Kundasang - Lahad Datu : Singgah Makan Tengah Hari di Sabah Tea Restaurant

4:41 PTG

Terima kasih untuk teman travel, Kamsiah kerana membantu merealisasikan percutian kami dengan berkongsi info penginapan di Cinta Villa. Apakan daya, masa tidak mengizinkan untuk kami berlama-lama di Kundasang. Moga suatu hari nanti kami dapat bercuti lagi di tempat sejuk ini. Sekarang kami dalam perjalanan pulang. Encik Suami ingin mengisi minyak kereta. Sekali lagi kami terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas di Ranau. Tiga buah stesyen minyak yang kami masuki tidak boleh beroperasi. Bekalan elektrik terputus! Akibatnya pelbagai jenis kenderaan bersusun di sepanjang jalan yang entah berapa kilometer jauhnya! Terakhir, kami tawakal untuk terus maju ke hadapan sebelum melepasi Poring. Syukurlah! Stesyen minyak PETRONAS beroperasi  sepenuhnya, tetapi terpaksa bersusun sekali lagi menanti giliran! Jam menunjukkan angka 12:30 tengahari. Setelah mengisi minyak kereta, kami terus menuju ke Ladang Teh Sabah. Perut pun sudah mula berkeroncong meminta nasi! Anak buah pun sudah beberapa kali telefon Encik Suami mengatakan mereka sudah berada di restoran.

Di Sabah Tea Restaurant, anak-anak buah sedang menanti giliran untuk mendapatkan meja makan. Ketika itu pengunjung agak ramai. Restoran tidak dapat menampung jumlah pelanggan. Jadi, ada yang sanggup menunggu pelanggang lain menghabiskan hidangan, dan mereka cepat-cepat ke meja yang dikosongkan. Oleh kerana Firdaus asyik merengek ingin menaiki jambatan gantung dari pokok ke pokok, jadi kami layankannya dahulu dengan harapan sekembalinya ke restoran, ada meja kosong untuk kami.

Bergambar kenangan dengan anak-anak buah sebelah Encik Suami yang kebetulan bercuti di Kundasang.


Fuad dan Fairuz menemani Firdaus meniti jambatan gantung.

Dari sini bolehlah melihat pemandangan ladang teh yang luas saujana mata memandang.

Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya kami dapat juga meja makan. Ketika itu jam hampir menunjukkan pukul 2 petang. Restoran agak lengang namun masih didatangi oleh pelanggan lain. Senanglah hati Encik Suami sebab Fuad dan Fairuz ada bersama. Maklumlah pada hari Jumaat sebelum kami ke sini bersama Firdaus, tetapi Fuad dan Fairuz tak mahu ikut sebab nak sambung tidur di homestay!

Sabah Tea Ice Cream ini bersaiz besar untuk 4 orang. Ada 4 sudu kecil yang diletakkan di situ. Hari Jumaat lepas, Firdaus mengamuk, marah sebab Encik Suami suruh buang pucuk teh yang diselit di celah bibirnya! Puas Amie pujuk, sebab merajuknya itu membuatkan hampir semua gambar yang diambil merakam muncungnya panjang sedepa... kah!

Entah kenapa dia sukakan pucuk teh ini. Tak kelat ke dik?

Tak ingat, entah minuman apa ini yang dipesan Fairuz!

Kami pesan set hidangan makan tengahari, nasi bersama lauk dan lengkap dengan minuman teh Cina.

Walaupun sibuk melayan pelanggan, namun pekerja-pekerja di restoran ini sangat cekap dan cepat membuat kerja. Kami tidak menunggu lama untuk menjamu selera dan hidangan pertama tiba selepas minuman teh Cina ialah semangkuk sup jagung.


Sewaktu hidangan lengkap tiba di meja kami, anak-anak buah sudah beransur meninggalkan meja makan kerana mereka telah selesai menikmati hidangan masing-masing.

Fuad dan Fairuz suka sangatlah dapat makan ayam goreng  sos lemon.

Amie pun suka  dapat lauk berkuah : Kari ikan putih dengan terung.
Sedap!



Jom makan.
Bismillah.
Selesai makan, anak buah belanja Firdaus makan semangkuk lagi Sabah Tea Ice Cream. Dan kemudian, kami dapat tahu semua makanan yang terhidang di meja sudah dibayar oleh anak buah. Terima kasih Abang Aznan. Moga tambah rezeki  dan dipermudahkan segala urusan Abang Aznan sekeluarga!

Selepas makan ais krim, anak buah perempuan pula mengajak Firdaus naik jambatan gantung lagi! Bukan main seronok Firdaus sebab ada yang sudi melayan!

Walaupun terpisah di Kundasang tapi dapat bertemu juga di Sabah Tea! Kemudian kami sama-sama bergerak pulang ke Lahad Datu. 

Sekali lagi berlaku kesesakan jalan raya. Rupa-rupanya kenderaan berhenti di gerai-gerai durian! Maklumlah musim durian baru bermula di Sabah! Jadi hantu durian pun tak lepaskan peluang untuk membelinya! Kami tidak menyertai peminat durian ini memandangkan hari sudah petang dan perjalanan jauh perlu diteruskan!


Kami perlu menempuh jarak 296km lagi, meninggalkan daerah Ranau, melalui selekoh-selekoh tajam, hutan dan melepasi Telupid, Simpang Sandakan dan terus ke Lahad Datu. Alhamdulillah. Kami tiba di Lahad Datu sekitar pukul 8:30 malam.

7 comments

  1. Best jln2 mcm ni kan Amie. Nasib baik dekat je jarak dgn stesen myk. Risau juga kan takut kering myk tempat kita x biasa

    BalasPadam
  2. sedapnya tengok menu tu... terasa lapar plak... hehe

    BalasPadam
  3. jauhnya lebih kurang macam kami nk ke CH jugak lah ye kak... jalan yang berliku2...
    aduh sedapnya semua menu yang di hidangkan tu kak oi... lagi best bila di belanja pulak dengan anak buah kan... lagi bertambah best

    BalasPadam
  4. Teringin untuk meronda borneo lg...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. tercapai hasrat bermalam di CVH..blh datang lg.. book awal2 4h3m nx trip ..he2
    kak salami n family yg owesome..

    BalasPadam
  6. Debar rasa kalau bab tak dapat isi minyak ni. Mujur dapat juga kan..

    Menunya semua menggoda sungguh!

    BalasPadam
  7. Sedap nampak aiskrim teh sabah tu. eh dik, memang tak kelat ke apa daun teh tu?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe