Menu Tengahari DSSS Hari 1 - 4

4:32 PTG

Saya Nak Hidup Sihat? Selama ini tak sihatkah? Sihat wal afiat. Alhamdulillah. Saya nak hidup sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat! Umur pun sudah mula berkilau-kilauan emas. Sampai bila  asyik jeling-jeling saja piramid pemakanan sihat? Mencegah lebih baik dari mengubati. Tiap kali timbang badan, begitu-begitulah beratnya, tak menurun tapi menambah adalah. Lama dah sedar diri, berat berlebihan dan kena turunkan. 

Memulakan adalah sesuatu yang sukar! Betul. Tapi kalau tak mula, macamana kita boleh tahu tahap kesukarannya, gagal atau jayanya? Nenek moyang kita kata, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang. Kalau tidak peduli amalan gaya hidup sihat, macamana kita ada jaminan untuk sentiasa sihat? Salah satu amalan hidup sihat sudah tentulah dengan pengambilan makanan yang seimbang. Ini bukan cerita nak diet makan untuk kurus! Saya nak hidup sihat, tapi pada masa yang sama kalau jadi kurus, itu kira bonus!

Pembelajaran itu satu proses sepanjang hayat. Walaupun dah berusia, bukan bermakna semua ilmu itu sudah penuh di dada! Ilmu kena dicari. Mungkin sudah ada di depan mata, tapi buat-buat pejam mata pulak... ahaks! Amie tak malu untuk mengaku sedang belajar memulakan amalan pemakanan sihat. Amalan ini belum sempurna, masih merangkak, masih ada yang tak betul tapi tak salah kalau kita mencubakan?

Kononnya nak cuba DSSS : Diet Suku Suku Separuh semasa pengambilan makan tengahari.

  • Suku pertama : Isikan suku pinggan dengan nasi atau roti atau sumber karbohidrat yang lain
  • Suku kedua : Isikan suku pinggan dengan ikan atau ayam, atau daging, atau kekacang  atau sumber protein yang lain.
  • Separuh : Isikan separuh pinggan dengan sayur atau buah atau sumber fiber.

DSSS Hari Pertama

Karbohidrat : Nasi
Protein : Ayam goreng
Fiber : Daun salad, timun, tomato dan sup sayur sawi

DSSS  Hari Kedua

Karbohidrat : Nasi
Protein : Ikan kerisi goreng
Fiber : Sup sayur sawi pahit dengan betik
Komen Abang Farid : Diet tak memenuhi piawaian. Sumber fiber tak nampak separuh!


DSSS Hari Ketiga

Karbohidrat : Nasi
Protein : Ayam masak halia
Fiber : brokoli celur & tomato


DSSS Hari Keempat

Karbohidrat : Nasi
Protein : Ikan tongkol masak kicap
Fiber :Sup sayur campur & ulam timun


Amie cuba DSSS ikut kemampuan dan tidak terlalu memaksa diri untuk meninggalkan makanan kegemaran seperti sambal belacan... ahaks! DSSS hari kedua tu nampak kelakarlah pulak! Tak cukup bahagian yang separuh itu! Tak apalah, dimaafkan. Namanya pun sedang dalam proses belajar.
Selain amalan pemakanan seimbang, jangan lupa perkara-perkara berikut yang memang menyumbang ke arah gaya hidup sihat:
  • Minum air kosong secukupnya. Elok juga ambil jus buah-buahan segar. Buat sendiri di rumah, dan kalau boleh jangan tambah gula.
  • Bersenam. Buatlah badan anda berpeluh. Tak dapat berbasikal atau berjoging, berjalan kaki pun boleh.
  • Lakukan aktiviti yang kita suka. Kita akan lebih gembira dan bersemangat. Ini boleh mengurangkan stress. Ingat, stress salah satu penyumbang utama sesuatu penyakit!
  • Rehat. Sesibuk mana pun mesti luangkan masa untuk merehatkan diri, bercuti atau bersantai merehatkan minda untuk mengurangkan tekanan akibat penat bekerja.
  • Tidur yang mencukupi. Sebaiknya tidur sebelum pukul 10 malam, untuk mendapatkan semula tenaga pada keesokan hari.
  • Pengambilan Supplemen. Ini sangat penting terutama bagai mereka yang tidak ada masa rehat dan tidak sempat makan. 
  • Berfikiran positif. Sentiasa bersangka baik, dan berlapang dada. In shaa Allah jiwa akan tenang dan dapat menjalani hidup penuh gembira. Selalu ucapkan syukur atas nikmat hidup yang Allah kurniakan,
Rancangan DSSS ini timbul beberapa hari lepas setelah hampir satu bulan duduk berkurung di rumah. Mudah-mudahan terus istiqamah dalam usaha untuk hijrah ke arah hidup lebih sihat! Cabaran ni tau!

15 comments

  1. Nampak sedap je menu diet Amie ni. Ada sambal belacan memang pembuka selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujie,
      cuba-cuba suku-suku separuh, harap taklah sekadar hangat-hangat hangat tahi chicken hihihiiii.

      Padam
  2. air masak secukupnya paling penting kan ..

    BalasPadam
  3. Nak amalkan DSSS ni takut tak kenyang
    Tak larat nanti nak kerja kebun

    BalasPadam
  4. Warisan Petani,
    Wak memang tak boleh sebab kena ada banyak tenaga, sumber karbo Wak kena ambil lebih.

    BalasPadam
  5. Semoga berjaya Amie!saya kena rajin memasak kalau nak mula DSS ni
    Terima kasih beri inspirasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti Nadira,
      Jom sama-sama amalkan pengambilan pemakanan sihat. Banyak kali dah saya dinasihatkan turunkan berat badan kalai buat pemeriksaan kesihatan, tapi baru sekarang nak mulakan. Itu lebih baik dari tak buat langsungkan... Hihihiii.

      Padam
  6. diet pun ttp nmpk sedap...x pe pelan2 insya allah boleh berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Anies,
      Terima kasih, mudah-mudahan terus istiqamah dalam usaha ini.

      Padam
  7. Diana,
    banyak pilihan cara berdiet, barangkali ikut keperluan dan kemampuan serta penerimaan tubuh kita kot.

    BalasPadam
  8. MOga dapat buat sepinggan lgkap mcm tu kak Amie..
    kalau dak bedal saja ^_^

    BalasPadam
  9. Shida,
    jom Shida... tiada istilah terlewat untuk melakukannya... ahaks!

    BalasPadam
  10. Sedap menu DSSS Kak Amie. Sedap ikan kerisi goreng camtu. favourite juga tu makan dengan sambal belacan. Terima kasih kongsikan idea hidangan lengkap DSSS ni. Semoga dengan jaga pemakanan, kesihatan kita bertambah baik. Semoga berjaya kak!

    BalasPadam
  11. Azhafizah,
    terima kasih atas doanya, moga kakak terys istiqamah memilih pemakanan sihat. Dah banyak kali dinasihat untuk turunkan berat badan. Dah sampai seru orang kata.... ahaks!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe