Tambunan, satu daerah di pedalaman Sabah yang pastinya memukau pandangan dengan suasana hamparan menghijau termasuk sawah padi nan luas terbentang serta keindahan alam semulajadinya yang masih belum tercemar! Tidak cukup rasanya sekadar singgah sebentar tanpa menikmati sepenuhnya muka buminya yang dipenuhi flora, sungai-sungainya yang berair jernih, air terjunnya yang dingin dan kemakmuran hidup masyarakat Dusun di lembah yang indah ini.Jadi, jolokan Tambunan sebagai...
Kedatangan kami di pintu masuk Pekan Tambunan disambut dengan replika sompoton, iaitu sejenis alat muzik tradisional masyarakat Dusun dan Kadazan yang diperbuat daripada bilah-bilah buluh sejenis sumbiling. Kami terus menuju ke D'Putera Cafe, tempat makan tengahari yang dicadangkan dalam perbincangan sebelum ini.Maka, di sini kami bertemu setelah terpisah mengikut kenderaan masing-masing dari Lahad Datu. Cafe ini terletak di tepi sungai, berhadapan dengan Alliance Bank...
~Jalan-Jalan Cari Makan
Lahad Datu - Tambunan - Keningau - Tenom : Singgah Makan Tengah Hari di Ranau
Jumpa lagi.Agak lama tidak bersiaran di ruangan maya.Malam ini timbul kembali setelah tenggelam beberapa hari.....hiks!Jom ikut kami jalan-jalan merentas daerah di Sabah.Perjalanan bermula seawal pukul 6 pagi pada hari Khamis, 20 Ogos 2020 dari Lahad Datu, merentas jalan hingga ke Telupid dan berhenti di Ranau untuk isi minyak dan isi perut. Oleh kerana kami menaiki kenderaan masing-masing bersama keluarga, jadi ada kalanya kami...
Bila ada perancangan nak jalan-jalan beberapa hari, mulalah kurang rajin nak masuk dapur sehari dua ni..... ahaks! Mula-mula nak bawa Fairuz untuk makan tengahari bersama, tapi Fairuz kata dia ada tugasan yang perlu disiapkan bersama kumpulannya. Jadi, hanya berdua bersama Encik Suami sajalah makan di Lepak's Corner yang terletak di Perdana Square, Bandar Sri Perdana: DI SINIJom basahkan tekak dengan cendol biasa.Rasanya manis-manis manja....