September : Ulang Tahun Kelahiran Anak-Anak

4:50 PTG

Apabila Farid dan Fuad menyatakan hasrat untuk terbang pulang ke Lahad Datu pada 13 September 2020, Encik Suamilah orang yang nampak sangat gembira. Kata Encik Suami, nanti kita buat bacaan Yasin di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Pada masa yang sama, kita sambut ulang tahun anak-anak. Maklumlah, katanya semenjak Farid melangkah keluar dari Lahad Datu kerana melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Labuan pada 2013, bermula dari tahun itu kami tidak dapat menyambut ulang tahunnya bersama-sama. Begitu juga dengan Fuad. Ini disebabkan tiga beradik, Farid, Fuad dan Fairuz berkongsi bulan kelahiran. Jadi, pada hari Khamis malam Jumaat bersamaan 17 September 2020 tertunailah hasrat Encik Suami.

Yang menyambut ulang tahun tiga orang tetapi yang kecil itu nak masuk juga! Katanya kenapa hanya abang-abang tiga orang disambut, kenapa dia tidak? 

Kami pun bubuh nama Firdaus juga di atas kek red velvet yang ditempah. Abang Farid sudah berusia 25 tahun pada hari ini (30 September 2020), Fuad mencapai usia 22 tahun pada 14 September 2020 dan Fairuz pula baru mencecah 19 tahun pada 19 September 2020.

Hai anak! Walau sudah berusia puluh tahun tapi Mommy rasa seperti baru kelmarin membawamu pulang ke rumah dari hospital. Masih terasa kehairanan melihat paras wajah kalian buat kali pertama sebaik sahaja lahir ke dunia! Masih terdengar tangisan pertama dari peti suara kalian! Allahu Akbar. Betapa besar nikmat bahagia yang Engkau kurniakan buat kami. Syukur seribu syukur kepada-Mu ya Allah!

Inilah kumbang-kumbang penyeri rumah tangga kami! Ada kumbang emas, ada kumbang dewasa, kumbang remaja dan kumbang kecil di tengah-tengah itu!




Malam itu, dengan muka berminyak-minyak dan berkeringat, memang tak sempatlah nak bergaya.... ahaks!! Maklumlah sibuk di dapur memasak juadah untuk hidangan malam. Terima kasihlah anak-anak buah yang sudi ambilkan gambar kami.

Amie masak nasi arab dengan 3 jenis lauk iaitu ayam, lamb dan ikan.


Ada popia, samosa, serta buah-buahan.

Seperti biasa, ahli keluarga yang datang akan layan diri.
Fairuz melayan beberapa orang rakannya. 

Fuad pula membawa rakan-rakannya ke dapur. Di ruang tamu sudah penuh dengan ahli keluarga. Kawan-kawan Fuad ini semuanya sedang bercuti dan menunggu untuk kembali ke IPT masing-masing yang dijangkan pada bulan Oktober.


Barangkali agak letih, selera makan pun hilang. Oleh kerana sibuk melayan tetamu, Encik Suami dan anak-anak pun tak sempat makan. Ketika anak-anak buah tolong cuci pinggan mangkuk, kami pun makan isi perut..... ahaks!


Inilah rupa nasi Arab kesukaan, kenang-kenangan semasa makan Nasi Arab Mandi Wadi Qudait, dalam perjalanan dari Mekah menuju ke Madinah Al-Munawarah. Ada ikan goreng seekor, ayam goreng sepotong, cili hijau dan juga ketulan bawang merah dalam setalam kecil nasi Arab yang kami dinikmati bersama Bonda serta 3 orang jemaah umrah yang lain.

Sesungguhnya makan nasi Arab dengan ikan goreng tersangatlah sedapnya.... ikut selera Amie ler tu!

Atas permintaan Fuad dan Fairuz, Amie tidak lupa sediakan lamb sebagai lauk nasi Arab pada malam itu.

