Sarapan di Pagi Minggu

11:14 PG

Selepas solat Subuh, Fairuz kata perutnya lapar! Abang Farid pula sudah bersedia untuk mencuci pakaian dengan memisahkan jenis-jenis pakaian yang hendak dicucinya. Tuala dengan tuala. Kain dengan kain. T-shirt dengan T-shirt. Seluar dengan seluar. Fuad akan mengikuti kelas online seawal pukul 8 pagi. Firdaus pula, Amie suruh cepat-cepat mandi. Lepas sarapan, boleh siapkan kerja sekolah yang masih berbaki. Maklumlah setiap hari dapat tugasan. Kalau hari ini belum siap, akan bertambahlah kerja rumahnya sebab esok akan dapat kerja lain pula!

Encik Suami, dua hari lepas menjalani pembedahan bisul di bawah lututnya di klinik swasta. Nampaknya kena banyak berehat supaya cepat sembuh. Solat pun Encik Suami buat dengan cara duduk.

Abang Farid, Fairuz dan Firdaus bersarapan di dapur dengan hidangan ala-ala American Breakfast. Selepas bersarapan, Abang Farid bersama Fairuz bergotong-royong membersihkan rumah dan mencuci pakaian pula. Fuad tidak mahu diganggu. Hari ini jadual kuliahnya tamat pada pukul 5 petang.

American Breakfast

Mee Hoon Sup

Encik Suami meminta Amie buatkan sarapan Mee Hoon Sup. Ala-ala koboi juga ni, tapi macam sedaplah pulak! Memang nampak sedap sebab hanya buat satu mangkuk saja.

Antara menu sarapan pagi kami sepanjang minggu ini termasuklah nasi goreng ikan. Lama tak buat nasi goreng campur lebihan ikan goreng! Teringat sewaktu kecil dahulu, kalau Bonda buat nasi goreng bubuh lebihan ikan goreng, enaknya tak terperi! Anak-anak kata, sedap betul!

Sana-sini viral roti canai sarang burung, kita pun nak buat juga. Tak ada stok roti canai segera. Nak buat malas pulak. Ada roti pharata. Kita gunakan sajalah. Tengah makan, teringat belum ambil gambar.... ahaks!


Menu kegemaran anak-anak : Jemput-jemput jagung dengan udang. Goreng berapa banyak pun tetap licin!

Dua hari lepas, adik ipar dan biras datang melawat Encik Suami. Amie sedang mengisi inti ke dalam kulit wantan. Amie pun tinggalkanlah di dapur. Baru sempat buat 11 keping. Kononnya untuk minum petang. Bila adik ipar dan biras pulang, hari sudah menjelang senja. Amie pun goreng sajalah yang 11 keping. Selebihnya, kulit wantan dan intinya kita simpan. Anak-anak kata tak puas makan. Keesokan pagi, kita buatkan lagi sehingga habis lebihan inti dan kulit wantan.
Oleh kerana kulit wantan sudah habis, dan masih ada baki inti jadi Amie gunakan kulit gyoza pula seperti di bawah ini.

Sekian cerita di pagi minggu. Selepas ini Amie akan ke dapur untuk sediakan hidangan tengahari. Sebentar tadi Fuad turun. Amie sangka hendak bersarapan, tetapi rupanya mencari speaker. Katanya, suara pensyarah tidak jelas.

Harap di antara bujang bertiga itu, tidak ada yang mengutip cukai American Breakfast Fuad yang belum dijamahnya ini!

22 comments

  1. Wow, menu-menu yang sangat menyelerakan

    BalasPadam
  2. KALAU DEKAT MAHU JUGA MENUMPANG SANTAP HEH..HEH..

    BalasPadam
  3. Dunia Zumal,
    terima kasih, jemput ye.

    BalasPadam
  4. Syaz,
    alhamdulillah, ada juga anggur di pasar time PKPB.

    BalasPadam
  5. Paridah,
    marilah sini... sarapan sekali.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Warisan Petani,
      jemput makan jemput-jemput Wak.

      Padam
  7. Hebat kak amie. Bermacam macam juadah setiap hari yang menyelerakan. hihi, mesti ada yang tak berani mengcukai tu. marah tuan punya belum makan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      kebetulan berkurung sempena PKPB. Nanti dah kuar kerja, dapur sepilah semula. Ada tu yang mencukai, mana yang boleh ditarik sikit-sikit hihihiiii.

      Padam
  8. Balasan
    1. Tukang Kebun,
      nanti dah habis PKPB, pandai-pandailah cari sarapan sendiri..... kah! Tak banyak masa dah nak masak di dapur.

      Padam
  9. alahaiiii semuanya sedapppp plg win bg sy jemput2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Anies,
      berul tu, Anak-anak tak pernah jemu makan jemput-jemput tu.

      Padam
  10. fancynya breakfast!! boots up mood for the day kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      ye betul tu, mulakan hari dengan sesuatu yang menarik mata dan hati.

      Padam
  11. Semua hidangan nampak menyelerakan 😊

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe