Dari Jeti Pelancongan Bangau-Bangau ke Pulau Pom Pom
11:36 PTGKami tiba di Jeti Pelancongan Bangau-Bangau sekitar pukul 11 pagi. Setelah melalui pemeriksaan suhu badan, kami masuk ke bahagian dalam.
Banyak bendera di pasang di sekeliling jeti kerana negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 63 pada hari lusa, 31 Ogos 2020.
Pemeriksaan suhu di pintu masuk jeti.
Pemandangan di hadapan pintu masuk jeti. Ada replika lepa-lepa, sejenis perahu tradisi masyarakat Bajau.
Kami telah menempah Mussah Poteh Resort selama satu malam di Pulau Pom Pom. Jadi, kami daftar masuk dan berurusan di sini.
Setelah mendaftar, beg kami dilekatkan dengan tag nama.
Kemudian beg-beg kami dibawa oleh para pekerja Mussah Poteh Resort untuk dibawa ke bot.
Kami bersedia untuk belayar ke Pulau Pom Pom pada pukul 12 tengahari. Jadi masing-masing pun menyapu wajah dan tangan dengan krim sunblock. Maklum sahajalah, kalau sudah terkena sinaran matahari di atas laut, teriknya bukan boleh dibawa bincang.... haks!
Suasana di jeti ketika itu sangat tenang! Tidak banyak orang ada di situ. Biasanya tempat ini dipenuhi pelancong dari negara China! Oleh kerana pintu masuk negara masih ditutup dari dimasuki pelancong luar negara, jadi inilah kesempatan kami untuk bercuti di sini. Kebetulan pula, Mussah Poteh Resort ini milik adik rakan sekerja kami. Daripadanyalah kami dapat info tentang potongan harga untuk bercuti di Pulau Pom Pom. Kalau ikut harga sebenar, memang kami kena fikir 33 kali jugalah.... ahaks!
Menjelang pukul 12 tengahari, kami mengatur langkah menunju ke pengkalan untuk menaiki bot laju.
Dua buah bot yang akan belayar ke Pulau Pom Pom pada tengahari itu membawa trip ke Mussah Poteh Resort.
Inilah bot laju yang akan kami naiki.
Bismillah.
Pakai jaket keselamatan!
Bot laju mula meninggalkan Jeti Pelancongan Bangau-Bangau.
Perjalanan dianggarkan selama 1 jam.
Perlahan-lahan bot meninggalkan tanah daratan.
Pulau demi pulau kami tinggalkan. Nun di tepi deretan pulau, ada garisan warna hijau zamrud! Itulah warna laut yang cetek, berbeza dengan warna laut yang biru gelap yang sedang kami lalui ini, yang dasarnya jauh lebih dalam!
Nampaknya bot yang seiring dengan kami telah mendahului bot kami. Apa yang tak seronoknya ketika berada di dalam bot ialah apabila bot memecut laju dan air laut tempias menyimbah wajah dan pakaian kami!
Akhirnya setelah hampir satu jam berada di atas lautan, bot mula merapat ke jeti.
Bot yang seiring dengan kami terlebih dahulu menurunkan penumpang.
Alhamdulillah. Kami selamat mendarat di jeti.
Selamat datang ke Pulau Pom Pom & Mussah Poteh Resort!
Setelah kumpulan bot pertama bergerak ke Mussah Poteh Resort, kini giliran kami pula untuk ke sana. Beg kami dibawa oleh pekerja resort. Jadi kami lenggang kangkung saja meniti jambatan kayu!
Setibanya kami di Mussah Poteh Resort, kami disambut dengan mesra oleh pekerja di situ. Setiap seorang diberikan sehelai tuala sejuk untuk mengelap wajah dan tangan.
Rasa sungguh nyaman!
Amie sangka naik bussines class dalam kapal terbang MAS sahaja dapat tuala hangat, rupanya sampai di pulau dapat pula tuala sejuk!
Kami turut basahkan tekak dengan segelas air teh lemon sejuk.
Nyamannya!
Kemudian kami diberikan kunci bilik masing-masing!
Bagaimanapun, kami diarahkan terus ke dewan makan untuk menikmati makan tengahari.
Beg-beg kami dibawa oleh pekerja resort ke bilik penginapan kami.
14 comments
SERONOKNYA BERCUTI DI PULAU YG CANTIK SELESA DAMAI JIWA RAGA KAN
BalasPadamWah bestnya Kak dapat bercuti ke Pulau Pom Pom. Pulau Pom Pom ni biasa resort dia memang mahal saya pun kena fikir 33 kali hehehe... Rezeki Kak sementara pelancong luar negara takde ni. Yang belah resort ni tak pernah pergi kami di pantai lain. Snorkeling area Pulau Pom Pom pun best mudah berenang dengan si Penyu ada je.
BalasPadamParidah,
BalasPadamAlhamdulillah diberi kesempatan melihat alam ciptaan Allah.
tak pernah tau pun kewujudan pulau pom pon ni, cantiknyaaa nak pegiiii la nanti...
BalasPadamTukang Kebun,
BalasPadamRezeki lepas PKP, pelancong dari China dan orang putih dah tak lepas masuk, jadi offer separuh harga diberikan dan kebetulan kakak tuan punya resort kawan sekerja kami. Dia yang promot supaya kami ke sini.
Atie, marilah datang Semporna. Banyak pulau cantik di sini.
BalasPadamyang sekadar baca entry ni pun dah rasa keseronokannya!
BalasPadamSyaz,
BalasPadamterima kasih banyak sudi baca.
sampai2 ada ada tersedia face towel dan welcome drink, sah2 harga pakej sama tara Pulau Selingan atau Lankayan ni.
BalasPadamseronoknya cuti-cuti di pulau..dapat diskaun lg..
BalasPadamNasa,
BalasPadamkurang sikit harga dari Pulau Selingan, cadang nak ke sana tapi diskaun hanya untuk Sabahan saja. Takut tengok harganya.
Nohas,
BalasPadambetul tu, kalau tak pasal covid dan tak ada pelancong dari luar negara, sampai bila pun tak dapat diskaun heheeee.
Best betul dapat bercuti ke pulau masa tak ramai orang ni kan kak. Tak perlu bersesak sangat.
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamBetul tu. Santai-santai saja. Tak dapat bayangkan kalau banyak orang.