Ikan Reben Vegetarian Panggang
3:27 PTGHari ini agak lewat masak untuk makan tengahari. Kerja-kerja online yang dibuat kadang-kadang melekakan sampai tak ingat waktu! Abang Farid sudah bersedia untuk memesan makanan dari luar kalau Amie tak sempat masak. Sudah pukul 11:47 tengahari. Pagi tadi sempat masak bubur nasi campur jagung. Encik Suami nak makan bubur itu saja, tapi katanya bubuh sayur. Ok. Siap satu kerja. Kerja seterusnya, masak untuk anak-anak. Tak lama lagi Fuad akan berhenti rehat dari kuliah online sebelum sambung semula pada pukul 2 petang. Abang Farid membantu Firdaus menyiapkan kerja projek bahasa Inggerisnya. Fairuz pula menyambung kerja amalnya.
Setelah menekan butang on rice cooker, terfikir pula nak masak lauk apa. Goreng telur sajalah, dan masak sayur sedikit. Tiba-tiba teringat bungkusan Ikan Reben Vegetarian yang dibeli minggu lepas. Eloklah panggang ikan reben vegetarian itu saja. Mudah dan cepat.
Kalau Abang Farid dan Fuad tak mahu makan ikan reben vegetarian, ada telur dadar dan sayur. Sambal belacan kesukaan Fuad pun masih ada. Maklumlah, anak-anak ini, kalau jumpa makanan yang tak biasa dihidang atau dimakan, susah sikit nak menjamahnya.
23 comments
Oh tofu and seaweed (nori).Bijak juga pengeluaran produk ni.
BalasPadamTukang Kebun,
BalasPadamsedaplah pulak. Lain kali nak try masak sup pula.
Warna-warni hidangan. Macam hendak makan!
BalasPadamNA,
BalasPadamJom makan sama.
cantiknyaaa gambar plating macam tu..
BalasPadamrasa lapaq saya tengok..
Siti,
Padamjemput makan ikan reben.
this looks so healthy ni
BalasPadamAtie,
Padamterima kasih.
First time nampak ni kak. Macam sedap rupanya tu.
BalasPadamAzhafizah,
PadamSedap ni, boleh masak macam-macam cara.
SEDAP ....allahu nak try jugaklah nanti
BalasPadamAzlindah,
Padamsilakan try masak.
Dah lapar ...sedap.. bagus..makan Dulu ...info later..
BalasPadamG,
Padamya, layan perut dulu.
tk pernah dgr ikan reben
BalasPadamNama Tisya,
Padamada, ribbon fish
NENU SIHAT TERBAIK AMIE
BalasPadamParidah,
Padamterima kasih.
Wah nampak sedap dan best hidangan tu.. tapi tak pernah dengar nama reben tu.
BalasPadamTerliur melihat menu tu
BalasPadamZumal,
Padamjemput ye.
Confirm sedap ni
BalasPadamFirst time tahu pasal ikan reben tu.. menarik..
BalasPadam