Sarapan Pagi dengan Fish & Chips
5:10 PTGBangun pagi terasa segar dan nyaman! Walaupun suhu dingin tetapi apabila terkena air hangat di bilik air, rasa tak mahu berhenti mandi. Gunung Kinabalu di belakang sanun kelihatan tegak berdiri gagah dan nampak begitu jelas. Rezeki berpihak kepada para pengunjung dan pencinta alam yang berada di sekitar kaki Gunung Kinabalu pada pagi ini. Menurut kawan yang menginap di Pine Resort, apabila terjaga pukul 4 pagi dia terus menyelak langsir tingkap hotel. Katanya lagi, Gunung Kinabalu jelas kelihatan di hadapan mata, dan ternampak lampu-lampu para pendaki menuju puncak gunung untuk menyaksikan matahari terbit! Barangkali kawan Amie ini pun teringat kenangan terakhir kami mendaki Gunung Kinabalu pada 2014 yang lalu.
Nampak santai sahaja kalau dapat minum pagi di sini! Sejuk, tenang dan mendamaikan! Sayangnya kami tidak boleh berlama-lama di sini. Rancangan untuk keluar homestay seawal pukul 8 pagi akhirnya tertunda sehingga ke pukul 10 pagi!
11 comments
Patut suami menolak jemputan BBQ....penat driving rupanya.. Banyak kereta Ber q.
BalasPadamSatu lane Dalam gambar.
Kalau tak cukup tidur mahu stress...
Selamat menjamu selera
BalasPadamsedapnya menu2 Amie :)
BalasPadamSeronak tengok walau jalan jauh, tapi makan macam kat rumah kan, rajin akak angkut set pinggan mangkuk semua, tapi itu lah yang lebih selamat dan dijamin kebersihannya kan.
BalasPadambestnya
BalasPadamdlm list nk ke Sabah ni he hee memanggg teringinn sgt
sejuk membeku ye kak macam duduk kt musim salji nun... mesti best tuh
BalasPadamnampak menggiurkan fish n chips akak tu... heehhe boss kecik kata pisang goreng ye
cantik betul pemandangan situ ye kak, teringin sangat nak datang situ entah bila lah dapat ke sana
Baru prasan this homestay. last time we all stayed kat Mesilau Nature Resort atas sana tu. lalu lalang depan homestay ni. tetiba rindu nak ke kundasang laa..
BalasPadampisang goreng tu jg yg menambat selera sy hehehe
BalasPadam#1377
BalasPadamAssalamualaikum kak amie..
BalasPadamKundasang memang best sangat.Kalau dah tak ada PKPP dan dilapangkan waktu memang teringin ke sana lagi.
View cantik dan udara nyaman...fefeeling dok ober C hehee
Favourite ni fish & chips. Hidangan pagi yang menyelerakan sungguh.
BalasPadam