Secubit Budi Jadi Kenangan
8:47 PTGTidak adalah perkara yang tidak memuaskan hati sepanjang mengikuti pakej percutian 2 hari satu malam di Mussah Poteh Resort Pom Pom Island. Malah kami rasa sangat berterima kasih di atas layanan pekerja resort dan kagum melihat cara mereka bekerja dari mula-mula kami sampai sehinggalah kami berlepas menaiki bot laju ke Jeti Pelancongan Bangau Bangau Semporna.
Kami hanya meletakkan beg masing-masing di hadapan bilik, dan pekerja resort mengambil beg-beg kami menggunakan troli dan membawanya ke jeti.
Pekerja resort juga sedang membuat persiapan untuk menyambut pelancong yang akan tiba pada tengahari itu. Setelah para pelancong mendarat di pulau, giliran kami pula yang akan menaiki bot ke Jeti Pelancongan Bangau Bangau. Di belakang Amie itu, minuman lemon teh yang sedap disediakan untuk para pelancong yang baru tiba.
Nun di sana, beberapa orang pekerja resort sedang bersedia menerima pelancong yang akan tiba sebentar lagi.
Dua buah bot laju milik Mussah Poteh Resort sedang menghampiri jeti.
Selamat datang ke Mussah Poteh Resort!
Para pelancong bergerak menuju ke resort.
Rakam gambar terakhir di jeti.
Ada sesuatu yang menarik pandangan mata Amie ketika menanti giliran untuk menaiki bot. Rasa sangat kagum dan terharu melihat cara pekerja resort ini mleaksanakan tugas! Beruntung sungguh pemilik resort ini mendapat pekerja yang baik-baik belaka.
Pemandangan memunggah barang-barang para penumpang dilakukan dengan penuh berhati-hati. Tidak ada sebarang acara campak-mencampak atau lempar-melempar!
Setiap beg dihulurkan satu persatu dan disambut oleh pekerja yang berdiri di posisi masing-masing.
Melihat cara mereka bekerja, teringat bagaimana pekerja-pekerja di negara Jepun yang sangat berhati-hati menyusun beg-beg penumpang kapal terbang untuk dimasukkan ke dalam kargo.
Biar apa pun pekerjaanmu, lakukanlah yang terbaik.
Memang hanya sebuah beg sahaja yang dikeluarkan dari bot! Tidak dua atau tiga sekali harung!
Masa untuk meninggalkan Pulau Pom Pom pun tiba. Nampaknya ada beberapa orang rakan kami yang seakan-akan tidak mahu berganjak dari pulau cantik ini!
Cepat sikit Risa! Misa, Akmi dan Yantie!
Terima kasih dik.
Kerja bagus-bagus ya.
Jumpa lagi.
Menuruni anak tangga jeti untuk masuk ke dalam bot.
Nampak tenang saja suasananya!
12 comments
memang tenang, doakan kami ada rezeki untuk ke sana ;)
BalasPadamhati dah tertinggal di pulau..hehe..doakan kami dpt ke sana jg..
BalasPadamIn sha Allah suatu hari akan sampai... biar covid lupus dari muka bumi dulu.
BalasPadamtempat percutian menarik, layanan terbaik membuat hati teringat-ingat selalu
BalasPadamSyaz,
BalasPadamin shaa Allah...mudah-mudahan akan sampai juga ke sini suatu hari nanti.
Nohas,
BalasPadamhahaaa... betul tu hatinya masih di sana.
In shaa Allah, satu hari nanti akan sampai juga Nohas ke sini.
Nasa Mulia,
BalasPadammarilah datang sini, bercuti sambil merehatkan fikiran.
Paridah,
BalasPadambetul tu... mereka sopan santun dan sentiasa merendah diri.
Best
BalasPadamGood hospitality. Mesti rasa nak datang lagi. Jadi rindu.
Tukang Kebun,
Padambaik budi bahasa pekerja2 resort.
Percutian yang sangat berbaloi kalau semuanya puas hati. Seronok bercuti tempat yang cantik dengan service yang bagus. Boleh datang lagi kak :)
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamkalau ada diskaun lagi bolehlah datang heheee.