Nasi Goreng Kimchi

10:59 PG

Apa khabar pagi ini? Moga semua sihat sejahtera. Mari kita mulakan hari yang nyaman ini dengan alas perut Nasi Goreng Kimchi. Untuk resepi ini, Amie terpaksa buat tipu muslihat supaya tidak dipersoalkan oleh anak-anak terutamanya Abang Farid..... ahaks! Amie harap sewaktu Amie goreng nasi janganlah ada anak-anak yang jenguk ke dapur terutamanya Abang Farid! Nanti terkejut pula dia dengan bau kimchi yang tajam dan menyengat itu. Amie hiris halus-halus kimchi kobis yang akan Amie campurkan dalam nasi goreng. Oleh kerana  kimchi kobis kurang terang warna merah orennya, jadi Amie tambahkan serbuk cili supaya nasi goreng nampak lebih menarik.

Kebetulan ketika sedang mencampakkan secawan hirisan kimchi kobis ke dalam kuali, tiba-tiba Farid muncul dan terus melihat ke dalam kuali!

Huurrmmm... masak apa tu Mommy? Sedapnya!

Amie tak jawab, tetapi membiarkan Abang Farid melihat sahaja bahan yang sedang Amie kacau dalam kuali. Kebetulan ada isi udang, lobak merah dan isi jagung. Jadi, tak nampak sangatlah kimchi kobis yang Amie hiris halus itu. Syukurlah Abang Farid tak tanya, bahan apa yang Mommy masukkan tadi?

Ketika makan Nasi Goreng Kimchi, Abang Farid bertanya : Ini nasi bila yang Mommy goreng ni? Faiuz pun bertanya perkara yang sama. Fuad berada di dalam bilik, ikut kelas online. Firdaus terus makan Nasi Goreng Kimchi tadi.

Nasi lebihan malam tadi. Kenapa? Tanya Amie pula.

Ada rasa masam-masam sikit. Bukan nasi basikah ini? Tanya Fairuz.

Mana ada nasi basi? Memang rasa nasi goreng begitu, jawab Amie.

Ahaaaa.....haaaaa.... Bukankah sayur kimchi ada rasa masam dan menyengat? Anak-anak sangka Amie goreng nasi basi! 

Nasi Goreng Kimchi

Kimchi Lobak & Kimchi Kobis dari Ranau.

Pelbagai jenis kimchi yang dapat dilihat sewaktu berkunjung ke Gwangjang Market di Seoul, Korea Selatan.

Kimchi lobak putih.

Kimchi timun.

Wokey! Amie kongsikan resepi Nasi Goreng Kimchi olahan dari dapur sendiri. Kalau berkunjung ke negara kimchi (Korea Selatan), boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kimchi dalam hidangan. Paling tak dapat dilupakan, dapat makan sambal ikan bilis campur dengan kimchi! Eh! Membebel pulak. Kata nak kongsi resepi Nasi Goreng Kimchi.

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
1 cawan hirisan kimchi kobis
1 cawan isi udang segar
1 cawan jagung tin
1/2 barang lobak merah - potong dadu kecil
1 sudu besar serbuk cili
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2 sudu besar marjerin
garam / perasa pilihan

Cara memasak:
1. Panaskan marjerin dan goreng bawang putih serta bawang besar cincang hingga kuning keemasan.
2. Masukkan lobak merah, jagung dan isi udang. Kacau beberapa kali dan biarkan seketika sehingga udang berubah warna.
3. Kemudian masukkan serbuk cili dan hirisan kimchi. Gaul rata. Masak sehingga terbit aroma.
4. Seterusnya masukkan nasi. Gaul rata.
5.Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Nasi Goreng Kimchi habis licin semangkuk oleh 4 bujang kami. Tidak ada yang tahu ada kimchi di dalamnya. Suatu hari nanti, kalau ada di antara mereka terbaca entri ini, Mommy minta maaf ye.

26 comments

  1. sape suka kimchi pasti suka nasi goreng ni

    BalasPadam
  2. nampak sedap..hehe..kalau tgk korean masak nasi goreng kimchi (dlm drama), mcm simple je..buh kimchi, buh nasi & telur..mngkin kimchi tu dah secukup raaa..

    BalasPadam
  3. hahahahahah dia tak suka rasa kimchi tu ka ? igtkan nasi basi pula hahaha

    BalasPadam
  4. kimchi bestnya. Kelakor lah kalau lah hero berempat tu tau apa didalamnya hehehehe dalam pertikaikan nasi basi tapi tetap licin. hehehehe

    BalasPadam
  5. kinci feveret orang korea kak xpernah rasa takut sakit perut

    BalasPadam
  6. lawak lah diorang ingat basi ahaha.. saya pun tak pernah try kimchi, percaya tak huhu

    BalasPadam
  7. ya bau kimchi memang kuat kan kak....
    teringat pernah beli kimchi dengan kawan, lepastu dana tunjuk di status wassap makan nasi goreng, maggi goreng dengan kimchi ramai kawan pejabat yang nak cuba.
    dana pun bawakkan sebekas kecil je tapi mereka kata bau kuat... hehehhe
    iya, dana kata kimchi memang bau kuat, orang yang tak pernah makan memang akan terperanjat ehhehehe

    BalasPadam
  8. hah..hah...kalau habis licin nasi goreng kimchi, maknanya sedaplah tu, Amie! Boleh masak lagi.

    BalasPadam
  9. Kalaulah Farid tahu tu mesti dia tak makan. hihi..kimchi memang kuat rasa masamnya tu. Tapi sedap campur dalam apa masakan melayu. Sedap! Rasa macam nak cari stok kimchi lah pulak

    BalasPadam
  10. Sampai sekarang bonda kena fikir macammana nak trick anak-anak bab makan ni hehehe....

    BalasPadam
  11. Mama Tisya,
    betul tu, kimchi pun boleh dimasak dengan apa-apa bahan lain.

    BalasPadam
  12. Cik Idaa,
    sedap... jemput makan.

    BalasPadam
  13. Nohas,
    ye, kimchi ada yang masin dan jenis kurang masin. Saya kena bubuh garam sikit lagi sebab dah tambah nasi, kuranglah pula rasa masinnya.

    BalasPadam
  14. Atie,
    mereka tak tahu ada kimchi, dan rasa kimchi tu mereka sangka nasi basi hihiiii.

    BalasPadam
  15. Notie,
    lidah anak-anak ni tajam betul, cepat tangkap rasa yang berbeza hahaaaa!

    BalasPadam
  16. Paridah,
    sayur-sayuran jeruk tu, mungkin sakit perut kalau sensitif dengan makanan dijeruk.

    BalasPadam
  17. Syaz,
    percaya jew... saya pun kalau tak kerana pernah jejak ke negara kimchi dan asyik dihidangkan kimchi setiap hari, memang sampai sekarang tak tahu apa rasa kimchi.

    BalasPadam
  18. Dana,
    betul tu baunya kuat dan menyengat, tu pasal waktu tumis bahan buat nasi goreng asyik risau kalau anak-anak tahu kakak campur kimchi....kah!

    BalasPadam
  19. PH,
    betul tu, banyak lagi kimchi dalam botol, ada lobak dan kobis.

    BalasPadam
  20. Azhafizah,
    kelakarlah anak-anak ni, tapi terpedaya juga akhirnya...kah!

    BalasPadam
  21. Tukang Kebun,
    betul tu, anak-anak sekarang suka makanan segera dan penuh perasa.

    BalasPadam
  22. Nampak menyelerakan! Saya suka rasa kimchi tapi tak pandailah nak ratah atau makan dalam kuantiti yang banyak.

    BalasPadam
  23. Farrah,
    saya pyn bubuh tak banyak dlm nasi goreng tu, sekadar untuk rasa saja.

    BalasPadam
  24. Zumal,
    silakan, senang nak dapat kimchi halal sekarang ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe