Menu Tengahari DSSS Hari 10 - 22
8:50 PTGJumpa lagi dalam perkongsian pemakanan seimbang. Alhamdulillah Amie masih lagi meneruskan usaha Diet Suku Suku Separuh. Sebenarnya apabila Amie lihat semula gambar-gambar DSSS sebelum ini nampak beberapa kelemahannya seperti kuantiti fiber yang tidak sampai separuh pinggan, tetapi sumber protein terlebih dari sukatan suku! Tak apa. Kalau tidak buat silap, tidaklah dapat pengajarannya. Lagi satu Amie tidak mahu ada tekanan dalam hal makan-makan ini. Mana yang mampu Amie buat, Amie teruskan. Yang kurang mampu dilakukan, boleh buat perlahan-lahan. Bukan mudah untuk ubah tabiat pemakanan dari nasi dua pinggan menjadi 1/4 pula! Ada kalanya Amie terlepas juga. Memang sukar untuk mengunyah ulam-ulaman setengah pinggan. Anak-anak makan berketul-ketul ayam goreng, kita mengunyah sayur macam kambing..... kah!
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan dalam usaha Amie untuk kurangkan berat badan dengan pemilihan makanan seimbang. Kepada rakan-rakan yang ingin memulakan DSSS, Amie sangat alu-alukan. Bolehlah kita bertukar-tukar dan berkongsi menu. Amie sangat hargai semua teguran dan saranan daripada rakan-rakan sekalian untuk penambahbaikkan DSSS ini. Semoga dengan paparan menu (yang ada kalanya tergelincir dari landasan) dapat dijadikan sebagai rujukan dan pembakar semangat buat rakan-rakan blogger yang ingin melakukan DSSS. Bagi Amie, DSSS sangat mudah kerana hanya perlu fikirkan sumber kabohidrat, protein dan fiber di dalam setiap pinggan hidangan.
Kali ini Amie kongsikan lagi 13 menu makan tengahari Diet Suku Suku Separuh.
Menu Tengahari DSSS Hari 10 Karbohidrat - nasi beras basmathi Protein - ayam masak sate tanpa rasa gula Fiber - selada hijau, lobak merah celur, timun dan bawang Bombay |
Menu Tengahari DSSS Hari 11 Karbohidrat - nasi beras basmathi Protein - ikan tuna masak asam pedas Fiber - ulam kacang bendi celur & buah epal |
Menu Tengahari DSSS Hari 12 Karbodidrat - nasi beras basmathi Protein - dada ayam kukus Fiber - sayur lobak merah, taugeh dan kucai goreng kilas & buah oren |
Menu Tengahari DSSS Hari 13 Karbohidrat - nasi beras basmathi Protein - udang kukus Fiber - kobis bunga & selada hijau |
Menu Tengahari DSSS Hari 14 Karbohidrat - nasi beras basmathi Protein - ikan cencaru panggang & tempe goreng Fiber - selada hijau & ulam kacang panjang |
Menu Tengahari DSSS Hari 15 Karbohidrat - nasi Protein - ikan kerisi masak singgang Fiber - jantung pisang celur, petai dan kacang bendi |
Menu Tengahari DSSS Hari 16 Karbohidrat - nasi beras basmathi Protein - ikan putih masak singgang Fiber - red & green coral & petai |
Menu Tengahari DSSS Hari 17 Karbohidrat - nasi beras basmathi Protein - ayam masak sate tanpa gula Fiber - selada hijau, timun & Buah oren |
Menu Tengahari DSSS Hari 18 Karbohidrat - nasi beras basmathi Protein - ikan cencaru panggang & tauhu goreng Fiber - daun salad, kacang panjang & petai |
Menu Tengahari DSSS Hari 19 Karbohidrat - nasi beras basmathi Protein - ikan putih goreng Fiber - Romaine lettuce, kacang panjang & tomato |
Menu Tengahari DSSS Hari 20 Karbohidrat - nasi Protein - ayam kukus panggang Fiber - butterhead, brokoli & lobak merah celur & timun |
Menu Tengahari DSSS Hari 21 Karbohidrat - nasi Protein - ikan tenggiri panggang Fiber -sayur remayung & lobak merah goreng kilas & belimbing |
Menu Tengahari DSSS Hari 22 Karbohidrat - nasi Protein - ikan kembung sumbat sambal tomato panggang Fiber - daun selasih, kacang bendi & betik |
30 comments
Seronok tengok kepelbagaian menu Amie.. betullah Amie, kadang rasa macam kambing kunyah sayur banyak2, huhu
BalasPadamSeri Kandi,
Padamnak pujuk hati amalkan DSSS lah tu kononnya, jadi bagi variasi sikit dlm setiap hidangan.
