ADSENSE

Selasa, 4 Ogos 2020

Lahad Datu ke Kundasang : Bermalam di Nulu Dumpiring Homestay

Tiba-tiba dapat berita JPN tidak luluskan permohonan cuti sekolah kami pada 29 Julai 2020, sehari sebelum menjelangnya Aidil Adha. Hasrat untuk bertolak seawal 6 pagi dari Lahad Datu ke Kundasang terpaksa dibatalkan. Sekolah Firdaus dan Fairuz cuti pada hari tersebut. 
Sebaik sahaja tamat waktu bekerja, terburu-burulah kami keluar meninggalkan daerah Lahad Datu. Setelah kami tiba di Kundasang, kononnya hendak singgah di sebuah restoran untuk isi perut. Maklumlah berbuka puasa pun dalam perjalanan, hanya minum air sahaja. Sayangnya, setelah melalui pemeriksaan suhu badan, dan duduk di kerusi, tidak ada pula yang datang layan kami walaupun beberapa kali Encik Suami panggil pelayan restoran, tetapi seolah-olah buat tak nampak saja.. Banyak pelanggan sedang duduk menunggu di meja masing-masing. Seperti biasa kalau makan di situ, pelanggan boleh pesan sayap ayam panggang di gerai berhampiran. Fairuz dan Fuad pergi ke gerai untuk membeli sayap ayam panggang. Akhirnya setelah agak lama menunggu kami ambil keputusan untuk tinggalkan restoran tersebut. Sayap ayam panggang yang dipesan kami bawa masuk ke dalam kereta. Sebelum ini, pada tahun lepas kami menghadapi perkara yang sama di restoran ini. Kami sangka, kedatangan kami kali ini tidak seperti sebelumnya.... hiks! 
Bersangka baik sahajalah. 

Encik Suami memandu keluar semula, ke arah bulatan terletaknya replika kobis dan terus ke gerai sayuran. Kami membeli beberapa jenis sayur dan beras kampung. Bolehlah nanti masak nasi di homestay yang akan kami inap selama 2 malam.
Alhamdulillah, dalam sejuk-sejuk hujan malam itu, sampai juga kami ke Nulu Dumpiring Homestay. Terima kasih Encik Mahili sekeluarga yang telah menyambut baik kedatangan kami.
                             
Rezeki kami untuk bermalam di Nulu Dumpiring Homestay selama 2 malam setelah puas mencari tempat penginapan di sekitar Kundasang. Homestay ini terletak di Kampung Dumpiring Atas, Kundasang, Ranau Sabah. Boleh klik di sini untuk lebih lanjut: NULU Dumpiring Homestay
Setelah suhu badan diambil, kami terus masuk ke rumah. 
Oh!
Macam tak percaya pula
Suhu badan Encik Suami 30'C.
Suhu badan Amie 31'C.
Fuad, Fairuz dan Firdaus pun sama.
Macam suhu reptilia .... ahaks!
Bayangkan kedinginan yang menyelubungi suasana malam itu sehingga suhu badan kami pun begitu rendah!

                     
Sebahagian gambar ini Amie ambil dari kiriman Encik Mahili sewaktu menempahnya seminggu yang lalu. Homestay ini dua tingkat. Ada tiga bilik tidur dan dua bilik air. Ada kemudahan untuk memasak di dapur juga.

                           

Bulat mata Firdaus!
Sepanjang perjalanan memang tidur sahaja dalam kereta.
Wokey!
Tinggalkan Firdaus dahulu, kita nak masak di dapur.
Biarlah dia menonton televisyen.

Antara bahan yang sempat dibeli.



Apalagi!
Singsing lengan baju, dan terus ambil rice cooker. Masak nasi beras bario.

Cantik kejadian nasi beras bario ini!


Kemudian masaklah segala sayur-mayur yang segar-segar!

Nasi sudah tanak, sayur pun sudah masak.

Fairuz pula goreng telur.
 
Tambah lagi satu lauk, iaitu satap ayam panggang.


Tidak lupa, hidangkan sekali jeruk tuhau yang dibeli di gerai sayur tadi.

Inilah hidangan makan malam kami.
Telur dadar.
Sayap ayam panggang.
Sayur campur.
Jeruk tuhau.
Air teh panas.

Kami makan di luar rumah, di atas meja yang disediakan. Suhu sangat sejuk. Jadi kami cepat-cepat makan sementara makanan masih panas. 

Malam itu semua tidur lena. Sesekali terjaga dari tidur disebabkan deru angin yang sangat kuat. Menjelang pagi, kelihatan Firdaus berwajah sugul. Katanya, tidak ada kawan untuk bermain! Fuad dan Fairuz tarik selimut sambung tidur! 

4 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Agaknya tempat sejuk
suhu badan pun ikut rendah.

notie berkata...

Bila lah dapat jejak kaki kat kundasang ni.

Amie berkata...

Warisan Petani,
betul tu Wak. Mulanya terkejut juga sebab rasa macam tak normal.

Notie,
marilah datang sini, santai-santai.

Azhafizah MN berkata...

Bestnya duduk homestay berbukit macam ni. dapat view yang cantik dan sejuk gitu.