Cerita Mencuit Hati dari Dapur
9:42 PTGSepanjang minggu ini anak-anak sibuk dengan urusan pembelajaran masing-masing. jadi, tak dapatlah luangkan banyak masa di dapur. Paling banyak berada di dapur sudah tentulah Abang Farid. Kalau ada pinggan mangkuk kotor di sinki, dialah yang akan mencuci. Dan waktu malam, sebelum masuk tidur Abang Farid sekali lagi pastikan dapur dalam keadaan bersih, tidak ada pinggan mangkuk kotor yang tidak dicuci. Sekarang, lori sampah datang tidak menentu, dan tidak mengikut waktu. Ada sekali, Encik Suami terdengar bunyi lori sampah lalu di hadapan rumah pada pukul 4:20 pagi! Tak sempat nak keluarkan tong berisi sampah keluar pagar! Nak letak sebelah petang, takut sebelah malam datang anjing selongkar pula. Semenjak Encik Suami terpaksa berehat, kerja membuang sampah dilakukan oleh Abang Farid dan Fairuz. Seminggu dua ini lori sampah datang selepas Subuh pula iaitu lebih kurang pukul 5:30 pagi. Jadi, selepas solat Subuh, apabila terdengar bunyi lori sampah datang, cepat-cepat Fairuz buka kunci pagar, dan Abang Farid keluarkan tong sampah.
Anak-anak suka makan jemput-jemput udang campur jagung, tapi mereka kata asyik tak puas makan. Mommy goreng sikit sangat. Buatlah lebih sikit. Jadi Amie pun buatlah cucur udang, bubuh macam-macam aksesori dan memang banyaklah hasilnya. Cucur udang ini Amie campur tepung gandung dengan tepung beras dan tambah sedikit tepung jagung. Amie bubuh isi udang dalam adunan, jagung, daun kucai, daun bawang, taugeh, cili merah dan cili hijau serta telur. Bila digoreng, cucur udang rangup di luar, lembut di dalam.
Hari Khamis malam Jumaat lepas, Fuad ikut majlis bacaan Yasin di kampung. Encik Suami tak dapat hadir majlis sebab masih dalam tempoh berehat. Biras bekalkan coto Makassar untuk Fuad bawa pulang. Lama tak makan coto Makassar. Coto yang ini ditambah pentolan @ bebola daging.
Masak Nasi Goreng Kimchi sekali lagi. Ini pun anak-anak tak ada yang tahu Amie bubuh kimchi. Kali ini Amie bubuh isi ayam. Melihat anak-anak makan, dalam hati ketawa geli hati. Fuad dan Firdaus kuis-kuis hirisan kimchi. Agaknya Amie hiris agak kasar, tak halus seperti yang Amie masak sebelumnya. Ketika hendak hiris kimchi kobis, tiba-tiba Farid masuk dapur sebab Firdaus minta gorengkan telur. Tapi Farid kata, tak boleh goreng telur sebab semua tungku dapur Amie sedang gunakan. Syukurlah dia tak perasan Amie sedang hiris kimchi kobis. Tapi disebabkan takut Abang Farid nampak, Amie pun cepat-cepat hiris dan hasilnya agak kasar!
Fairuz dan Abang Farid sanggup redah jalan ke kampung Encik Suami di waktu pagi semata-mata nak beli nasi lemak dan nasi kuning! Kalau Amie lewat sedikit nak sediakan sarapan, memang laju betul budak-budak ni bawa lari kereta ke Kampung Cocos!
Menjelang tengahari, anak-anak suka jenguk dapur! Maklumlah perut dah lapar. Kalau lauk ikan, memang kurang cergaslah membantu hidang di meja , tapi kalau nampak lauk ayam terutama ayam goreng, memang lajulah buat kerja. Kerja apa? Sediakan pinggan. Ambil nasi dari rice cooker. Tolong ceduk lauk dari kuali. Dan lepas makan terus kemas meja dan cuci pinggan.
28 comments
Alhamdulillah
BalasPadamNampak sedap2 belaka
Warisan Petani,
Padamterima kasih Wak.
semua nampak enak2!
BalasPadamSyaz,
PadamAlhamdulillah.
Sedapnya semuanya!
BalasPadamTengku Sofia,
Padamterima kasih.
Hi good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm the follower number 1396.
BalasPadamhttps://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1
Luiz,
Padamthank you.
Jamu mata saya tengok hidangan-hidangan di sini. Heheh Lepas ni memang kena asing dan sorok makanan untuk Fairuz kalau dia tiada di rumah
BalasPadamFarah,
Padambetul tu, macam-macam peel anak-anak... Hiks!
Keletah anak-anak, mereka memang suka ayam goreng kan kak...bagus semua rajin menolong di dapur walaupun akk tiada anak perempuan.
BalasPadamNasa Mulia,
Padambetul tu, di mana-mana pun kalau ada ayam goreng memang orang suka!
amie rajin betul masak n sedap semuanya jadi hidangan kesukaan keluarga
BalasPadamParidah,
Padamterima kasih. Kebetulan anak-anak semua ada di rumah sebab pkpb, tu yang kena turun dapur selalu.
Kuat betul makan si Fuad. Remaja lelaki memang selera makan kuat. Teringat adik lelaki saya dahulu.
BalasPadamNA,
PadamAgaknya sedang naik selera makan kot.
Tengok pun dah kenyang 😂 kena tukar2 menu juga kan, kalau sama ja tak selera pula
BalasPadamZumal,
Padamya betul, kena tukar-tukar menu untuk lebih berselera.
Pelbagai menu setiap hari, rajin anak-anak lelaki Kak Amie menolong di dapur.
BalasPadamTukang Kebun,
Padamya, syukurlah anak-anak semua ada di depan mata. Abang Farid rajin tolong di dapur.
time2 skarang ni, tgk gmbr makanan, rasa mcm nak masok jer dlm screen! sedapnya semua ni! haih
BalasPadamAtie,
Padamjemput. Ni tengah banyak gambar makanan bolehlah buat entri, nanti dah sibuk baluk bekerja, taklah serancak ini.
Sarapan pagi tu mesti si ada yang dah culik makan. hehehehehe budak lelaki remaja memang tengah naik dan semua maknya masak tetap sedap di makan. Tapi tenguk masakan amie pun saya dah terliur tenguknya. Belum rasa lagi mesti jempol gitu. ahaks
BalasPadamNotie,
Padaminilah kenangan manis bersama keluarga yang mengeratkan hubungan anak-beranak.
Seronok baca blog mak mak macam ni sebab kerenah anak berbagai. Tapi Alhamdulillah anak-anak akak ringan tulang dan tak kekok ke dapur. Terliur tengok ayam goreng tu. Patutla adik sampai merajuk kalau dah habis. Hehe
BalasPadamSalbiah,
PadamAlhamdulillah, bolehlah tolong ringankan kerja-kerja rumah. Kalau ada ayam goreng memang laju jew abak-anak.
ahaha saya da memang tngh lapaq ni.. tunggu nak lunch terus.
BalasPadamscroll sini banyaknyaaaa fooooddddd..
Sedap cucur udang tu. letak udang dengan kulit barulah sedap rasa dia yang rangup kan. anak anak memang macam macam komplen tapi laju gak makan habiskan. hihi
BalasPadamkalau ayam memang laju je habis. ikan macam sendu sikit kan. macam-macam jenis sup ada. Pasta abg Farid tu menyelerakan betul. pandai masak pasta fav dia eh. platting dia kemahen.
Tak dapat bayangkan kalau dorang tahu mommy letak kimchi dalam nasi goreng. hihi