Sembang Pagi : The Little Wuhan , HQE & Kumput / Lansa
11:23 PGSelamat pagi semua warga Malaysia, di Malaya dan Borneo. Moga urusan sepanjang hari ini sentiasa dipermudahkan walaupun kita masih lagi dalam usaha melawan virus yang tidak mengenal ampun ini! Pagi ini kami sembang-sembang di dapur tentang jumlah kes positif Covid-19 yang belum kunjung surut terutamanya di Sabah, termasuk daerah kami yang masih kekal merah.
Laporan 10 Oktober 2010 |
Hanya dua sahaja daerah zon hijau di Sabah iaitu Nabawan dan Tongod. |
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. |
Pagi ini Abang Farid dan Fairuz gotong rorong cuci pakaian dan kemas rumah. Fuad hantar Encik Suami ke klinik. Kata Encik Suami kakinya bisul. Balik dari klinik, rupanya kakinya terkena jangkitan kuman. Lepas makan ubat, bawa-bawa berehatlah.
Fuad pula, sekembalinya dari klinik, terus mengikuti kelas online. Baru teringat! Hari ini hari Ahad. Kata Fuad: Inilah Johor. Ahad pun ada kelas.
Tak apalah anak-anak. Buatlah semampu yang boleh walaupun terpaksa belajar secara online. Terima kasih ringankan kerja Mommy hari ini.
KITA JAGA KITA!
16 comments
sedapnya breakfast tu, semoga cepat2 pulih sabah!
BalasPadamsemporna jadi the little wuhan ? sedihnya kenyataan ni.. moga semua cepat sembuh huhuh
BalasPadamTerkejut ada gelaran Little Wuhan pula.
BalasPadamSyaz,
BalasPadampray for Sabah... pray for seluruh negara yang terjangkit covid.
Atie,
BalasPadamye, betul... sudah digelar The Little Wuhan.
NA,
BalasPadamye, semua terkejut... tapi itulah kenyataannya.
Semoga cepat2 sembuh kes di Sabah ni. Ketua Menteri pun dah masuk wad Hospital Elizabeth positive Covid19.
BalasPadamAmie take care ya!
BalasPadamsemakin hari semakin naik..kes ratus2 dah
kita jaga kita. Patuh SOP.
Harap2 cepat redanya.
BalasPadamAllahuakbar. Tak dapat bayangkan keadaan di sana. Semoga semuanya terkawal dan kes makin menurun. Aaminnn
BalasPadamJohor memang tak cuti hari ahad. Kadang balik kampung nak jumpa anak buah hari ahad, lupa dia sekolah.
Tukang Kebun,
BalasPadammakin kritikal dah sekarang... aduhai, negeri Selangor saya, KL & Putrajaya pun sudah diperintahkan PKPB mulai 14-27 Oktober ini.
Shida,
BalasPadamsama-sama KITA JAGA KITA.
Warisan Petani,
BalasPadamAamiin ya Allah.
Azhafizah,
BalasPadamMudah-mudahan... kita hanya mampu berusaha yang terbaik dan berdoa. Selebihnya hanya kepada Allah kita serahkan.
bila tgk kat kg Bangun-Bangau ms dtg sn hari tu, no wonder ia cpt merebak. kawasannya agak padat... dkt pula dgn hospital...
BalasPadamDear Anies,
BalasPadambetul tu... bila saya teringat semula bergerak dari jeti bangau-bangau ke Pulau Pom Pom, dan ke Pulau Timbun Mata, seram pulak rasanya.