Aktiviti Petang di Sekitar Jeti Pulau Pom Pom
1:17 PTGPukul 3 petang, kami bergerak ke jeti. Ketika itu ramai pengunjung resort menyertai aktiviti diving. Untuk aktiviti ini, bayaran khas dikenakan.
Pemandangan jeti dari resort.
Pemandangan ke pintu masuk resot.
Aktiviti merakam gambar ketika ini sungguh menyeronokkan sebab cahaya semulajadi membantu mendapatkan hasil yang terang. Amie dan Kam bergerak ke jeti lebih awal dari yang dijadualkan. Pengunjung lain yang kebanyakannya keturunan Cina (bukan dari negara China) masih berehat di bilik. Jadi, mudahlah untuk rakam pemandangan tanpa gangguan.
Misa, Risa dan Yantie sudah masuk ke dalam air!
Tak sabar-sabar dah untuk berkayak!
Akmi, Sue, kakak serta abang ipar Sue menyertai aktiviti diving.
Okey Sue.... Okay Akmi dan lain-lain! Selamat menyelam. Harap jumpa penyu di dasar laut. Kirim salam sama itu penyu!
Gigih sungguh kawan kami berdua ini imbangkan badan dalam sampan! Akhirnya mereka berjaya mengayuh!
Amie dan Kam pun tak lepas peluang untuk mendayung sama!
Tapi hanya berani berkayuh di tepian pantai saja!
Jernih dan bersih sungguh air laut di sini!
Memang tak sedar diri nak berlama-lama di atas air!
Waktu itu tak terfikir muka habis rentung!
Sebulan jugalah nak pulihkan ke wajah asal... ahaks!
Tapi tak jadi naik buai sebab makin dituju, makin tenggelam ke paras dada pula.
Jadi kami naik ke darat.
Ternampak satu lagi buaian di tepi pantai berair cetek.
Mari berbuai sana Kam!
Di belakang sanun, latar belakang pulau dengan permukaan laut disinari cahaya matahari petang!
Cantik sungguh air laut berwarna perak dipanah sang mentari!
Kami naik semula ke darat. Duduk-duduk di atas pasir pantai, di bawah pokok redup.
Replika dolphin ini sama seperti rangka besi yang terdapat di atas buaian di tepi laut.
Nyamannya berbuaian di sini sambil menikmati tiupan angin laut!
Yanti bersantai-santai di dalam biauan.
Kam duduk merenung ke arah jeti.
Nun di hujung sanun, Misa dan Risa masih mengayuh sampan! Tak tahu berapa lama mereka berdua mendayung! Seronok betul nampaknya!
Kata Misa dan Risa, mereka hendak menjemput Akmi naik sampan pula. Akmi, Sue dan yang lain belum lagi timbul ke permukaan. Mungkin masih menyelam mencari sang penyu yang dikatakan banyak terdapat di sekitar Pom Pom Island! Amie dan Kam tidak sabar untuk balik ke bilik. Nak mandi! Nak bersihkan badan!
Yantie... baik-baik dayung kolek tu!
16 comments
cantknya...seronoknya...jeles la nengoknya...air yg jenih..pemandangan yg cantik..subhanallah..
BalasPadamsubhanallah jernihnya air!
BalasPadamSubhanallah cantiknya pemandangan, persekitaran, cuaca, orang-orangnya semuanya perfect! Harapnya ada rezeki sy ke sana juga aamiin
BalasPadamKamsiah,
BalasPadammarilah jalan-jalan ke sini.
Syaz,
BalasPadamjernih dan bersih, banyak penyu.
Puan Hazel,
BalasPadamIn shaa Allah. Mudah-mudahan dapat jejak kaki ke sini suatu hari nanti.
tak dinafikan mmg cantik kawasannya... tp x puaskan? rasa mcm nk ddk lama2 je kt sini😆😆
BalasPadamDear Anies,
BalasPadamMungkin tiga hari dua malam baru puas di sini.
buaian atas air tu , bestnya ! teringin nak naik
BalasPadamAtie,
BalasPadamleka berbuai di situ... Best!
bestnya! Banyak tempat lawa ambil gambar banyak-banyak. aktiviti pun best²
BalasPadamJernihnya air! Dengan suasana sebegini memang kena stay lama sikit baru puas ni 😊
BalasPadamShore diving menarik juga... Hehehe tapi nak keluar balik bila basah kuyup mencabar gak nak angkat tangki di belakang.
BalasPadamWah best kalau saya tak keluar keluar dari air.
Azhafizah,
BalasPadamSyukurlah ada tempat untuk rehatkan minda sambil suka2 ambil gambar.
Farrah,
BalasPadamBetul tu, 3 hari 2 malam memang tempoh masa paling sesuai.
Tukang kebun,
BalasPadamentah berapa kali petang tu kami balik, mandi, tukar baju, keluar lagi hihihiiii.... Sib baik resort tu tepi pantai.