Chaiyok3x Amie. Saya pun rasa perlu diet nie. Boleh ikut menu Amie hehehe 😊
BalasPadamShima,
PadamTerima kasih. Marilah amalkan pemakaban seimbang, ada kawan tambah semangat nih.
MAKANAN SEIMBANG TERBAIK N MENYELERAKAN
BalasPadamParidah,
Padamin shaa Allah, banyak kali dinasihatkan setiap kali pemeruksaan kesihatan, sekarang baru timbul rasa nak disiplinkan diri.
Menu Amie sedap2 belaka! Cara penampilan pun amat menarik dan menambah selera!
BalasPadamPH,
PadamTerima kasih. Mudah-mudahan dengan susunan hidangan DSSS begini, saya akan terus konsisten amalkannya
i tak boleh makan yg ada petai tu, nanti akan bertambah nasi .. hancur diet
BalasPadamAtie,
Padamnakal petai tu kan... menggoda selera hihihiii.
Semoga Amie berjaya dalam misi ni.
BalasPadamUjie,
Padamterima kasih banyak, mudah-mudahan terus bersemangat.
Don't give up Kak Amie. Semoga terus konsistent dan mencapai matlamat dengan berjaya!
BalasPadamSy tak ada menu nak share tapi dulu pernah berdiet ikut panduan 21 hari cabaran untuk kurus eat clean aizat razak, fatin ayuni dan khairul azuan. Bagus buku tu kak amie, dia ada tips dan juga cadangan menu hidangan setiap hari.
Azhafizah,
Padamterima kasih, harap matlamat utama untuk amalkan gaya hidup sihat akan tercapai, dan diteruskan seumur hidup. In shaa Allah.
All the best kak Amie <3
BalasPadamsaya pun tgh onnnzzz :))
tapi cara saya sendiri.
Shida,
PadamAlhamdulillah. Setuju dengan amalan cara sendiri, tidak tertekan dan in shaa Allah kita gembira dengan apa yang kita lakukan.
saya pun tgh mengamalkan menu sihat spt puan.
BalasPadamAbam Kie,
PadamAlhamdulillah, kekalkan pengambilan makanan seimbang.
nak diet cara sihat
BalasPadamstop 3 perkara ni
1. Gula tak boleh ambil langsung gantikan dgn pemanis semulajadi dgn stevia/kurma/madu
2. Makanan proses stop
3. Tepung gandum pun dilarang ambil
semoga sihat selalu
Hasliynda,
Padamterima kasih, betul tu, banyak panduan dan jenis diet, yang penting kena konsisten dan tidak berasa stress.
Semuanya nampak menyelerakan,kang dsss jd penuh pinggan
BalasPadamKamsiah,
PadamGodaan dan dugaan.
Comeiii temple bulat bulat.
BalasPadamSaya kalau ada Sambal bahaya jadi rasa nak tambah tambah
Tukang Kebun,
Padamtanpa sambal macam tak lengkap hidangan kan?
wah banyaknye menu....
BalasPadamHenrie,
PadamAgar tidak jemu makanan yang sama setiap hari.
Sedapnya 😋😋😋
BalasPadamZumal,
Padamterima kasih.
Demi nak sihat memang kena korban sikit. Kalau saya suruh mkan camni mau nangis sebab kurang suka sayur
BalasPadamSalbiah,
Padambosan dah asyik kena nasihat supaya turunkan berat badan, jadi usahalah juga pelan-pelan.