Ulang tahun Fuad disambut oleh abang sepupunya pada tarikh 14 September 2020. Katanya, kejutan untuk Fuad yang baru pulang dari Malaya. 
Buat anak-anak, jadilah insan yang berguna, berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, mensyukuri setiap rezeki yang diberi oleh-Nya, jauhi perkara mungkar dan sentiasa beramal baik.

24 comments

  1. Happy Birthday kepada September babies Amie! Senang macam tu. Celebrate sekali gus hah..hah.. Meriah sambutan hari lahir mereka maklumlah mak dia orang pakar memasak. Terliur PH tengok Nasi Arab dan lauk pauk yang Amie sediakan.

    BalasPadam
  2. happpy birthday buat putera2 Amies, semoga cemerlang dunia akhirat, cantik kek siap detail lagi :)

    BalasPadam
  3. Selamat hari jadi untuk mereka bertiga.
    Ramai sungguh makanannya.

    BalasPadam
  4. Nampak sedaaap nasi arabnya. Kalau di kampung saya, saat ulang tahun beberapa ada yang membuat tumpeng nasi kuning. Rasanya gurih karena dimasak dengan santan dan rempah.
    Selamat ulang tahun untuk putra putra kak amie :)

    BalasPadam
  5. Happy birthday untuk mereka.
    Budak2 ni, 10 kali birthday orang lain, 10x jugak birthday dia skali..hehehe

    BalasPadam
  6. anak sulung akak kalau orang tak kenal mesti ingat dia anak no 3, sebab kecil saiz dibandingkan adik-adiknya...

    best la boleh sambut sama-sama ye kak, si bongsu kenelah ada sekali kalau tidak naya kalau dia merajuk kak ehehhe...
    sedap semua menu akak tu, kalah hidangan di kedai...

    BalasPadam
  7. PH,
    terima kasih.
    Memang rezeki kami, sambut ulang tahun serentak.

    BalasPadam
  8. Ana Jingga,
    terima kasih atas doanya.
    Kek itu mesti ada nama budak kecik tu, kalau tak nanti riuh sampai pagi tak tidur asyik menanya hahaaaaa!

    BalasPadam
  9. Warisan Petani,
    terima kasih Wak.

    BalasPadam
  10. Dewi,
    terima kasih.
    Suka saya melihat Indonesian Cuisine. Menunya begitu bervariasi mengikut daerah dan budaya. Meriah!

    BalasPadam
  11. Tengku Sofia,
    terima kasih, sesekali bersilat di dapur untuk anak-anak. Itulah hasil kejadiannya.

    BalasPadam
  12. Norahida,
    betul tu, sebab mereka belum memahami erti sambutan hari ulang tahun heheeee!

    BalasPadam
  13. Norhidana,
    ya betul, memang badannya lebih kecil berbanding dua orang adiknya.
    Ikutkan hati memang tak larat nak sediakan semua tu, tapi suami dan anak-anak tolong, jadi ringanlah kerja.

    BalasPadam
  14. sanah helwah tuk putera-putera Amie. Rajinnya Amie masak semua hidangan. Semuanya nmpak sedap 😊😊

    BalasPadam
  15. WAH 5 ORANG HERO AMIE YA SANAH HELWAH MOGA SHT SJHTRA SUKSES DUNIA AKHIRAT

    BalasPadam
  16. Rajinnyaa Amie...sedap sungguh nampak...Selamat hari lahir buat semua hero Amie!

    BalasPadam
  17. Shima Jelani,
    terima kasih. Alhamdulillah diberi tenaga untuk siapkan hidangan itu semua.

    BalasPadam
  18. Siti Nadira,
    terima kasih. Alhamdulillah siap juga hidangan.

    BalasPadam
  19. Paridah,
    Ya, 5 hero termasuk ayahnya heheee... terima kasih!

    BalasPadam
  20. Dah besar heroes Kak. Yang bongsu meneman di rumah.

    BalasPadam
  21. Tukang Kebun,
    ya 3 hero besar, 1 hero kecik

    BalasPadam
  22. Yang kecik firdaus tu wajib menyelit sekali. hihi
    Happy birthday untuk semua. Semoga berjaya dunia akhirat. Aaminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      terima kasih doanya untuk hero kami.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe