orang dulu-dulu yang nampak rare pada zaman sekarang.

      Padam
  2. wahh sedapnyaa! bertabahlah rakyat sabah semoga segera hijau kembali amiinnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaz,
      mudah-mudahan.
      Setakat ini dua daerah saja yg hijau di Sabah.

      Padam
  3. sedapnya ubi rebus cicah kelapa..lama sgt xmkn nih..

    BalasPadam
  4. Orang kampung memang tak lekang dengan nostalgia dengan ubi kayu kan kak, arwah bapak saya dulu suka tanam ubi, dah berisi jual kat orang yang suka makan putu. Yang bestnya sebab diorang ini yang datang cabut pokok ubi. Tahun 80-an Sepokok jual seringgit dua saja, isi dah lah banyak dekat satu guni sepokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa Mulia,
      betul tu... Beli seringgit dapat seguni.

      Padam
  5. petang2 kena ubi rebus cicah kelapa or garam ,sedappppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      Memang sedap sangat... Tambah2 cuaca mendung, nyaman jew.

      Padam
  6. sedapnya ubi kayu rebus cicah nyor parut dah lama xmerasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah,
      makan begini mengundang nostalgia lalu.

      Padam
  7. Enaknya makan ubi rebus lawan dengan kopi o!

    BalasPadam
  8. sedap nih kak... dana masa kecik pun suka bakar ubi kayu...
    ambil depan rumah pokok ubi yang kecik2 je isi nya lepastu bakar... empuk sangat hehehe

    BalasPadam
  9. Sedapnya ubi rebus. Suka makan dengan sambal. Sedang elok pekena dengan kopi pekat tu kak amie.

    BalasPadam
  10. Syok tu makan ubi rebus dengan sekarang ni musim hujan. Macam2 bunyi kat belakang masa Googlemeet kekadang bunyi ayam berkokok pun ada hehehe...

    BalasPadam
  11. Nurhidana,
    sedapkan makan ubi kayu bakar... hehehe tiba-tiba teringin nak bakar ubi pulak...hiks!

    BalasPadam
  12. Azhafizah,
    memang sedap sangat makan dengan sambal... kalau rasa pedas, hirup kopi panas pulak...wallaaaaa!

    BalasPadam
  13. Tukang Kebun,
    hahaaa... kelakar betullah kalau ahli GM tak offkan suara... macam-macam bunyi!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe