ADSENSE

Jumaat, 7 Ogos 2020

Sarapan Nasi Lemak Beras Wangi Kampung di Nulu Dumpiring Homestay

Jumpa lagi dalam coretan kenangan di Kampung Dumpiring Atas. Hari ini, 1 Ogos 2020 bersamaan pagi Sabtu kami sempat menikmati sarapan di Nulu Dumpiring Homestay. Amie masak nasi lemak menggunakan beras wangi kampung. Anak-anak bujang sediakan minuman teh panas dan pinggan di atas meja. Lepas makan, kerja mereka sudah tentulah cuci pinggan. Terdengar beberapa kali keluhan Fuad dan Fairuz apabila tiba giliran mencuci pinggan mangkuk. Katanya, air di sini pelik sedikit. Pinggan tidak bersih walaupun gunakan banyak sabun. Sebenarnya air di sini bukan tidak bersih, tetapi sejuk! Apabila air sejuk bertemu dengan pinggan berminyak, sudah tentulah agak sukar nak bagi pinggan terus licin seperti sediakala!

Hidangan nasi lemak sedang menunggu untuk dijamah!

Rupa bentuk Gunung Kinabalu di pagi hari ketika tidak diselimuti kabus.

Sempat bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu sebelum bergerak meninggalkan Nulu Dumpiring Homestay. Terima kasih Encik Mahili kerana sudi ambilkan gambar kami.
Oh!
Sibuk bercerita nak balik, terlupa pula tentang nasi lemak yang sudah terhidang!



Selain nasi lemak, Amie tambahkan kentang goreng dan juga hirisan buah tembikai dalam hidangan.
Walaupun tidak begitu sempurna, tapi dapatlah juga hidangkan nasi lemak bersama lauk-pauknya.
Nasi lemak beras wangi kampung.
Sambal udang.
Ayam goreng.
Telur rebus.
Timun.
Ikan bilis.
Kacang gajus.


Firdaus sudah lama menunggu di meja makan. Marilah kita alas perut sebelum tinggalkan homestay ini.
Nampaknya tercapai jugalah angan-angan untuk cuti santai-santai sambil menikmati hawa sejuk Kundasang bersama keluarga walaupun Abang Farid tidak dapat bersama.
Selepas ini kami akan bergerak ke Mesilau pula, untuk menghabiskn baki satu malam di Cinta Villa Homestay.

7 ulasan:

Cikgu Badar berkata...

wah..menarik

Fadzillah berkata...

Bestnya dapat bersantai bersama keluarga ditempat yg nyaman dan dingin.

Azian Elias berkata...

Puncak gunung Kinabalu dah berbeza dr dulu since gempa bumi tu kan.

Azhafizah MN berkata...

Selain cuaca sejuk di pagi hari, sejuk juga mata memandang keindahan alam. cantik sungguh haihh tempat ni. boleh letak dalam wishlist cuti cuti di sabah.

notie berkata...

waduh tenguk hidangan nasi lemak amie bikin perut kita bergendang sayang lah pulak. makan kat tempat sejuk emmm mesti menambah-nambah lauknya. Sedapnya dan bestnya cuti di kundasang. Bila lah dapat jelajah bumi sabah ni. Insya Allah mudahan ada rezeki saya.

dear anies berkata...

view cantik makanan sedap...fuhhhh nikmat Tuhan mana yang hendak didustakan.... alhamdulillah...

digipsarc berkata...

It is best to eat with our family and friends in a comfortable and cool place. This place is looking so beautiful. can be a holiday wishlist in sabah.

We've recently launched the site roferro.com; Roferro Crunchy Cornflakes is a healthy balanced breakfast with lot of nutrition benefits.

We noticed that you have lots of delicious recipes on your blog and would like to suggest you have a look at our site: https://roferro.com/

If you have any questions, don’t hesitate to contact us on digital@roferro.com . Hopefully your food blog will be up there in the top!

Warm regards,
Jyoshna