Minum Petang & Makan Malam di Cinta Villa Homestay
11:39 PGBercuti bersama anak-anak sudah semestinya menjadi memori terindah untuk dikenang. Walaupun tidak dapat berkumpul semua, sekurang-kurangnya ada kesempatan untuk bersama-sama menikmati suasana yang agak berbeza. Dalam sehari, lebih 4 atau 5 kali Encik Suami dan anak-anak bervideo call dengan Abang Farid di Perak. Mudah-mudahan pada masa yang lain kami dapat bersama sekeluarga.
Petang Sabtu, 1 Ogos 2020 yang lalu sekali lagi Amie sempat sediakan minum petang untuk keluarga. Seterusnya pada sebelah malamnya pula, atas permintaan Fuad dan Fairuz untuk panggang-panggang lagi, Encik Suami berusaha mencari bahan yang diperlukan di Pekan Kundasang.
Di saat-saat begini memang terasa sangat ketiadaan Abang Farid. Bila melihat gurau senda Fuad dan Fairuz, terbayang bagaimana mereka 'buli' abang mereka! Abang Farid orangnya agak serius tetapi hatinya lembut dengan pujuk rayu adik-adiknya.Kalau boleh apa-apa permintaan adik-adiknya Abang Farid akan penuhi.
Melayan anak-anak makan malam dengan hasil panggangan mereka. Sebelum itu marik kita imbas kembali suasana di laluan arah ke Pekan Kundasang pada sebelah petang tadi.
Beginilah keadaannya sepanjang laluan dari simpang Desa Cattle Diary Farm menuju ke jalan raya utama di Pekan Kundasang. Kami sangka hanya sebelah pagi dan tengahari sahaja keadaan ini berlaku, rupa-rupanya hingga membawa ke petang.
Untuk hilangkan kebosanan dalam perjalanan, tangkap dahulu gambar-gambar di sekitar. Rasanya kalau berjalan kaki, lama dah sampai ke Pekan Kundasang.
Lalauan arah ke Pekan Kundasang yang sangat sesak, manakala laluan dari Pekan Kundasang berjalan lancar. Kebanyakan kenderaan menuju ke Desa Cattle Diary Farm dan juga ke homestay di sekitar kampung di sini.
2 jam 15 minit kemudiannya, sampailah kami ke Pekan Kundasang! Setelah membeli serba sedikit barang keperluan untuk makan malam dan sarapan keesokan pagi, kami singgah sebentar di gerai buah-buahan. Kononnya nak beli buah cempedak tapi tuan gerai kata cempedak tak masak lagi. Jadi kami pun beli sebiji buah tarap @terap. Perjalanan kembali dari Pekan Kundasang ke Cinta Villa Homestay tidak sampai pun 7 minit berbanding dari CVH ke Pekan Kundasang yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit akibat kesesakan laluan!Inilah sebiji buah tarap yang kami beli dengan harga RM12. Ringan sahaja buahnya, dan memang seperti yang telah diduga, isinya tidaklah berapa cantik dan kurang manis. Jadi Amie goreng saja untuk minum petang.
Kongsi gambar buah tarap dari entri yang lalu. Ini buah tarap yang sempurna, isinya penuh dan rasanya manis.
Apa pun, menjadilah juga tarap goreng untuk kami nikmati petang itu. Amie tambahkan popia sayuran. Popia ini bukan Amie yang buat, tapi beli popia frozen di Pekan Kundasang.
Selepas solat Maghrib, Fuad dan Fairuz mula sibuk dengan tugas masing-masing. Encik Suami penuhi permintaan Fuad yang ingin memanggang tongkeng ayam. Amie berehat sahaja di dalam bilik setelah merendam mee hoon. Fuad dan Fairuz menyiapkan kerja-kerja memerap bahan yang akan dipanggang malam nanti.
Sementara Encik Suami bersama anak-anak di luar memanggang bahan yang diperap, Amie masuk dapur semula untuk hidangan tambahan. Amie goreng mee hoon.
Juga goreng garam kunyit seekor ikan talapia merah. Ikan ini kami tidak pernah temui di LD. Barangkali bekalan ikan laut yang lebih dari mencukupi, jadi permintaan untuk bekalan ikan air tawar tidak diperlukan. Jangankan ikan talapia, ikan keli pun tak pernah kami temui di pasar ikan atau di pasar raya. Kadang-kadang bila rindu nak makan ikan air tawar, tahan sajalah hati menanti masa pulang ke Malaya!
Tambah lagi kentang goreng. Kentang ini kami beli di gerai sayur. Potong wedges, rebus setengah empuk, tambahkan perasa dan sedikit tepung. Goreng!
Tak sempat nak beritahu Fuad supaya betulkan cara cucuk tongkeng ayam. Sebaiknya hujung lidi itu ditutup oleh tongkeng ayam supaya tidak hangus terbakar. Huurrmmm..... yang penting masak dan sedap!
Lama tak makan jagung bakar!
9 comments
panjang betul jammed tu. Teringin betul rasa buah tarap tu. Harga boleh tahan juga tapi isi banyak okaylah. Makan malam bakar membakar tu yang best. sambil membakar boleh makan sekali. hihi
BalasPadamBegitu mahal harga buah terap sekarang ya kak, dulu2 penat kumpulkan sebakul untuk di jual, pulangan nya sikit jer, iyelah harga baru seringgit dua sebiji.
BalasPadamBujang kecik akk tu macam suka nak diambil gambarnya, jd prop pun takpe asal ada dia dalam gambar.
Seronoknya bercuti ke kundasang...bkn main panjang lg jemnya...saya ni entah bila nk smp sana
BalasPadamTeringinnya cheq nak rasa buah tarap tu, aduhhh plan nak ke Sabah tahun ni kena cancel sebab COVID-19..😷😢
BalasPadampernah makan buah tarap, suka!
BalasPadammengimbau kenangan cuti di sini..Pekan Kundasang yg byk pilihan sayur2..
jem macam di CH jugak ye kak... bila sejuk sesuai je nak masak bakar-bakar nih... rasa panas tu best je memanggang kan
BalasPadamemak-emak memang gini, rindu bila seorang anak takde bila buat majlis jalan-jalan gini kan
Buah tarap tu macam cempedak je. Haiiii firdaus kecik kecik lagi dah pakai spek. Naluri mak-mak kalau boleh nak anak semua depan mata.
BalasPadamsaya suka buah tarap tu. tapi bau dia mengalahkan durian lah kan.
BalasPadamtengok buah tarap tu otomatik tingat kat arwah mak cik. ms dtg KK dulu beria dia cari buah ni sampai ke Kundasang. blk hotel, paksa kitorg mkn buah tu sbb dia nk bw balik biji utk tanam...sy x pasti pokok tu hidup ke tak or sempat ke tak mak cik merasa buah dari pokok tu...
BalasPadam