Ikan Susu @ Bolu @ Lunak Goreng Tanpa Tulang

8:32 PTG

Selalu juga Amie masak dan makan ikan susu @ bolu @ lunak. Masak lemak cili padi, masak lemak tempoyak, masak asam pedas, masak singgang, masak pindang, panggang dan goreng kerak-kerat begitu saja. Pernah juga beberapa kali beli ikan ini, ikan yang sudah dibersihkan dan dibuang tulang tapi hanya panggang sahaja. Setelah beberapa kali makan ikan susu @ bolu @ lunak goreng tanpa tulang di beberapa buah restoran, akhirnya ingin cuba untuk goreng di dapur sendiri! Kebetulan kelmarin petang, ada seorang rakan yang suka ikut kelas masakan Kak Yong's Cookies kongsikan beberapa jenis ikan dalam WhatsAap. Apabila terpandang ikan bolu tanpa tulang, cepat-cepat kita order, dan hanya tunggu runner untuk hantar ikan ke rumah.

Inilah hasil kejadian ikan susu @ bolu @ lunak goreng tanpa tulang!

Kalau makan di restoran, ada ulam-ulaman dan juga semangkuk kecil sup kosong, tapi di dapur sendiri ikut kita punya citarasa dan nak makan dengan apa....ahaks! Pada mulanya risau juga takut ikan susu goreng tanpa tulang tak menjadi crispy seperti yang pernah kami makan di restoran. Tawakal sajalah. Bubuh garam kunyit dan lumur sedikit tepung jagung, kemudian goreng tenggelam dalam minyak yang banyak. Nak tanya di restoran, goreng dengan apa, rasa segan pulak... ahaks! Ada pun ikan susu goreng tanpa tulang yang dihidangkan tidak sama rasa bahan yang digunakan dalam setiap restoran. Tentu mereka ada resepi tersendiri.

Sementara menunggu ikan digoreng dalam kuali kita pun panggang juga ikan susu dalam kuali ajaib. Encik Suami nak makan yang dipanggang. Dia suka ikan panggang yang 'basah'. Maknanya tidaklah panggang terlalu lama sampai ikan itu jadi kering.

Ekor ikan susu ini terpaksa dipotong sebab takmuat duduk dalam kuali apabila ditutup. Kita tengok pula apa kejadian ikan susu goreng di sebelah tu.

Nampaknya ikan susu tanpa tulang boleh 'diurus' dalam kuali! Dia pergi ke tepi kuali. Kalau begini, lain kali boleh goreng 2 ekor sakali harung dalam sekali gorengan. Tak apa. Ini kali pertama cubaan menggoreng ikan susu.

Wah! Ikan susu tanpa tulang berjaya digoreng dengan cemerlang!

Ini dia dua ekor ikan susu @ bolu @ lunak goreng tanpa tulang!
Tak sabar nak makan!

Ikan panggang 'basah-basah' pun siap!

Jom kita makan.
Ada kerabu pucuk paku dengan taugeh campur kerang.
Ada ulam timun dan tempe goreng.
Ada sambal belacan dan ada bawang putih dengan cili jeruk.
Tak lupa, keropok yang Bonda kirim sewaktu Farid dan Fuad ziarah ke kampung sebelum balik ke Sabah bulan lepas.

Anak-anak kata sedap sungguh ikan susu@ bolu tanpa tulang digoreng garing. Krukkk krraaappp...kruukk kraaap meratah. Ikan susu goreng garing memang sedap, tapi ikan susu panggang pun anak-anak licinkan juga!

17 comments

  1. Wah bagaimanalah keluarkan tukang daripada ikan susu ya?
    Menarik.

    BalasPadam
  2. NA,
    Itu yang kami selalu cari rahsia macamana boleh keluarkan semua tulang, satu pun tak tinggal!

    BalasPadam
  3. sedapnya semua hidangan nama ikan2 tu pun unik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paridah,
      kadang-kadang tak sama nama bagi lain negeri kan.

      Padam
  4. slm akak, tempe tuh mcm bulat2 la..ader jual yer saiz gitu..heheeh

    BalasPadam
  5. Norliza,
    Ye, tempe di Sabah ada yg bentuk selinder. Apabila dipotong, bentuknya jadi bulat.

    BalasPadam
  6. sedapnya..yg panggang & yg goreng..

    BalasPadam
  7. Atie,
    sedap ni, tak ada tulang langsung.

    BalasPadam
  8. Nohas,
    yang goreng rangup, yang panggang lembut... jemput!

    BalasPadam
  9. Oh pakai tepung Jagung ya. Tukang Kebun kalau goreng tepung ni selalu tak pass hehehe kena pass suami yang buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      Saya cuba-cuba saja lumur dgn tepung jagung. Menjadi pulak. Rangup!

      Padam
  10. Akak selalu cerita ikan bolu ni buat saya teringin betul nak rasa. Sampai Sabah wajib rasa ni.

    BalasPadam
  11. Azhafizah,
    dengarnya di Rumah Hutan, Bonda Rozita Ibrahim tu... ada hidangan ikan ini di restorannya. Dia panggil ikan lunak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe