Misteri Ayam Kambing!

4:14 PTG

  • Ayam Kambing!
  • Ayam?
  • Kambing?
  • Ayam atau kambing?
  • Ayam kacukan kambing?
Cerita semasa hayat FIL dan MIL masih ada:

Suatu hari, FIL bawa pulang seekor ayam bersaiz besar. Kebetulan Amie berkunjung ke kampung, jadi FIL serahkan ayam itu kepada Amie. Katanya: Masaklah ikut suka 'lu nak. Amie pun berkata: Besarnya ayam ini Pak. Sahut FIL: Memang ayam kambing besar nak. Amie tanya MIL pula : Nak masak apa ayam ini mak? MIL menjawab: Suka-suka 'lu situ nak. ('Lu dalam bahasa Cocos bermaksud 'kamu'). 

Saya buat soto boleh Pak? Kita minta izin. 

Apa-apa jak nak, sahut FIL kembali.

Oleh kerana ayam kambing yang dibawa oleh FIL sudah dibelah dua, jadi senanglah untuk Amie potong untuk dimasak. Barangkali saiz ayam yang agak besar, jadi tempoh memasaknya juga agak lama untuk menjadi empuk. Sewaktu makan soto, Amie beritahu MIL dan FIL. Ayam ni lambat sangat nak empuk! Lama saya masak.

Sahut FIL : Ayam kambing memang begitu nak. Keras sikit.

Oooooo. 

Tak pernah jumpa ayam kambing di Malaya.  Ada pula ayam kambing di Lahad Datu. Tak ada pula rasa kambing pada ayam ini. Untuk memasaknya lagi, rasanya tidaklah! Tetapi kalau ziarah ke kampung, sesekali terdengar juga cerita MIL masak ayam kambing! Jiran-jiran Encik Suami di kampung pun pernah juga sebut masak ayam kambing! Pernah juga terdengar penjual ayam di pasar Seri Perdana sebut tentang ayam kambing!

Pada suatu hari, Encik Suami bawa pulang seekor ayam bulat saiz besar. Beratnya  4.5 kg. Sudah siap disembelih dan dibersihkan. Kata Encik Suami : Ini ayam kambing! Harganya RM29.00 sahaja. Murah pula harga seekor ayam kambing seberat 4.5 kg. Agaknya ayam kambing ini jenis ayam yang tak laku dijual kot. Jadi, ia terus membesar dan akhirya dijual dengan harga yang murah.

Oh! Maka tersimpanlah entah berapa lama ayam kambing itu dalam freezer. Setelah Encik Suami sebut beberapa kali tentang ayam kambing, timbullah rasa kasihan terhadapnya pula. Agaknya memang Encik Suami nak makan ayam kambing sangatlah tu. Kita pun cari semula ayam kambing di bahagian paling bawah freezer, dan renung lama-lama! Kenapalah kau dinamakan ayam kambing! Oleh kerana ayam kambing itu masih bulat belum dipotong, jadi Amie pun bersihkan dahulu bahagian dalamnya. Ketika membersihkan ayam kambing itulah Amie dapat jawapan apa sebenarnya ayam kambing!

Amie terjumpa beberapa biji telur muda dalam perut ayam kambing! Ya Allah! Rupanya ayam kambing itu ialah ayam pencen! Ayam kambing itu ayam telur yang sudah tamat tempoh untuk bertelur! Dan ayam kambing itu, saiznya menjadi besar sebab umurnya yang sudah lanjut! Ayam kambing itu keras isinya sebab ayam pencen memang keras dan liat!

Ayam kambing yang rupanya ayam pencen itu Amie masak kari. Amie perap dengan rempah-ratus semalaman dan keesokan paginya Amie tumis dan olah seperti masak kari biasa. Oleh kerana ayam kambing @ ayam pencen ini lambat empuk, jadi Amie masak gunakan api perlahan. Setelah lengkap bubuh santan, hasil kuahnya nampak berminyak-minyak. Itu ialah minyak dari kulit ayam kambing!

Amie hanya masak bahagian dada dan sayap ayam. Kedua-dua belah peha ayam, Amie simpan. Walaupun tidak masak kesemua bahagian ayam kambing tetapi banyaklah hasil masakan kari itu.

Disebabkan masak awal pagi, kari ayam kambing elok sangatlah dimakan dengan pulut kuning!

Nampak besarkan saiz ayam kambing... bahagian sayapnya (flat dan wing tip)  dengan drummette pun dah penuh satu mangkuk...hiks!
Dengan ini, maka terjawablah misteri ayam kambing yang menjadi tanda tanya selama ini! Tapi kenapa saiznya besar sangat?
Sekian.

7 comments

  1. Hihihi..
    Rupanya ayam pencen ye Amie..
    Terjawab misteri ayam kambing..
    CH baca tajuk entry pun gigih baca smpi habis.. nak tahu jawapannya..

    BalasPadam
  2. Ayam pencen ke? Kenapa panggil ayam kambing? Cik TK pun pertama kali dengar

    BalasPadam
  3. Ayam pencen yang selalu jumpa kecil jer, kt mydin harga 7.99 seekor.

    BalasPadam
  4. Ayam kambing adalah ayam baka daging yang dah pencen.
    Ia bukan ayam penelur tapi ayam pedaging yang menghasilkan telur untuk ditetaskan menjadi anak ayam pedaging. Kalau ayam kambing yang jantan laagi besar.

    BalasPadam
  5. walaupun liat n amik masa lama nk masak, org kite tetap suka mkn ayam pencen kan?

    BalasPadam
  6. oooooo ayam kambing rupanya ayam pencen. baru tau

    BalasPadam
  7. First time dengar nama ayam kambing. Tak suka sangat makan ayam pencen. Liat dan nak masak pun lama. huhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe